Pesanan Pemimpin Terdahulu


"Saya dahulu telah berkata, kita hendaklah berbaik-baik dengan bangsa lain dalam pekerjaan mencari nafkah, tetapi di sebalik itu kita mesti ingat bahawa negara ini negara Melayu yang mesti kita utamakan".- Dato' Onn
Jaafar


"Sejarah telah membuktikan bahawa orang Melayu berjiran dengan orang bukan Melayu lebih daripada 200 tahun yang lalu. Kita duduk bersama-sama dan berjiran dengan pelbagai kaum di negara ini. Bagi saya, kejayaan itu memerlukan kepada beribu-ribu kepala, beribu-ribu hati dan beratus-ratus ribu tangan yang perlu digabungkan menjadi satu dan tunggal supaya faedah-faedah dan cita-cita kita itu tercapai dengan sempurnanya". - Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj.

26 Disember 2009

Bentang kkerja di Seminar Multietnik ukm 09



Pada 23 disember saya bentang kertas kerja di Seminar A/bangsa multietnik 2009 anjuran jabatan dakwah dan kepimpinan FPI, ukm. Saya buat tajuk asimilasi, integrasi dan interaksi sebagai metod dakwah dalam sejarah masyarakat pluralistik. kertas kerja ini saya hasilkan bersama mahfuzah. dan ia ada paper yang terakhir untuk tahun 2009. Satu kertas kerja yang saya rancang untuk seminar tamadun di um tak sempat dibuat.

10 Disember 2009

Rasis

Sape rasis?ahli politik? pemimpin? orang Melayu? Cina? India? etnik minoriti? sistem ?Saya rasa semua bangsa, kaum, sistem di Malaysia ada sifat rasis, cuma bagaimana tahap rasis itu. Semua bidang ada rasis, parti politik, sosial, pendidikan, dll tapi adakah kita memandang ia sebagai rasis? itu yang mengimbangi sifat rasis menjadi lebih buruk.

08 Disember 2009

Seminar, Present paper, tugasan pejabat, meeting , Laporan tahunan, Research

Cuti semester Nov-Disember ini, banyak benar tugasan yang perlu diselesaikan. Ambil cuti pun sekejap2 je. Kalau saya ikut PTK lagi la susah nak ambik peluang bercuti. Pada 2 & 3 Disember lepas, ada seminatr multietnik anjuran Kolej Islam Darul Ridzuan. Saya dan mahfuzah telah membuat kertas kerja secara bersama dan apada awalnya saya juga merancang untuk menghadirinya namun bajet dari jabatan pun tak dapat maka mahfuzah saja pergi dan dia present paper tersebut (di Perak). Pada 22 dan 23 disember ini pula saya akan present paper di seminar dakwah dan multietnik di ukm. Saya juga berkolaburasi dgn mahfuzah tapi dia cuti berkahwin. Beberapa perkara yang berkaitan dgn perjawatan juga saya sudah selesaikan. begitu juga dgn research perlu di beri tumpuan lebih semasa cuti ni, terutama memulakan penulisan bab 1 dan 2 serta penyediaan soal selidik. Laporan tahun bahagian penulisan dan penerbitan juga saya perlu siapkan. Ada dua yang perlu saya buat, iaitu untuk universiti dan kedua untuk terbitan citu.

01 November 2009

Sedih, Geram, Marah

Apabila saya membuka soalan pada pagi ini di dewan peperiksaan untuk subjek 553, saya rasa lega kerana saya jangkakan soalan bahagian esei akan dijawab dengan baik, dan bahagian A sebenarnya juga tidak sukar sangat tapi saya x tau macamana pandangan pelajar. Tetapi kelegaan dan ketenangan saya rupanya tidak berpanjangan. Satu perkara yang sangat2 saya tidak jangkakan dan saya sangat2 kesal, sedih dan memalukan diri saya juga serta merosakkan reputasi saya.
1. saya mendapt call dari seorang student dari kelas EC yang mengatakan DIA TIDAK HADIR EXAM KERANA MENJANGKAKAN EXAM PADA SEBELAH PETANG. Saya benar2 mengucap dan beristighfar panjang....pada kelas terakhir saya dah bagitahu dan beri peringatan kepada pelajar supaya bangun awal, jangan terlupa, jangan tidur semula lepas subuh, minta tolong kawan kalau ada masalah dan macam2 lagi, malah kepada student yg sorang ni pun memang saya sebut dalam kelas saya ingatkan dia supaya tidak lupa hadir exam kerana sem lepas dia MC. Dan saya katakan padanya jangan sampai kamu kena ambik exam/masuk kelas kali ke3. Saya betul2 kecewa dan geram.
-pada saya itu takdir yang dia pilih sendiri kerana dia sepatutnya boleh sms saya atau rakan sekelas yg lain walaupun tidak tinggal bersama, kalau dia betul2 ambil berat mesti dia sentiasa buat double check terutama bila dia sudah 2 semester ambil subjek ni (sem lepas dia x masuk exam sbb sakit dan dapat MC tapi masa tu dia bukan student saya), saya rasa dia perlu lebih berhati2 lebih dari orang lain...Saya dah jalankan tugas dan tanggung jawb saya, saya rasa dia perlulah terima jalan yang dipilihnya sebagai satu pengajaran. Saya masih ingat lagi semasa di kelas terakhir itu dia memang kurang memberikan tumpuan sebab itu juga saya sebut nama dia untuk lebih beri ingatan pada dia. Wallahu'alam.

SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN CTU 553 1 NOV 09

Hari ini jam 9 pagi(Ahad), bermulalah perjuanga para pelajar saya utnuk subjek hubungan etnik. Semoga semua bersedia dengan yakin dan menjawab dengan berhati-hati dan tumpuan yg sepenuhnya. Saya doakan semuanya dipermudahkan dan khirnya berjaya dalam peperiksaan ini. Saya rasa semua rasa kecut perut terutama nak jawab bahagian esei. Mudah-mudahan apa yang anda semua jangkakan akan keluar, menjadi kenyataan. Jangan lupa baca bismillah. SEMOGA BERJAYA. Saya pula akan mengawas di Dewan Serbaguna Kolej Seroja untuk pelajar AM 225 dan 228.

20 Oktober 2009

Tahniah kepada pelajar saya di Konvo UiTM ke 71

Harap tidak terlewat untuk mengucapkan tahniah kepada para graduan uitm yang mendapat ijazah dan diploma mereka pada konvo ke 71 ini. Khususnya para pelajar degree kelas saya yang mendapat diploma mereka. Kalau tak silap giliran mereka pada minggu ini dan minggu depan, antaranya para pelajar AP224, EC 220. Tak lupa juga bekas pelajar saya antaranya di fakulti pendidikan seksyen 17..para cikgu dan cikgi yang telah kembali bertugas semula. Semoga lebih bersemangat mendidik anak bangsa.

19 Oktober 2009

Menjelang Peperiksaan Akhir Sesi Julai -Nov. 2009

Minggu ini adalah minggu terakhir perkuliahan dan bermula 28 Oktober, minggu peperiksaan bermula. Dan untuk paper saya, CTU 553,tarikh peperiksaan adalah pada 1 November 2009 bersamaan hari AHAD jam 9 hingga 11 pagi. Minggu terakhir ini semua pelajar jangan tuang kelas untuk mendapat maklumat terakhir tentang peperiksaan di samping perbincangan atau ulangkaji.

Oktober Bulan Bahasa 2009

Dilancarkan pada 6 Oktober.
Diadakan setiap tahunsebagai usaha memartabatkan Bahasa kebangsaan.
Bahasa Jiwa Bangsa....tetapi masih berjiwakah bahasa kita dalam diri bangsa kita. Baca seterusnya dalam http://www.facebook.com/bulan bahasa

13 Oktober 2009

Sistem Kewangan Islam di Malaysia

Hari ini saya dan dua rakan saya menghadiri seminar kewangan Islam: pelaksanaannya di Malaysia anjuran ILIM. Seminar setengah hari itu bertempat di pusat latihan ILIM dan telah dibentangkan oleh 2 orang panel dari Bank Islam malaysia dan Security Commision dan ucaptama disampaikan oleh Penolong Gabenor Bank negara.

09 Oktober 2009

Sokongan padu

saya menyokong sepenuhnya supaya SIS, WAO diharamkan. Bukan setakat diharamkan, tapi dipantau dengan teliti pergerakan mereka yang saya percaya walau diharamkan pertubuhan itu ia tetap akan bergerak aktif terutama pengaruhnya yg kuat di kalangan golongan educated dan ahli politik. SIS menganggap hukuman sebat sebagai kejam. Sebelum inipun byk pertikaikan hukum dan pelaksanaan Islam. Ia membawa idea2 Islam liberal.

01 Oktober 2009

Jawapan kpd pertanyaan 'Guest' pd dialog box d sebelah

Saya tak tahu apa masalahnye, mesej yg saya tulis tak boleh keluar. Untuk persoalan yg diajukan kepada 'Guest' iaitu golongan minoriti di Malaysia selain daripada bumiputera Sabah dan Sarawak ialah masyarakat baba dan nyonya/peranakan, india, chetty, masyarakat portugis (di Melaka), orang Asli semenanjung, masyarakat sikh.

