Pesanan Pemimpin Terdahulu


"Saya dahulu telah berkata, kita hendaklah berbaik-baik dengan bangsa lain dalam pekerjaan mencari nafkah, tetapi di sebalik itu kita mesti ingat bahawa negara ini negara Melayu yang mesti kita utamakan".- Dato' Onn
Jaafar


"Sejarah telah membuktikan bahawa orang Melayu berjiran dengan orang bukan Melayu lebih daripada 200 tahun yang lalu. Kita duduk bersama-sama dan berjiran dengan pelbagai kaum di negara ini. Bagi saya, kejayaan itu memerlukan kepada beribu-ribu kepala, beribu-ribu hati dan beratus-ratus ribu tangan yang perlu digabungkan menjadi satu dan tunggal supaya faedah-faedah dan cita-cita kita itu tercapai dengan sempurnanya". - Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj.

31 Disember 2008

Semester Disember 2008-April 2009, Tahun Baru Hijrah 1430 dan Tahun Baru Masihi 2009


Salam,
Masa berjalan begitu pantas tanpa menunggu sesaat pun. Tahun 1429H telah tamat dan tahun masihi juga sampai ke penghujungnya. banyak peristiwa berlaku dalam sepanjang tahun ini. Dan banyak juga perancangan yang berjaya dilaksanakan tapi tak kurang juga yang carry foward. Kepada semua pelajar-pelajar uitm, semoga tahun baru dan semester baru diiringi dengan semangat yang lebih waja. Kepada sahabat-sahabat pensyarah selamat juga menjalankan tugas hakiki selain menyempurnakan tugasan2 sampingan.

28 November 2008

Induksi 21 Nov - 6 Disember 2008

Salam.

Selepas tamat seminar dan pembentangan di Seminar kepimpinan Melayu (Sime Darby KL) saya pergi pulak kursus induksi khusus dan umum. 3 minggu yang amat memenatkan tetapi terpaksa dilalui juga. induksi khusus berakhir pada 23 Nov lalu dan terus sambung induksi umum. Selain tugasan dan ceramah, yang amat mendebarkan semua orang ialah tarikh keramat 6 Disember iaitu tarikh peperiksaan untuk induksi umum ini kerana topik dan soalan lebih banyak dari induksi khusus. Perintah Am Bab A - G, PKPA, Nilai dan Etika, Kepimpinan, Integriti dll lagi perlu difahami dan diingati. Harap2 saya dapat melalui semuanya dengan lancar.

20 November 2008

Seminar kepimpinan Melayu 18-19 Nov 2008

Saya telah membentangkan satu kertas kerja pada Seminar Kepimpinan Melayu- Dulu Kini dan Masa Depan anjuran InQka UiTm Shah Alam. Saya membentangkan tajuk "Pemerkasaan Bahasa Melayu Sebagai Wadah Perpaduan dan Pembangunan: Obligasi Kepimpinan Melayu". Pada hari kedua...bersama 4 orang pembentang lain yang hebat. Alhamdulillah hari yang begitu mendebarkan itu telah berjaya saya lalui. Syukur ...tapi tak de gambar la pulak...

13 November 2008

Bukan Melayu juga boleh jadi PM


Salam..

Sebelum ini , semasa Tun menjadi PM beliau juga telah mewar2kan bahawa bukan Melayu boleh jadi PM. Dalam perlembagaan sendiri memang tidak disebut PM itu mesti dari kalangan orang Melayu. Apa yang dijalaksanakan selama ini adalah orang Melayu diberi kepercayaan untuk mengepalai atau menerajui negara. Tapi perkara ini pada saya amat mengerikan pada orang Melayu (jika orang bukan Melayu jadi PM). Jadi, bila ia ditimbulkan adakah ia nanti tidak akan menimbulkan isu perkauman?? Lihat sahaja di Singapura, secara jelasa dan terang mereka mengatakan bukan Cina tak boleh jadi PM..apa nasib Melayu Singapore (bukan lagi Singapura)..

30 Oktober 2008

SELAMAT MENJAWAB..CTU 553

Kepada semua pelajar saya dari program eh221, ee2203i, ec2204j, ec2204b, em221G, hm222a/b, bm220/222/221/226 - SAYA DOAKAN ANDA SEMUA DAPAT MENJAWAB SOALAN DENGAN TENANG. SEMOGA BERJAYA.

24 Oktober 2008

BERMULANYA PERJUANGAN.....