*kalau boleh saudara/saudari beri nama dan dari institusi mana, bukan apa , saya nak tau juga pelajar mana yg selalu bertanya- sekadar buat survey.
Terima kasih.

30 September 2009

Perubahan yang baik


Hari ini selepas kelas saya pergi ke bank Islam di kolej mawar dan singgah sekali untuk membeli makanan. Saya tidak berhajat untuk makan di situ sebaliknya ingin tapau sahaja. Saya lihat di semua gerai sudah tidak ada lagi bekas makanan polistrin sebaliknya digantikan dengan kertas bungkusan makanan berwarna coklat (yg selalunya digunakan bila beli nasi lemak). Ini perubahan yg bagu s ke arah sifar polistrin sebab ia memang merbahaya. Sebenarnya di universiti lain telah lama menyahut kempen ini terutama di usm tapi di uitm baru jerr. Tapi masalahnya pulak tadi (masalah kecik jer) ada penjual tidak melipatkan kertas bungkusan itu, jadi pelajar terkial2 lah macamana nk melipatnya utk isi nasi. Saya fikir ada baiknya juga pemilik gerai menyediakan bekas makanan multipurpose (yg warna jernih tu yg selalu digunakan oleh org yg jual kuih raya/bubur dll), kenakanlah sedikit caj untuk tampung kosnya jika kosnya tinggi atau para pelanggan/pelajar juga digalakkan membawa bekas sendiri utk membeli makanan. tetapi pekedai mesti menaikkan notis supaya memudahkan pelanggan.
(saya cuba dapatkan gambarnya kemudian)

28 September 2009

Kelas bermula


Hari ini 28 September bermulanya sesi kuliah selepas cuti khas raya selama seminggu. Kelas saya hari ini adalah di seksyen 17, student muzik. Seperti biasa mereka masih lagi dalam mood raya. Hari ini saya buat test untuk mereka, sepatutnya test ni dibuat sebelum raya tapi kelas hari isnin ada 2 kali cuti umum jadi saya tangguh hingga hari ini. itupun dia orang mintak tangguh lagi minggu depan, kata tak sedialah, tak bacalah.....macam2. Sebelum raya dulu berjanji elok....je...itulah student hari ini. Tapi saya teruskan juga.

18 September 2009

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN

KEPADA SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT, SAHABAT HANDAI, PARA PELAJAR DAN YANG MENGENALI SAYA, SEMOGA AIDILFITRI DIHAYATI DENGAN SEBAIKNYA. ERATKAN SILATURRAHIM DAN SALING BERMAAF-MAAFAN.
SALAM IEDUL FITRI DAN MAAF ZAHIR BATIN. BERSEDERHANALAH DALAM SAMBUTAN.

15 September 2009

Suasana Hari Raya


Minggu terakhir dan malam2 terakhir Ramadhan ini seharusnya bertambah amal ibadat kita. Di kelas2 esok Rabu dan khamis pelajar mulai surut kerana sebahagiannya mengambil teket awal balik kampung. Saya selalu kata kat student kepada nak kelam kabut balik awal , kenapa tak balik malam raya je, mesti tiket banyak masa tu. Balik awal pun bukannya nak buat ketupat ke rendang ke, tapi nak tolong tenguk jerrr...tak siapa yang sanggup balik malam raya...sesekali berubah keadaan apa salahnya, cuba rasa suasana lewat balik kampung...tentu mencabar.

10 September 2009

Minggu Ujian Pertengahan Sem


Minggu ni saya buat test di semua kelas saya kecuali kelas muzik kerana kelas tu pada hari Isnin-cuti umum. Minggu depan adalah minggu terakhir sebelum cuti khas hari raya selama seminggu. Tapi saya akan tetap buat kelas hingga hari khamis iaitu 17/9 memandangkan para pelajar yang buat presentation masih ada tapi mungkkin kehadiran yg lain kurang memberangsangkan terutama kelas pada hari khamis tu.

09 September 2009

EKUINAS-jaminan ekonomi org Melayu

1. Idea oleh PM Dato' Seri Najib Tun Razak dan diumumkan pd 30 Jun 2009
2. Ekuinas: Ekuiti Nasional Berhad. Diperbadankan pd 1 September 2009 adalah tabung persendirian (private equity funds) yg bertujuan untuk menjamin penyertaan bumiputera secara sama rata, berkesan dan berterusan serta berkesan melalui proses perniagaan yg telus dan mesra.3 Ogos - Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pelantikan Tan Sri Raja Arshad Raja Tun Uda sebagai Pengerusi Ekuiti Nasional Berhad (Ekuinas) dan Abdul Rahman Ahmad bagi jawatan Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Ekuinas berkuat kuasa 1 September ini.
3. penubuhan Ekuinas sebagai salah satu langkah untuk meningkatkan persaingan ekonomi negara dan pada masa sama mengekalkan komitmen kerajaan dalam memastikan pembabitan bumiputera secara berterusan, bermakna serta berkesan menerusi perkongsian tulen dan meritokrasi.

Turut dilantik ialah Datuk Azman Yahya, Tan Sri Mohamed Jawhar Hassan dan Datuk Noriyah Ahmad sebagai ahli Lembaga Pengarah Ekuinas

Berikut adalah persoalan2 tentang Ekuinas (dipetik dr www.epu.gov.my)
Berapakah jumlah dana permulaan yang diperuntukkan kepada EKUINAS?Kerajaan akan menyediakan peruntukan sebanyak RM500 juta dalam tempoh terdekat sebagai dana permulaan bagi EKUINAS. Jumlah iniakan dipertingkatkan dari semasa ke semasa sehingga RM10 bilion.Dari mana peruntukan diperolehi?
Sumbangan Kerajaan untuk EKUINAS akan disalurkan daripada danayang disatukan, iaitu Peruntukan Kerajaan Persekutuan. Walaubagaimanapun, dana yang akan dilaburkan di dalam syarikat sasaranakan diperolehi secara bersama daripada EKUINAS dan dana sektorswasta

Adakah EKUINAS dan garis panduan pelaburan baru ini dianggap sebagaimodel ekonomi baru yang dapat mencapai pertumbuhan denganpengagihan?
Kerajaan dalam proses menyediakan satu model ekonomi baru secara menyeluruh bagi menghadapi perkembangan global dan cabaran masa depan. Kelonggaran garis panduan pelaburan dan penubuhan EKUINAS merupakan sebahagian daripada model ekonomi baru tersebut. Ianya dirangka bagi menangani isu pengagihan dan memastikan pencapaian matlamat pertumbuhan yang tinggi serta penyertaan Bumiputera secara berkesan, dalam konteks persekitaran yang mesra pasaran serta meritokrasi.

Apakah perbezaan EKUINAS dengan institusi lain seperti PNB?PNB akan membuat pelaburan dalam syarikat‐syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia manakala EKUINAS akan memberitumpuan kepada syarikat yang mempunyai potensi pertumbuhanyang tinggi tetapi belum disenaraikan di Bursa Malaysia.
Adakah EKUINAS akan fokus atau menumpukan hanya kepada sektor‐sektor tertentu sahaja?
EKUINAS akan memberi tumpuan kepada pelaburan dalam sektor‐sektor strategik yang mempunyai potensi pertumbuhan yang tinggi,sektor‐sektor baru yang strategik dan mempunyai nilai tambah yangtinggi seperti pelancongan kesihatan, pendidikan, ICT serta minyakdan gas.

Bila sektor‐sektor lain akan diliberalisasikan?Sebelum Kerajaan mengambil keputusan sama ada untuk meliberalisasikan sector‐sektor lain, adalah wajar bagi Kerajaan untuk mengkaji terlebih dahulu keberkesanan pelaksanaan langkah‐langkah liberalisasi yang telah diambil bukan sahaja melalui kelonggaran garis panduan FIC bahkan juga langkah‐langkah

Bilakah garis panduan baru ini akan berkuatkuasa?30 Jun 2009
Penggunaan garis panduan baru ini hanya berkuatkuasa di Semenanjung sahaja atau termasuk di Sabah dan Sarawak?
Ianya berkuatkuasa di seluruh negara.

Adakah syarat 30% ekuiti Bumiputera masih wujud?
Secara prinsipnya sasaran 30% pemilikan dikekalkan tetapi diperingkat makro. Pemansuhan 30% yang dicadangkan hanya melibatkan pemilikan ekuiti di peringkat firma, kecuali bagi transaksiyang melibatkan pengurangan pemilikan hartanah Bumiputeradan/atau agensi Kerajaan. Pada masa hadapan, 30% pemilikan akandilihat dalam konteks makro terutama dalam sektor‐sektor strategik. Apa yang lebih penting adalah memastikan penyertaan Bumiputeradalam ekonomi dan pada masa yang sama instrumen yang digunakanadalah bersifat mesra pelabur dan tidak menghalang pertumbuhan.Langkah tersebut adalah merupakan pendekatan win‐win yang mana pemansuhan syarat ekuiti menghapuskan halangan kepadapertumbuhan dan penglibatan bukan Bumiputera manakalapewujudan EKUINAS memastikan penyertaan yang lebih berkesan dikalangan Bumiputera dalam ekonomi.
Tidak. Garis panduan FIC adalah berbeza dengan syarat penyenaraiansemasa yang dikenakan oleh Bursa Malaysia. Syarat 30% ekuitiBumiputera adalah syarat yang dikenakan dalam Garis Panduan FICdan pemansuhan Garis Panduan Perolehan KepentinganPenggabungan Dan Pengambil Alihan Oleh Kepentingan Tempatan Dan Asing menyebabkan syarat ekuiti tersebut tidak lagi terpakai.
Suruhanjaya Sekuriti pula mengenakan dua (2) syarat untuk tujuanpenyenaraian syarikat. Syarat pertama peruntukan 30% ekuitiBumiputera secara mandatori. Syarat kedua menyediakan 25% ekuiti secara tebaran awam yang mana 30% daripada peruntukan tersebutperlu ditawarkan kepada Bumiputera yang diiktiraf oleh KementerianPerdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). Cadangan liberalisasimenyebabkan syarat pertama tidak lagi terpakai manakala syarat kedua terus dikenakan tetapi kadar agihan yang ditetapkan telahditingkatkan daripada 30% kepada 50%.

Adakah pemansuhan syarat 30% ekuiti Bumiputera dalam garis panduanFIC akan melibatkan syarat‐syarat yang dikenakan oleh pengawal selia sektor?
Tidak. Syarat‐syarat yang dikenakan oleh pengawal selia sektor akandikekalkan. Ini bermakna, syarikat‐syarikat masih perlu mematuhi syarat ekuiti yang tetapkan oleh pengawal selia sektor yangmerupakan sebahagian daripada syarat‐syarat pengeluaran lesen dan permit.
Pada masa ini, selain daripada syarat 30% ekuiti Bumiputera dalamGaris Panduan FIC, terdapat beberapa pengawal selia sektor yangmengenakan syarat ekuiti ke atas permohonan yang diterimadaripada syarikat‐syarikat tempatan. Syarat‐syarat tersebut akan terus berkuatkuasa tertakluk kepada pertimbangan pengawal seliasektor.
Apakah nama dan peranan unit baru yang akan menggantikan FIC?
Satu unit khusus akan diwujudkan di UPE, JPM bagi menjalankantugas seperti berikut:
􀀑
Merangka dasar,strategi dan instrument baru untuk memastikan penyertaan berkesan Bumiputera dalam ekonomi
di peringkat makro terutamanya dalam sektor strategik;
􀀑
Menyelaras dan memantau pelaksanaan program dan garis panduan di peringkat sektor dengan kerjasama pengawal selia sektor dan agensi berkaitan untuk meningkatkan penyertaan Bumiputera;pengawalselia sektor dan agensi berkaitan
􀀑
Memastikan merangka dasar penyertaan Bumiputera dan menetapkan
sasaran dan dijadikan sebagai petunjuk prestasi utama;
􀀑
Menyelaras dan memantau pelaksanaan program pembangunan modal insan bagi melahirkan profesional dan usahawan Bumiputera yang berdaya maju dan berdaya saing dalam pasaran global;
􀀑
Memproses perolehan hartanah yang melibatkan pengurangan hartanah milik kepentingan Bumiputera dan / atau agensi Kerajaan; dan profil
􀀑
Membangun data penyertaan Bumiputera melalui usahawan dan aktiviti mereka.

Syarat‐syarat yang telah dikenakan oleh FIC sebelum ini akan terbataldengan serta merta selepas pengumuman oleh YAB Perdana Menteridan Unit Perancang Ekonomi (UPE) Jabatan Perdana Menteri akanmemaklumkan kepada syarikat‐syarikat yang berkenaan mengenai pembatalan syarat tersebut.

04 September 2009

Sebat bagi kesalahan jenayah syariah

(dipetik dari Utusan Malaysia-Online)tulisan Abu Suffian Abu Yaziz

Seksyen 125 - Hukuman sebat
1. Peruntukan seksyen ini dan seksyen 126 hendaklah terpakai apabila tertuduh dihukum sebat.
2. Alat sebatan, tidak termasuk pemegangnya hendaklah daripada jenis yang sama dan dibuat sama ada daripada rotan atau ranting kecil pokok yang tiada ruas atau buku dan panjangnya tidak melebihi 1.22 meter dan tebalnya tidak melebihi 1.25 sentimeter.
3. Peruntukan yang berikut hendaklah diikuti apabila melaksanakan hukuman sebat iaitu:
a) Sebelum dilaksanakan, pesalah mesti diperiksa oleh seorang pegawai perubatan kerajaan untuk diperakui bahawa kesihatannya dalam keadaan baik untuk menjalani hukuman itu.
b) Jika pesalah sedang hamil, hukuman hendaklah ditangguhkan sehingga tamat tempoh dua bulan selepas melahirkan atau keguguran, mengikut mana-mana yang berkenaan.
c) Hukuman hendaklah dilaksanakan di depan seorang pegawai perubatan kerajaan di mana-mana tempat sebagaimana yang diarahkan oleh mahkamah atau di suatu tempat yang ditetapkan oleh kerajaan.
d) Orang yang dilantik untuk melaksanakan hukuman hendaklah "adil dan matang".
e) Orang itu hendaklah menggunakan alat sebatan dengan kekuatan sederhana tanpa mengangkat tangan melebihi kepala supaya tidak melukakan kulit pesalah.
f) Selepas satu sebatan, dia hendaklah mengangkat alat sebatan ke atas dan tidak menariknya.
g) Sebatan boleh dibuat ke seluruh bahagian tubuh kecuali muka, kepala, perut, dada atau bahagian-bahagian sulit.
h) Pesalah hendaklah memakai pakaian mengikut hukum syarak.
i) Jika pesalah itu lelaki, sebatan hendaklah dibuat dalam keadaan dia berdiri dan bagi perempuan, dalam keadaan duduk.
j) Jika semasa pelaksanaan hukuman sebat itu pegawai perubatan kerajaan memperakui bahawa pesalah itu tidak lagi dapat menerima sebatan, ia hendaklah ditangguhkan sehingga diperakui semula tubuhnya sihat.
4. Dalam hal pesalah dihukum sebat sahaja, maka dia hendaklah diperlakukan seolah-olah dia dihukum dengan hukuman pemenjaraan sehingga hukuman itu dilaksanakan.
5. Jika pegawai perubatan memperakui bahawa pesalah itu - oleh sebab umur tua (lebih 50 tahun), keuzuran atau apa-apa sebab lain - tidak dapat menjalani hukuman pada keseluruhannya atau sebahagiannya, maka kes itu hendaklah dirujuk kepada mahkamah yang boleh memerintahkan hukuman itu dilaksana mengikut cara yang difikirkan munasabah.

Seksyen 126 - Masa melaksana hukuman
Apabila tertuduh dihukum sebat sebagai tambahan kepada penjara, hukuman sebat itu tidak boleh dikenakan jika suatu rayuan dibuat dan sehingga hukuman itu disahkan oleh Mahkamah Rayuan.
Sebatan itu hendaklah dikenakan dengan seberapa segera yang praktik dan dalam hal suatu rayuan, dengan seberapa segera yang praktik selepas penerimaan perintah Mahkamah Rayuan.

Kaedah pelaksanaan yang diperuntukkan sebenarnya tidak bertentangan dengan hukum syarak yang turut memberi panduan cara pelaksanaannya.

Jika menggunakan rotan atau ranting kayu, ia hendaklah dalam bentuk sederhana ukurannya. Tidak terlalu muda dan tidak terlalu tua, tidak berbuku-buku atau pecah-pecah atau seumpamanya.

Ia amat penting supaya ia tidak boleh mencedera atau menyebabkan luka parah ke atas pesalah.

Ini kerana hukuman tersebut bukan bertujuan mencederakan pesalah tetapi mencegah dan melarang serta memberi pengajaran kepadanya. Ia selaras dengan hadis riwayat Malik dari Zaid bin Aslam. "Seorang lelaki mengaku berzina di zaman Rasulullah SAW. Baginda meminta sebatang tongkat untuk menyebat lelaki itu. Apabila tongkat diberi kepadanya, Baginda mendapati ia telah pecah-pecah, lalu Baginda meminta tongkat lain.

Apabila yang kedua dibawa kepadanya, tongkat itu dibuat daripada dahan kayu yang baru dipotong. Rasulullah menolaknya lagi dan meminta tongkat lain. Akhirnya diberi kepada Baginda tongkat sederhana yang tidak keras, Rasulullah menerimanya dan memerintahkan supaya disebat tongkat itu.

Ketika melaksanakan hukuman sebat, cara sebatan hendaklah secara sederhana. Si pelaksana tidak boleh mengangkat tangan hingga ke paras kepalanya atau dengan lain perkataan, tidak boleh mengangkat tinggi tangannya sehingga sampai kepada matlamat dan tujuannya.

Saidina Umar al-Khattab r.a pernah menghukum sebat seorang pesalah di zamannya. Beliau berkata kepada tukang sebat: "Sebatlah dia dan jangan diangkat tanganmu sehingga ternampak ketiak."

Ketika Umar melihat pukulan agak kuat daripada sepatutnya, beliau berkata: "Kamu tidak menghukum tetapi membunuhnya.''

Mengenai bahagian yang disebat, Imam Syafie berpendapat, pukulan hendaklah ditujukan kepada pelbagai anggota tetapi hendaklah menjauhi faraj, rusuk dan semua anggota yang ditakuti membahayakan orang yang disebat.