Hari ini (Jumaat 24 Oktober 2008) tamatlah sesi perkuliahan untuk sesi julai ini. 25-28 oktober 2008 pula bermulanya 'study week' dan minggu exam akan bermula 29 Oktober. bagi para pelajar yang mengambil CTU 553, jangan lupa 30 OKTOBER 2008 perjuangan sudah bermula. Tingkatkan usaha, insyaAllah segalanya akan dipermudahkan.
SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN. Dan jangan lupa tolong isi borang maklum balas...di sebelah ni...

14 Oktober 2008

Selesaikan tugas atau tolak markah

Minggu depan kelas terakhir, ada pelajar2 yang belum hantar tugasan. Banyaklah alasan yang diberi...macam biasa...tapi kalau mereka siapkan awal2 atau ikut perancangan dah tentu boleh selesaikan. Biasalah..hujung-hujung kuliah mesti sibuk dengan test, kuiz, present, kelas ganti dan sebagainya...sebab tu mana2 tugasan yang boleh diselesaikan di awal semester kenalah selesaikan....

10 Oktober 2008

Hubungan Etnik dan rumah terbuka


Sekarang ni sibuk orang buat rumah terbuka...dalam kelas bila bincang bab perpaduan dan integrasi, rumah terbuka merupakan elemen penting..Saya tanya dengan student apa pendapat mereka tentang rumah terbuka peringkat nasional yang selalu dibuat..adakah ia banyak membantu untuk memupuk silaturrahim atau eratkan hubungan antara kaum???sebab kalau diperhatikan orang yang datang tu nak makan jerr..lepas ambik makanan mereka duduk dan berbual sesama sendiri lak...kalu cam ni memang tak tercapailah..tapi kalau digunakan sebaiknya kesempatan yang ada untuk saling berinteraksi tentu boleh..

SALAM EIDUL FITRI MAAF ZAHIR BATIN


ASSALAMUALAIKUM;

Semester kali ini, selain cuti semester break, cuti khas raya diberikan iaitu selama seminggu. Macam biasa, minggu terakhir sebvelum raya, pelajar dah sibuk balik kampung...yang balik awal katanya sebab tiket dah habis. Then, hari Isnin 6 oktober sebaik kuliah disambung semula, pelajar ada lagi yang tak balik semula ke shah alam...juga sebab tiket bas, letih baru sampai, dan ada juga yang masih dengan aura raya..malas nak ke kelas. rAYA TETAP RAYA TAPI PERJUANGan dan tanggung jawab perlu diteruskan...Ada 3 minggu sahaja atau 3 kali pertemuan selepas cuti raya ni, seharusnya pelajar jangan memonteng kelas lagi.

03 September 2008

Semangat Ramadhan

Mungkin agak lewat tapi tak pe... saya ucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan al Mubarak. Semoga tahun ini ibadah kita akan lebih baik dari tahun sebelumnya. Penuhilah bulan ini dengan azam dan semangat untuk menjadi lebih baik, dan bukan melenturkan semangat untuk menjalani liku2 hidup...

15 Ogos 2008

MELAYU, BUMIPUTERA DAN UiTM


Berita panas sepanjang minggu ini..sebelum bermulanya cuti semester break.

Semester Break

Universiti mula bercuti selama seminggu. Bagi pensyarah, banyak tugasan yang perlu dilangsaikan. Kepada pelajar selamat bercuti dan selamat pulang ke kampung. Tetapi ingat! tugasan yang diberi perlu disempurnakan dahulu supaya tidak kelam kabut.

06 Ogos 2008

Kenapa tak serius...


Assalamualaikum....

Kelas dah berjalan lebih sebulan, Tajuk 1 pun dah selesai dan siri pembentangan juga sudah bermula. Kumpulan 1 biasanya tak dapat lari dari kekurangan dan kesilapan tetapi ia tidak harus dijadikan alasan kerana masa yang diberikan lebih dari cukup. Ada kumpulan yang memperlihatkan kesungguhan dan keseriusan dalam penyediaan untuk pembentangan. Tetapi ada yang memperlihatkan kecetekan pengetahuan dan kurang membuat homework, yang tak sanggup saya nak terima apabila ada pelajar yang beri alasan tak sempat pun nak baca buku teks HE apatah lagi nak cari lebih banyak maklumat yg berkaitan dengan tajuk yang diberi...adussss...lemah lutut dibuatnya. Satu perkara yang sering berlegar di kepala saya....Mak Bapak mereka di kampung tu ada tak beri nasihat/peringatan kepada anak2 mereka supaya belajar dengan cara yg betul, bersungguh2 bila diberi tugasan oleh pensyarah, serius dlm kelas dll.
Macam ni la sikap pelajar IPT sekarang ni. Pelik sungguh, sikit sangat usahanya sedangkan bahan-bahan sangat mudah diperolehi. Tambah menggeramkan lagi bila tajuk yg dibentangkan tu bahannya ada saya kumpulkan dlm blog saya. Harap2 kumpulan2 berikutnya tidak mengecewakan.