Ia berdasarkan riwayat Umar al-Khattab bahawa beliau menemui seorang jariah yang sedang dilakukan hadd ke atasnya, lalu beliau berkata maksudnya: "Kamu pergilah kepadanya, pukullah dan janganlah sampai mengoyakkan kulitnya."

Ini kerana maksud daripada hukuman sebat itu adalah mencegah tanpa bertujuan membunuh pesalah.

Ketika disebab, pesalah mesti memakai pakaian menutup aurat. Jika memakai pakaian tebal, hendaklah diganti dengan yang sederhana kerana dibimbangi pukulan tidak dirasai oleh pesalah. Ini berdasarkan riwayat 'Abdullah bin Mas'ud r.a bahawa Rasulullah bersabda: "Tidak ada pada umat ini, perebahan, pembogelan, pembelengguan dan pengikatan."

Bagi pesalah hamil, hukuman mesti dilakukan dua bulan selepas melahirkan. Jika dia masih sakit, pelaksanaan mesti ditangguhkan sehingga betul-betul sihat.

Jika penyakitnya tiada harapan sembuh, hukuman hendaklah dijalankan serta-merta dengan syarat, rotan tidak akan mencederakannya.

Diriwayatkan Rasulullah pernah menyuruh supaya dijalankan hukuman sebat ke atas seorang lelaki yang sedang tenat dengan hanya satu pukulan menggunakan seratus mayang tamar yang diikat. Lelaki itu telah berzina dan sepatutnya disebat 100 kali.

Hukuman sebat juga hendaklah dilaksanakan pada masa dan keadaan yang sesuai iaitu tidak dalam cuaca yang sangat panas atau sejuk kerana boleh membawa kemudaratan.

Pelaksanaannya pula hendaklah di depan sekumpulan orang mukmin. Seperti firman Allah SWT dalam Surah al-Nur ayat 2: "Dan hendaklah pelaksanaan hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan orang-orang yang beriman."

Sementara itu, kertas kerja bertajuk "Peranan institusi penjara dalam pelaksanaan hukuman sebat bagi kes jenayah syariah: satu pandangan" oleh Masran Muhamad pula membezakan hukuman sebat antara pesalah jenayah dan syariah.

1. Saiz Rotan
Bagi pesalah jenayah panjang rotan tidak dinyatakan tetapi bergaris pusat 1.25 sentimeter. Sementara pesalah jenayah syariah pula ialah panjang 1.22 meter dan bergaris pusat 1.25 sentimeter.
2. Pemeriksaan Kesihatan
Bagi pesalah jenayah, pemeriksaan kesihatan dilakukan oleh mana-mana pegawai perubatan, manakala jenayah syariah oleh pegawai perubatan beragama Islam.
3. Pelaksanaan Hukuman
Bagi pesalah jenayah, sebat dilaksanakan oleh mana-mana pegawai sebat rotan yang dilantik oleh Komisioner Jeneral Penjara, manakala jenayah syariah hanya dilakukan oleh Pegawai Sebat Rotan beragama Islam.
4. Bahagian Anggota yang Disebat
Bagi pesalah jenayah, pukulan sebat hendaklah di bahagian punggung dan ia berbeza dengan jenayah syariah yang meletakkan beberapa pengecualian.
5. Cara Sebatan
Bagi jenayah syariah, tukang sebat tidak boleh mengangkat rotan sehingga ke paras kepala dan pukulan secara sederhana agar tidak melukakan kulit.
6. Kedudukan dan pakaian semasa disebat
Bagi pesalah jenayah, mereka tidak memakai pakaian dan hanya ditutup di bahagian sulit sahaja dan diikat di tripod manakala pesalah syariah lelaki disebat dalam keadaan berdiri dan perempuan duduk dan memakai pakaian menutup aurat.
7. Baki hukuman sebat yang dihentikan
Bagi pesalah jenayah, jika sebahagian atau keseluruhan hukuman sebat tidak dapat dilaksanakan atas sebab-sebab kesihatan, maka ia akan dirujuk kepada mahkamah manakala jenayah syariah ia boleh ditangguhkan sehingga pegawai perubatan memperakui bahawa pesalah itu sihat tubuhnya untuk menjalani baki hukuman itu.
8. Orang yang boleh disebat
Bagi pesalah jenayah, perempuan tidak boleh disebat tetapi pesalah jenayah syariah, perempuan tidak dikecualikan.
9. Saksi-saksi
Bagi pesalah jenayah, tiada saksi diperlukan semasa hukuman dilaksanakan tetapi pesalah syariah mesti bersaksikan sekurang-kurangnya empat lelaki Islam.

Maka, hukuman sebat adalah sebagai satu bentuk hukuman dalam Islam yang bertujuan menjaga kebaikan dan kepentingan umum. Islam sentiasa memandang dan mementingkan kebaikan orang ramai lebih utama daripada individu kerana ia boleh menghindari kerosakan, keruntuhan moral dan memberi rasa keinsafan kepada pesalah.
Pelaksanaannya bukanlah bertujuan menzalimi pesalah sebaliknya memberi rasa keinsafan dan pengajaran.

27 Ogos 2009

Kemerdekaan Negara ke 52



Tajuk 3 dalam subjek Hubungan Etnik adalah Perlembagaan Malaysia dalam Konteks Hubungan Etnik di Malaysia. Dalam tajuk ini kebetulan juga berada dalam bulan kemerdekaan saya tayangkan kepada pelajar saya video bermula dengan rundingan London, kemerdekaan 1957 dan pembentukkan Malaysia 1963. Nampaknya para pelajar juga teruja, ada yang tidak pernah menonton video ini. Sekurangnya2 saya membantu mereka mengingati kembali sejarah pemimpin terdahulu memperjuangkan kemerdekaan negara dan diharap dapat melahirkan semangat sayangkan negara dan menjadi orang berguna untuk agama, bangsa dan negara.

19 Ogos 2009

Isu- Perkara 3 (1)


Perkara 3 (1) adalah berkaitan Islam sebagai agama persekutuan. Antara isu2 yang berkaitan yg dianggap cuba menggugat kedudukan perkara 3(1) ialah:
1. kes murtad Lina Joy
2. kes ajaran sesat seperti ayah pin, ajaran hj abdul kahar, dll.
3. kes tuntutan mayat M.Murty oleh keluarganya yg menafikan dia muslim - cuba persoal kredibiliti dan kedudukan mahkamah syariah
4. kes nyonya tahir yg lahir sebagai Islam tetapi dibesar, di pelihara dan berkahwin dengan org beragama buddha dan akhirnya dikebumikan ikut ajaran buddha
5. pembinaan pusat ibadat yg mendpt tentangan org Islam kerana majoriti penduduk adalah Islam seperti di seksyen 23 shah alam dll
6. penggunaan kalimah Allah oleh penganut kristian
7. kalimah Allah dan Muhammad diletakkan di tempat yg tidak sesuai seperti tapak kasut.
8. penjualan arak di tempat majoriti muslim - seksyen 8 shah alam
9. penternakan babi/penggunaan bahan buatan sama ada makanan atau penggunaan harian dari unsur babi
10. mempersendakan Islam dan ajarannya
11. Mempersoalkan keputusan mahkamah syariah seperti kes wanita yg minum arak (pahang) dihukum sebat oleh mahkamah syariah.

18 Ogos 2009

Isu-pembinaan kuil di seksyen 23 Shah Alam


(dipetik dari Utusan Online)
SHAH ALAM 16 Ogos - Kira-kira 200 penduduk Islam di Seksyen 23 di sini berkumpul secara aman di hadapan tapak kuil seluas 0.2 hektar di kawasan perumahan mereka bagi membantah keputusan pembinaan rumah ibadat tersebut.

Kesemua mereka berkumpul kira-kira pukul 10 pagi sambil membawa sepanduk dan kain rentang mengandungi tulisan yang mencemuh pemimpin pakatan pembangkang kerana berlaku tidak adil kepada mereka serta tidak menghiraukan perasaan majoriti masyarakat beragama Islam

JAIS persoal Exco lulus bina kuil
(petikan utusan online)Oleh ABDUL YAZID ALIAS

SHAH ALAM 17 Ogos – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menjelaskan keputusan pembinaan rumah ibadat bukan Islam di negeri itu termasuk di Seksyen 23 di sini yang mendapat bantahan penduduk Islam ditentukan oleh jawatankuasa khas yang dipengerusikan oleh Exco berkaitan portfolio berkenaan.

Pengarahnya, Datuk Muhammed Khusrin Munawi berkata, amalan itu adalah berbeza dengan dahulu iaitu sebarang pembinaan rumah ibadat bukan Islam sama ada kuil, tokong dan sebagainya diputuskan oleh jawatankuasa negeri yang dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) sendiri.

Ekoran itu jelasnya, selepas Selangor diperintah kerajaan campuran urusan berkaitan pembinaan rumah ibadat bukan Islam diputuskan oleh Jawatankuasa Rumah Ibadat Bukan Islam yang dipengerusikan oleh Dr. Xavier Jayakumar.

Xavier adalah juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin Selangor.

‘‘Maka itu dalam soal cadangan pembinaan kuil di kawasan majoriti Islam di Seksyen 23, kita mahu supaya kerajaan negeri menimbang semula pembinaan kuil di kawasan berkenaan.

‘‘Pertimbangan sedemikian perlu dibuat kerana isu pembinaan rumah ibadat itu dikhuatiri akan menimbulkan ketegangan di kalangan rakyat di Selangor terutamanya melibatkan soal agama,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

15 Ogos 2009

Media dan hubungan etnik

Fungsi media:
1. salur / menyampai maklumat
2. membujuk khalayak
3. memperjelas
4. wakil pemimpin kepada rakyat, rakyat kepada pemimpin
Sejarah ringkas media bukan Melayu (dipetik dr Mingguan Malaysia 23/8/2009, http://ridhuantee.blogspot.com oleh Dr. Mohd.Ridhuan Tee Abdullah, pensyarah kanan UPNM):
*Menurut A.F Yasin (1986), sejarah persuratkhabaran b/Melayu di TM khususnya akhbar berbahasa Cina, Tamil dan Inggeris x mencerminkan semangat nasional tapi lebih mementingkan kelompok sendiri.
*Suara akhbar Cina kontra dgn suara Melayu.
*Akhbar cina terawal bermula hujung abad ke 19.
1815: The Chinese Monthly Magazine
1881-1932: Lat Pau (akhbar harian Cina 1)
1898-1905: Thien Nan Shih Pao
1899-1901: Jit Shin Pao
1904-1905: Theo Lam Jit Poh
1929-kini: Sin Chiew Jit Poh
1923-kini: Nanyang Siang Pao
1946: China Press

Fenomena najis babi- 8 Ogos 2009





Sabtu-8 Ogos 2009. Bertempat di Auditorium SIRIM saya bersama Amal pergi ke seminar fenomena najis Mughallazah/babi. Banyak info yang kami perolehi. Ringkasannya seperti berikut:
1. Perbezaan pendapat di kalangan ulama feqah yang 4, dari segi kenajisan, fizikal dan yg berkait dengannya namun jika orang awam yang jahil agala mengetahui pendapat2 ini ada kemungkinan mereka akan mengambil mudah terhadap perkara yg haram dan akan sengaja mengambil hukum yg lebih ringan utk melepaskan diri.
2. babi dari sudut pelbagai agama: semua agama secara dasarnya menolak babi.
3. Babi dan jenisnya2
4. Babi dan setiap inci di badannya digunakan oleh manusia/orang barat dalam barng keperluan/kehidupan mereka seperti makanan, pakaian,peralatan. kosmetik dll.
5. perlunya babi diselenggara dengan cara yg betul untuk engelak pencemaran alam.
6. UPM telah bangunkan mesen/teknologi untuk mengesan kewujudan unsur binatang pada sesuatu benda seperti makanan, pakaian, peralatan dll. Antaranya unsur inatang samada ayam, ajing atau babi

12 Ogos 2009

Isu

1. Pulau Pinang: bukan Islam menuduh umat Islam yg cuba mempertahankan mahkamah syariah sebagai extrimis
2. Selangor: isu penjualan arak yang dibenarka di kawasan majoriti Melayu- x jaga sensitiviti orang Islam. PBT diarah pulangkan balik arak yang dirampas semasa operasi di sebuah kedai serbaneka di seksyen 8
3. akhbar cina 'menyerang' dr Ridhuan Tee Abdullah yang menulis dlm mingguan malaysia berkenaan bukan melayu/ cina yang seolah2 mengiktiraf anak tak sah taraf, mereka yg tak tahu bersyukur dan menghormati toleransi orang melayu.

11 Ogos 2009

Wasiat Raja-raja Melayu


Baru-baru ini Raja Nazrin Shah mengingatkan kembali kepada rakyat malaysia tentang apa yang telah dipersetujui oleh pemimpin Melayu dan bukan Melayu dalam membentuk persekutuan tanah melayu. Ia kemudian disebut sebagai kontrak sosial iaitu persepakatan antara dua pihak ini. Ia juga disebut unsur2 tradisi dalam perlembagaan (yang dimasukkan dlm perlembagaan persekutuan sebelum merdeka) dan rakyat perlu menghormatinya sebagai formula keamanan dan perpaduan kaum. Berikut adalah petikan yg diambil dr Utusan Online http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0806&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_18.htm:

Wasiat yang disampaikan semasa Raja-Raja Melayu menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957 ialah :

Kami namakan dan kami panggil dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama Malaysia);

Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain;

Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hak milik kamu, kami tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara;
Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini;
Kami isytiharkan ISLAM adalah Agama Persekutuan;
Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU;
Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN.

(Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Saraak).

23 Julai 2009

UPSR-perlu atau tidak

Sama ada ia ada atau tidak ada, yang penting adalah sistem pendidikan Islam itu yang lebih utama dilihat dan diperkemaskan kembali. Seluruh peringkat pendidikan sama ada peringkat rendah, menengah dan IPT perlu meneliti Falsafah Pendidikan Negara dan Falsafah Pendidikan Islam. Bukan itu sahaja, para tenaga pengajar sama ada guru atau pensyraah perlu menginsafi adakah mereka sekadar menyumbatkan maklumat kepada pelajar atau mendidik mereka menjadi insan rabbani atau mendidik mereka untuk menjadi bodoh, adakah pendidikan yang diberi melahirkan golongan terdidik.

22 Julai 2009

Universiti Penyelidikan (RU)

Selasa- 21 Julai 2009 saya telah menghadiri Bengkel Mengisi Borang RU. UiTM kini dalam usaha untuk memohon status RU dan proses permohonan sedang berjalan dengan setiap fakulti/pusat/akademi di UiTM mengisi borang RU. Oleh kerana banyak terms yg perlu difahami oleh setiap fakulti , maka bengkel ini diadakan untuk memperincikan lagi tatacara mengisinya. Sebenarnya bukan setakat fakulti sahaja yang perlu mengisi borang ini tetapi juga setiap pensyarah juga wajib berbuat demikian. Berikut adalah maklumat berkaitan RU di Malaysia (dipetik dr portal MOHE):

Universiti penyelidikan ialah universiti awam yang telah diiktiraf oleh Jemaah Menteri pada 11 Oktober 2006 untuk menjadi hab kecemerlangan pendidikan dan penyelidikan. Universiti penyelidikan terdiri daripada empat (4) buah universiti awam iaitu :
Universiti Malaya (UM)
Universiti Sains Malaysia (USM)
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Universiti Putra Malaysia (UPM)
Ciri-ciri Universiti Penyelidikan:

Bidang pengajian berfokuskan penyelidikan
1. Kemasukan kompetitif
2. Pensyarah berkualiti
3. Nisbah siswazah dan pascasiswazah 50:50
4. Matlamat penubuhan Universiti Penyelidikan

Meningkatkan aktiviti Penyelidikan dan Pembangunan dan Pengkomersilan (R&D&C)
Meningkatkan pengambilan pelajar Pasca Siswazah dan Pasca Doktoral
Meningkatkan bilangan pensyarah yang mempunyai Ph.D
Mewujud dan memperkukuhkan lagi Pusat Kecemerlangan
Mempertingkatkan pengambilan pelajar asing dan meningkatkan kedudukan atau ranking IPT di peringkat antarabangsa

Visi Universiti Penyelidikan
Universiti penyelidikan mengambil bahagian yang aktif dalam penerokaan idea baru, menguji kaedah yang inovatif dan mengambil inisiatif secara intelek untuk terus meneroka dan mengembang ilmu yang terkehadapan.

Misi Universiti Penyelidikan Misi Universiti Penyelidikan adalah untuk menjadi enjin pertumbuhan bagi negara, membuka peluang bagi pelajar dan para sarjana bertukar fikiran juga melakukan penyelidikan dalam suasana yang kondusif yang menyemarakkan eksplorasi dan kreativiti untuk meneroka ilmu dan menjana kekayaan, dan akhirnya meningkat kualiti hidup.

Kriteria Pemilihan Universiti Penyelidikan
Pengiktirafan sesebuah Universiti Penyelidikan adalah berdasarkan kepada lapan (8) kriteria pemilihan seperti yang diputuskan oleh Jawatankuasa Penaksir Universiti Penyelidikan, di mana kriteria ini telah dibangunkan dengan berfokuskan kepada aspek R&D&C dan turut menggunapakai kriteria yang telah digunapakai oleh beberapa agensi penarafan terkemuka antarabangsa.

Kriteria pemarkahan adalah seperti berikut:-

BIL KRITERIA PEMBERAT
1. Kuantiti dan Kualiti Penyelidik 25
2.Kuantiti dan Kualiti Penyelidikan 30
3.Kuantiti Pasca Siswazah 10
4.Kualiti Pasca Siswazah 5
5.Inovasi 10
6.Khidmat Profesional dan Hadiah 7
7.Rangkaian dan Pautan 8
8.Kemudahan Sokongan 5
JUMLAH 100%
Kriteria tersebut telah dibangunkan dengan berfokuskan kepada aspek R&D&C serta turut mengambil kira kriteria yang diguna pakai oleh beberapa agensi penarafan terkemuka antarabangsa.

Diharap agar pengiktirafan yang telah diberikan kepada keempat-empat Universiti di Malaysia iaitu UM, UKM, USM dan UPM sebagai Universiti Penyelidikan dapat menjadi batu loncatan dalam usaha untuk merangka strategi bagi mempertingkatkan dan memperkukuhkan lagi kedudukan IPTA tempatan di peringkat antarabangsa.

Justeru itu, Universiti Penyelidikan perlu berusaha dengan lebih gigih ke arah meningkatkan kedudukan atau ranking di kalangan universiti terkemuka dunia seperti dalam penarafan Times Higher Education Supplement (THES). Kehendak ini juga adalah selaras dengan hasrat Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) yang mensasarkan supaya sekurang-kurangnya tiga (3) institusi pengajian tinggi (IPT) disenaraikan di antara 100 universiti terbaik dunia dan satu (1) antara 50 universiti terbaik dunia menjelang 2020.

16 Julai 2009

Sistem Pendidikan Islam dan Pendidikan Islam dalam Sistem Pendidikan Negara

11 Julai 2009- Sabtu. Gabungan Mahasiswa Semenanjung (GAMIS) telah menganjurkan Kongres kali Pertama Rejuvenasi Sistem Pendidikan Islam dalam Pendidikan Negara. Antara perkara penting dan utama yang ditimbulkan dalam kongres ini ialah:
* pendidikan Islam selalunya dilihat sebagai satu subjek yg sama tarafnya seperti subjek bahasa, matematik, sains. Ia tidak dilihat sebagai satu sistem.
* kesannya, ia meletakkan kedudukan pendidikan Islam itu sendiri di tahap yang rendah (tidak diangkat pada kedudukan sepatutnya)
* hanya memenuhi keperluan masa pengajaran, tidak kepada pembangunan manusiawi
* landskap sistem pendidikan negara hanya mengejar 'A" dari pembangunan insan rabbani, akhirnya tidak melahirkan manusia tetapi hanya cemerlang akademik shj.
*para nabi diberi kelebihan oleh Allah dengan ilmu dan hikmah begitu juga dengan para sarjana Islam terdahulu tetapi kita pada hari ini lebih banyak memberi tumpuan kepada keintelektualan yang berasaskan aqal dan tiada hikmah.
*Hikmah diperolehi bukan dari kelas tetapi kita perlu mendekatkan diri kepada Allah, serta menjauhkan maksiat maka Allah akan memberikan hikmah-Nya. Jika kita buntu dalam mencari ilmu, kita seharusnya memuhasabahkan diri semula supaya lebih bertaqwa kepada Allah.
*pendidikan kini dilihat seperti 'warung kopi'. Apabila kita pergi ke warung kopi, mereka akan tanya "anda mahu makan apa?" Begitu juga masa kini apabila para pelajar datang ke universiti mereka ditanya "nak belajar apa?" dan IPT tidak memberikan apa yang diperlukan oleh seseorang.
*tanpa disedari, sistem pendidikan yang dilaksanakan kini mungkin akan menjadi proses pembodohan pelajar (hilang sifat kemanusiaan)
* "SEMUA MANUSIA DILAHIRKAN CERDAS TETAPI DIPERBODOHKAN OLEH PENDIDIKAN - WE MORE TESTING THAN EDUCATING)
*APAbila "A" menjadi matlamat dan ukuran maka disinilah hilangnya kemanusiaan

PPSMI-MANSUH-STRATEGI

RINGKASAN KEPUTUSAN PEMANSUHAN PPSMI (dipetik drpd Utusan Online)
8 Julai – Menteri Pendidikan mengumumkan Mata pelajaran Sains dan Matematik akan kembali diajar dalam bahasa Melayu di sekolah kebangsaan manakala bahasa ibunda di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil mulai 2012.Perlaksanaan akan diadakan secara bertahap di Tahun Satu dan Tahun Empat di sekolah rendah dan Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat di sekolah menengah bermula pada tahun 2012. Perubahan ini bagaimanapun tidak melibatkan Tingkatan Enam dan Matrikulasi.

Keputusan tersebut mengubah dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang dilaksanakan pada 2003.

Strategi disusun utk memartabat bahasa Melayu dan memantapkan pengajaran BInggeris:

** Menambah bilangan guru bahasa Inggeris seramai 13,933 orang untuk memantapkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan murid. Ini termasuklah 1,000 orang guru luar negara, 600 orang guru bersara dan 12,333 guru tambahan daripada IPGM, IPTA dan IPTS. Keutamaan akan diberikan kepada sekolah luar bandar dan pedalaman untuk mendapatkan guru terbaik. Pihak Kementerian juga akan menyediakan guru penolong bahasa Inggeris gred DG 41 bagi kelas besar seperti kelas yang melebihi 35 murid di Tahun Satu dan Dua untuk meningkatkan 'contact time' antara guru dan murid.

** Peruntukan waktu bahasa Inggeris bagi SK Tahap I ditambah sebanyak 90 minit daripada 240 minit menjadi 330 minit seminggu manakala bagi tahap II ditambah sebanyak 90 minit daripada 210 minit menjadi 300 minit seminggu.

** Peruntukan waktu bahasa Inggeris bagi SJKC/T Tahap I ditambah 100 peratus iaitu daripada 60 minit menjadi 120 minit seminggu manakala bagi Tahap II ditambah sebanyak 30 minit daripada 60 minit menjadi 120 minit seminggu.

** Peruntukan waktu bahasa Inggeris bagi Tingkatan Satu hingga Enam ditambah sebanyak 80 minit daripada 200 minit menjadi 280 minit seminggu.

** Peruntukan waktu bagi MUET untuk Tingkatan Enam ditambah sebanyak 80 minit daripada 320 minit menjadi 400 minit seminggu.

** Peruntukan waktu bahasa Inggeris bagi Matrikulasi ditambah 100 peratus iaitu dari tiga jam menjadi enam jam seminggu.

** Program Sastera Kontemporari Kanak-Kanak Bahasa Inggeris diperkenalkan kepada semua murid Tahap II untuk mengukuhkan minat membaca di kalangan murid di samping memperkenalkan unsur-unsur sastera.

** Makmal bahasa Inggeris akan diwujudkan di sekolah-sekolah untuk memudahkan murid mempelajari bahasa Inggeris dengan lebih berkesan.

** Teknologi maklumat akan dimanfaatkan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris melalui penggunaan perisian komputer yang sesuai.

** Pelajaran tatabahasa Inggeris akan diberikan penekanan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris.

** Untuk mendedahkan murid dengan istilah-istilah sains dan teknologi dalam bahasa Inggeris, elemen sains dan teknologi akan diserapkan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris.

Selaras dengan hasrat untuk memartabatkan bahasa Malaysia, Kementerian Pelajaran akan melaksanakan transformasi kurikulum bahasa Malaysia di sekolah rendah dan menengah dengan memberi fokus kepada penguasaan asas kemahiran berbahasa di kalangan murid melalui pendekatan modular yang bersepadu, seimbang dan holistik.

Modul yang disediakan meliputi aspek kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis serta penguasaan tatabahasa dan seni bahasa. Pendekatan didik hibur dan apresiasi bahasa diberi penekanan dalam kurikulum BM sekolah rendah.

Di peringkat sekolah menengah, transformasi kurikulum bahasa Malaysia akan memberikan penekanan kepada penghayatan dan apresiasi aspek kesusasteraan Melayu di samping memantapkan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis serta penguasaan tatabahasa dan seni bahasa.

Penekanan terhadap aspek Kesusasteraan Melayu bertujuan memperkayakan aspek kebahasaan di samping menonjolkan aspek pemikiran, nilai, budaya masyarakat Malaysia.

Dengan keputusan ini, kerajaan menawarkan pendekatan baru dalam pengajaran Sains, Matematik dan Bahasa Malaysia.


*PPSMI, pengajaran dan peperiksaan untuk kedua-dua mata pelajaran ini akan dibuat dalam dwi bahasa sehingga kohort terakhir PPSMI tamat pada tahun 2014.

Kerajaan mengambil keputusan ini setelah meneliti secara terperinci hasil kajian dan pemantauan mengenai PPSMI yang menunjukkan bahawa PPSMI tidak dapat dilaksanakan sebagaimana yang dihasratkan.

Apa yang dilaksanakan ialah PPSMI/BM, iaitu guru-guru mengajar pelajaran Sains dan Matematik dalam dwi bahasa, iaitu bahasa Inggeris dan bahasa Malaysia. Pemantauan Kementerian Pelajaran pada tahun 2008 mendapati:

- Hanya sebahagian kecil guru menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik.

- Secara purata peratusan penggunaan bahasa Inggeris adalah antara 53-58 peratus daripada keseluruhan masa yang diperuntukkan bagi mata pelajaran Sains dan Matematik.

- Hanya sebahagian guru Matematik dan Sains di sekolah menengah dan rendah yang mengambil ujian Penilaian Tahap Profisiensi bahasa Inggeris pada tahun 2008 mencapai tahap profisiensi.

Peratusan murid yang mendapat gred A, B dan C bagi mata pelajaran Sains dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2008 telah merosot daripada 85.1 peratus kepada 82.5 peratus bagi sekolah bandar dan daripada 83.2 peratus kepada 79.7 peratus bagi sekolah luar bandar. Bagi mata pelajaran Matematik, pencapaian murid bandar telah merosot daripada 84.8 peratus kepada 80.9 peratus manakala pencapaian murid luar bandar merosot daripada 80.9 peratus kepada 77 peratus.

- Jurang pencapaian antara sekolah bandar dan luar bandar dalam mata pelajaran Sains dan Matematik semakin melebar semasa PPSMI dilaksanakan.

Selain daripada pemantauan yang dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran, Laporan Trends in Mathematics and Science Study 2007 menyatakan kedudukan murid Malaysia dalam mata pelajaran Sains telah merosot dari tangga ke-20 pada tahun 2003 ke tangga ke-21 pada tahun 2007. Bagi mata pelajaran Matematik pula, kedudukan murid kita telah merosot dari tangga ke-10 pada tahun 2003 ke tangga ke-20 pada tahun 2007.

Kajian universiti-universiti tempatan pula mendapati tahap peningkatan penguasaan bahasa Inggeris murid adalah nominal, iaitu tidak lebih tiga peratus sepanjang pelaksanaan PPSMI. Tahap penguasaan bahasa Inggeris di kalangan murid terutamanya di luar bandar masih rendah menyebabkan mereka sukar untuk memahami pengajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris.

Berdasarkan pengamatan ini, kerajaan yakin bahawa Sains dan Matematik perlu diajar dalam bahasa yang mudah difahami oleh murid, iaitu bahasa Malaysia di sekolah kebangsaan, bahasa Cina di SJK(C) dan bahasa Tamil di SJK (T).

Kerajaan juga telah memutuskan agar pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran bahasa Inggeris di semua peringkat persekolahan dimantapkan.

07 Julai 2009

Semester Julai-November bermula

Hari ini / minggu ini bermulalah sesi perkuliahan untuk sesi kedua bagi thaun 2009. Hari ini saya masuk kelas pertama (semalam meeting) iaitu kelas HM2204c.

06 Julai 2009

Tips penting Bengkel Penulisan Ilmiah 2009

Ada banyak perkara yang dapat saya tangkap walaupun saya sibuk menguruskan perjalanan bengkel ini.

Alamat baru..CITU


Laman web citu kini beralamat di http://citu.uitm.edu.my

03 Julai 2009

Bengkel Penulisan Ilmiah1 Julai 09



jualan buku turut diadakan, iaitu buku-buku keluaran PTS dan buku-buku Faisal Tehrani dari syarikat AlAmeen Holding



Shah Alam- CITU dengan kerjasama UPENA telah menganjurkan Bengkel Penulisan Ilmiah untuk kali pertama bagi tahun 2009 bertempat di Dewan Bestari Intekma Resort, Shah Alam. Bengkel sehari ini adalah bertujuan untuk membimbing warga CITU supaya lebih pro aktif dalam penulisan. Juga bagi memastikan setiap pensyarah menghasilkan penulisan setiap tahun. Antara penceramah yang dijemput mengisi slot bengkel adalah PM HJ Mohd Aris Abu Yamin selaku Timbalan Pengarah UPENA, M Radzi Mohd Zin Pengarang Meja Agama Utusan Malaysia (kawan lama saya sewaktu di Utusan dulu), dan Puan Ainon Mohd (Chairman PTS Publication&Distributors) serta pegawai2nya iaitu En Roslan Isa, En Nazrul dan En Faris. Saya sangat bersyukur dan bertuah kerana puan Ainon dapat mengisi slot walaupun menjemputnya dalam masa yang singkat. Mengikut jadual asal sepatutnya saudara Faisal Tehrani yang mengendalikan bengkel tetapi di saat2 akhir beliau terpaksa enarik diri kerana mendapat tawaran sebagai pensyarah di ASWARA dan dikehendaki melapor diri dan meaksanakan tugas baru di sana. Walaupun kecewa bukan saya sahaja tetapi juga peserta tetapi mungkin saya akan memanggilnya pada waktu yg lain. Apapun kehadiran pihak PTS juga banyak memberi motivasi dan kesedaran baru dalam penulisan. Apa yang saya harapkan juga sebenarnya (walaupun objektif khusus untuk mendapatkan teknik penulisan x tercapai namun banyak juga tips2 yg diperolehi dari kedua2 panel (Utusan dan PTS). Saya akan menulis lebih lanjut tentang tips2 penting dalam bengkel ini

Bengkel Penyelidikan CITU 29-30 Jun 2009



Shah Alam- Bertempat di Dewan Sri Bestari Intekma Resort, koordinator RESEARCH MANAGEMENT UNIT (RMU)telah menganjurkan Bengkel Penyelidikan CITU Kali ke 2 untuk tahun 2009. Objektif bengkel adalah untuk mendedahkan kepada para pensyarah halatuju penyelidikan UiTM dan CITU serta mempastikan setiap pensyarah CITU membuat penyeidikan menjelang 2010.
Sebanyak 56 peserta telah menghadiri bengkel ini yang telah dirasmikan oleh PNC - RMI Dr. Norzaidi. Terdapat 25 kumpulan penyelidik dan tajuk penyelidikan berjaya dikumpul. Kesemua kumpulan ini telah dinilai oleh para penilai daripada RMI sendiri selain daripada senior-senior di CITU yang bertindak sebagai mentor.

02 Julai 2009

Sekitar Konferensi Pendidikan Islam CITU 19-21 Jun 09






Shah Alam- Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam (CITU) telah mengadakan Konferensi Pendidikan Islam Kali ke 2 di Hotel Selesa Pasir Gudang Johor. Konferensi dwi tahunan itu diadakan bertujuan untuk membincangkan hala tuju CITU bersesuaian dengan aspirasi UiTM ke arah Research University. Konferensi tiga hari itu telah dihadiri oleh seramai 260 peserta yang terdiri daripada para pensyarah dan pegawai penasihat agama termasuk imam dan bilal dari seluruh cawangan UiTM. Ia telah dirasmikan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Khaled Nordin sementara Naib Canselor UiTM Tan Sri Prod.Dr. Ibrahim Abu Shah telah menyampaikan ucaptamanya.

23 Jun 2009

"Pejabat Baru"

ini bilik saya di tingkat 4,memang memenatkan untuk mendaki tangga dalam usia ini,lutut dah mua sakit2
ini pejabat tingkat 4
pemandangan sekitar
Inilah opis baru kami, semua yang berada di bangunan FKM lama berpindah ke sini dan pejabat am dari pusat Islam juga pindah untuk proses renovation.

28 Mei 2009

Angkut Barang

Dalam tempoh 2 minggu ni, selain sibuk dengan tugasan saya dan kakitangan opis juga sebenarnya sibuk untuk berpindah ke bangunan Cempaka 5. Pusat Islam akan ditutup untuk renovation bagi tempoh setahun. Manakala bilik saya yang terletak di bangunan FKM (lama) iaitu di atas fakulti geometik akan diambil oleh fakulti tersebut. Hai, nasib lah kami asyik kena tendang ke sana dan kesini.

20 Mei 2009

Pasif / Aktif / Kreatif ???

Ini pasal pelajar2 lepasan sekolah agama. Ada yg membincangkan adakah mereka ini agak pasif dalam berinteraksi atau tak pandai bersosial..sambung

19 Mei 2009

Kongsi bersama


16 Mei diangkat menjadi tarikh/hari mengenang jasa dan pengorbanan guru. Bila tiba tarikh itu setiap tahun, saya juga tidak ketinggalan menerima ucapan2 sama ada dari student, x-student, atau lain2, cuma kadang2 saya terpikir sambutan hari guru ni untuk mereka yg bergelar guru aje ke atau semua yg terlibat dgn profesion yg berkkaitan dgn pendidikan. Sebab anugerah dan sambutan memang hanya di peringkat sekolah je, di universiti mana ada kan....tapi mungkin jika diambil kira hari guru itu adalah "Hari Pendidik"...hah!!SEMUA tak kira guru, pensyarah 'U" atau kolej atau politeknik pun masuklah kan..Apapun pada tarikh 16 Mei itu yg jatuh pd hari Sabtu (lepas) saya mendpt beberapa ucapan dan berikut adalah antara ucapan2 yg sy dapat:
MAK Cakap CIKGU macam MAGGI - makanan rutin time susah
AYAH cakap CIKGU macam D'SEEKERS - menakutkan
ATUK cakap CIKGU macam ASTRO - macam2 ada, tapi
SAYA cakap CIKGU macam L'OREAL - kerana DIRIMU BEGITU BERHARGA!
"SELAMAT HARI GURU"

.....dULU 'dia' pegang rotan, kita kata dia garang
.....Bila 'dia' lambat masuk kelas, kita kata dia malas
.....Bila 'dia' marah2, kita kata 'dia' melampau
.....Bila 'dia' banyak cakap, kita kata 'dia' temberang
.....Bila 'dia' pergi kursus, kita kata 'dia' ponteng
.....Bila 'dia' tak datang sekolah, kita kata merdeka
....TAPI KINI...
....'Kita' adalah 'Dia'
.....SELAMAT HARI GURU-- GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

14 Mei 2009

Macamana nak mula


Macamana nak mula atau nak ambil feel menulis ni..apapun kita kena mulakan dan bila dah mula jangan berhenti. Bila berhenti , itu yang hilang skill menulis tu dan nak start balik memang susah. Apapun jenis penulisan, masalah tetap sama, kalu tak dimulakan dengan langkah pertama memang susah nak tenguk hasilnya dan kita akan beri apa juga alasan. Tapi dalam masa yang sama, kita kena juga tahu tentang skil penulisan sama ada untuk artikel, jurnal, majalah mahupun cerpen dan majalah. Seperti yg dikatakan oleh FT dalam bengkelnya, pilih satu aje idea jangan dicampur adukkan dan ikutlah garis panduan yg diberikan , insyaallah dlm satu hari pun dah boleh siap satu cerpen.Bila cerpen saya nak siap ni.....ahahahahah minggu ni betul2 rasa sesak...

05 Mei 2009

Mat rempit ...macamana nak ajar

sama spesis

1. rotan jerr tp ikut cara yg betul (spt dlm Islam)
2. buat kerja2 kebajikan seperti di rumah mayat, mandikan, kapankan mayat
3. bwk gi hospital tenguk akibat org yg merempit
4. lain-lain.....????

04 Mei 2009

Hari Ibu

Baca seterusnya dl blog http://sheeaim.blogspot.com

30 April 2009

TEJA YANG PILU

Sambungan dari Bengkel...

Plot sebenarnya bukan jalan cerita seperti yg saya atau kebanyakan kita faham. Malah dalam pengajian sastera di peringkat sekolahpun menyebut ia sebagai jalan cerita tetapi PLOT sebenarnya adalah "SEBAB DAN AKIBAT" ? CAUSALITY...(bila saudara FT sebut causality ni sy terus teringat subjek ilmu Kalam di UKM dulu dalam kelas PM DR Ibrahim Bakar..yg sentiasa selambe rock..heheheh). Jadi ada perbezaannya tu antara jalan cerita dgn sebab dan akibat.

29 April 2009

Wabak selsema babi

Secara ringkasnya: (berdasarkan maklumt dr radio Bernama sekarang 1130 am-Bersama PPIM):

1. dibawa/disebarkan oleh manusia bukan babi
2. 70% pada babi itu adalah lemak dan tulang lebihnya baru daging
3. eropah dan barat buat produk (kebanyakkannya) dicampur dengan lemak babi
4. dikodkan iaitu E471 dan yg sewaktu dgnnya (E) adalah berasaskan lemak babi
5. Kebanyakan coklat memang dicampur dgn lemak ni
6. babi tidak dihidangkan kepada golongan diraja (Brittain) kerana ia sebenarnya kotor - babi makan benda kotor,binatg paling kotor
7. maklumat lanjut ada di...dagingsegar.blogspot.com



*Kenapa negara kita menternak babi lebih dari pemakan babi, berapa banyak yg makan babi di Malaysia.

Bengkel Penulisan Novel Bersama Faisal Tehrani

(antara yg duduk di barisan hadapan adalah perseta veteran/mak cik/nenek yg bersemangt)
(sebelah saya: seorg suri rumah Mazni @Nini-katanya anaknya sgt minat dgn FT & dia juga sdg berjinak2 utk menulis setelah berhenti kerja)

(depan sekali:doktor-mengkaji kristal, belakang:tudung purple-pesara guru berumur 58 tahun dari SP Kedah, sebelahnya seorg guru)

28 April 2009 (SELASA) 8 pagi hingga 430 petang

Dalam kesibukan saya marking paper exam students, saya sempat mencuri masa menghadiri Bengkel ini. Memang banyak manfaat dan idea yang saya peolrhi dan boleh kongsi dengan kwan2 di opis nanti. Sebenarnya dari segi idea saya dah byk kumpul tetapi cuma belum tercurah saje dlm bentuk kreatif di atas kertas. Tapi saya memang tabik la dengan sebahagian peserta yg hadir, sebelum sampai ke seminar ni dalam kepala saya menjangkakan org yg hadir itu nanti tentunya di kalangan muda belia/remaja yg jauh beza umurnya dari saya. Tapi tak sangka ada peserta yang hadir tu adalah sama usia dengan emak saya yg umurnya lebih dari 58 tahun (pesara). Malah ramai juga suri rumah tetapi sebelum ini memiliki pekerjaan yg baik. Dan yg seusia dgn saya juga ramai tetapi yg jauh lebih muda/remaja tu saya kira cuma 1 @ 2 je.
Selepas bengkel ni, memang bersemangat nak menulis apatah lagi apabila saudara Faisal memberi panduan dan dorongan untuk menghasilkan karya kreatif yg ilmiah. Saya akan menyambung kemudian....

24 April 2009

Kenapa tak komersial???


Salah satu tanggung jawab penting bagi seorang ahli akademik/pensyarah ialah menjalankan penyelidikan. Tugas pensyarah bukan sekadar mengajar/pergi kelas, marking kertas exam sahaja tetapi juga menghidupkan budaya ilmu yang mana antara ciri utamanya ialah menjalankan penyelidikan. Universiti yang mempunyai penyilidikan yang banyak (diiktiraf pulak penyelidikan itu) akan meningkatkan taraf dan martabat universiti itu sama ada di peringkat negara atau global. Tetapi satu perkara yang sering menjadi persoalan (selain masalah untuk menambahkan penyelidikan), ialah banyaknya penyelidikan yang telah dihasilkan tetapi tidak dikomersialkan (bagi penyelidikan yg boleh dikomersialkan) dan banyaknya juga penyelidikan yg menjadi hiasan dalam almari2 pensyarah universiti terutamanya yg dari bidang sains sosial yg tidak diangkat dan diketengahkan, yang mana ianya juga sebenarnya boleh membantu dalam menangani isu2 yg berlaku. Benda ni dah sekian lama dibincangkan sebenarnya, alasan2 seperti sukar untuk mendapat sokongan dari pihak swasta (untuk bangunkan sesuatu inovasi itu), pihak kerajaan, dana dan sebagainya msih lagi menjadi penyebab utama. Setiap universiti sebenarnya juga berlumba2 untuk memperbanyakkan penyelidikan untuk menaikkan taraf dan martabat sesuatu universiti itu disamping mendapat gelaran universiti penyelidikan (RU), tapi kalu dah sekian banyak penyelidikan dibuat tetapi tiada pihak lain yg ingin menggunakan hasilnya, ini masalah besar juga. Status pensyarah juga dinilai melalui banyaknya penyelidikan yg berjaya dihasilkan. Dalam satu seminar yg baru saya hadiri (Seminar Pendidikan Tinggi Islam Serantau), seorang pembentang menyatakan sama ada research dlm bidang sains atau sains sosial keduanya mempunyai kebarangkalian untuk ada unsur PENIPUAN/TIDAK BENAR dalam penyelidikan itu. Oleh itu, sesuatu kajian itu hanya boleh dikategorikan sebagai BETUL tapi belum tentu BENAR. (Semua ini memerlukan individu yg memiliki kekuatan iman dan taqwa- insan rabbani).

23 April 2009

Sokong ke tak?

Saya rasa tak de masalah kalau sekadar seminggu tak tenguk tv. memang banyak perkara dan benda yang boleh diluangkan dan dibuat bersama anak dan keluarga. Lapipun banyk lagi sumber untuk kita dapatkan maklumat. Pada saya kanak-kanak perlu disedarkan bahawa menonton tv tu bukan macam makan nasi..tak makan boleh sakit dsbgnya. dan kita perlu ajar dia supaya tidak membudayakan menonton tv sebaliknya menonton hanya jika ada masa dan keperluan (yang memberi manfaat, dibantu didikan dan bimbingan ibu bapa). Sebenarnya hidup masih boleh diteruskan walau tak tenguk tv.
Berikut adalah ringkasan berita berkenaan yg diambil dari Utusan Online:

Minggu tidak tonton TV
KUALA LUMPUR 21 April - Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) hari ini melancarkan kempen minggu tidak menonton televisyen bagi menggalakkan ibu bapa dan anak-anak meluangkan masa bersama.

Ketua Eksekutifnya, Mohd. Yusof Abdul Rahman berkata, kempen selama seminggu itu bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat supaya menjalankan aktiviti yang lebih bermanfaat bersama keluarga.

"Kita bukan mahu menyekat masyarakat daripada memperoleh maklumat. Tetapi kita mahu mereka menghiasi masa dengan aktiviti yang lebih berfaedah seperti berkelah, bersenam, bersiar-siar bersama-sama keluarga.

"Selain merapatkan hubungan keluarga, mereka juga mengamalkan gaya hidup sihat," katanya pada sidang akhbar kempen Minggu Tidak Menonton Televisyen di sini hari ini.

Exam ctu 211- 23 April 2009

pagi ni, pukul 9 hingga 11 giliran paper CTU 211 pulak. Saya dapat miss call dari zahid, ketua kelas As 114 awal pagi tadi lebnih kurang kul 7.20 tapi maaflah saya hanya sedar dan tenguk miss call tu pada pukul 9.30. Saya doakan sume pelajar kelas ni dapat jawab dengan baik

22 April 2009

Tahniah!

(gambar hiasan)
Rasanya semua pelajar yang mengambil paper Hubungan Etnik dah boleh menarik nafas lega. Soalan pun boleh dianggap mudah dan mesra pelajar. Tidak mengelirukan. Setakat ini tiada lagi pelajar yang mengadu sukar menjawab soalan tetapi mklum balas yg saya dapat adalah , soalan2 mudah dikuasai. Perjuangan pelajar sudah selesai (untuk paper ni je la) dan pertarungan saya pula bermula untuk memeriksa kertas dan menyediakan markah dgn lebih 300 skrip dalam masa 10 hari.