10 Julai 2008

Bacalah.....

Kepada para pelajar saya, mulalah berjinak-jinak dengan subjek hubungan etnik ini. Mulakanlah dengan meneliti dan membaca buku yang berkaitan dengan hubungan etnik ini. Terutamanya buku modul atau buku rujukan yang lain, atau baca bahan/sumber yang mudah diperolehi di laman web. Selain itu baca juga artikel2 terutama dari akhbar yang banyak menyentuh persoalan kaum, bangsa, etnik, politik, ekonomi dan sebagainya. Rajin2lah mengambil tahu isu-isu semasa negara.

07 Julai 2008



Minggu pertama sesi perkuliahan sesi Julai: diharap pelajar jangan leka terutama pelajar lama. Maksud saya leka untuk menghabiskan masa dengan perkara tidak berfaedah. Selesaikan segala urusan pendaftaran kursus dan kehadiran kelas. Pastikan masuk kelas pada minggu pertama ini dan tunggu kedatangan lecturer. Tunggu sehingga 1jam manalah tau pensyarah silap kelas atau jadual atau tempat ke. Janganlah pulak baru duduk 10 minit dah angkat kaki. Pelajar lama terutamanya jangan ambil kesempatan minggu pertama ini untuk tuang kelas. Bertanyalah kepada pihak berkaitan sekiranya ada masalah berkaitan kelas atau pendaftaran kursus (sama ada pelajar lama atau baru). jangan sukan dengar cakap kawan yang belum tentu kesahihannya. SELAMAT BELAJAR.

04 Julai 2008

SELAMAT DATANG/SELAMAT MENDAFTAR SESI JULAI-NOV 2008

Selamat datang kepada para pelajar baru ke UiTM. Gunakanlah kesempatan dan peluang yang diberi oleh Allah SWT dengan sebaiknya. Ingatlah harapan ibu bapa anda. Peranan anda semakin bertambah. Tanamkan niat yang betul, untuk apa anda berada di IPT ini????Apa yang anda inginkan???
Kepada pelajar lama, selamat menyambung perjuangan anda. Muhasabah diri, jangan ulangi kesilapan lepas tak kiralah sama ada dalam peperiksaan, dalam melaksanakan tugas2 sebagai pelajar, sebagai muslim ataupun sebagai anak. Jangan mudah alpa dan leka. Sebaik masuk kelas minggu pertama, jangan tangguh segala tugas dan peranan anda. Perbetulkan dulu niat anda, semoga perjalanan anda akan lebih diberkati dan dipermudahkan.

Lagi..Buku Rujukan

Kiri:Penerbit PTS Publications, 2002. Kanan: Penerbit: Utusan Publications, 1992

Penerbit: FajarOxford/Fajar Bakti

Buku di atas adalah sebahagian lagi bahan rujukan yang boleh digunakan oleh para pelajar terutama dalam membuat kertas kerja. Para pelajar seharusnya bijak untuk mengolah dan mengambil idea dari sumber rujukan, tak kiralah dari buku ataupun dari internet. Yang paling penting juga elakkan sama sekali (diharamkan)dari mengamalkan budaya 'cut and paste'. Ia tidak mengajar otak kita untuk berfikir kreatif. Pada setiap kertas kerja yang dibuat juga pelajar perlu pastikan sumber rujukan dari buku mesti ada dan jangan hanya bersumberkan website sahaja.

27 Jun 2008

Politik...politik...politik


Tajuk politik atau lebih tepat lagi "Pembangunan Politik dalam konteks Hubungan Etnik di Malaysia" adalah antara sebahagian daripada kandungan kursus Hubungan Etnik di IPT. Dalam suasana politik negara kita sekarang, para pelajar nampaknya sekarang bersemangat untuk berbincang berkaitan tajuk ini terutama segala isu yang berkaitan dengan PRU 12. Tidak ada lagi rasa ragu dan bimbang dalam membincangkan isu berkaitan politik. Boleh dikatakan kebanyakannya mempunyai kepekaan terhadap isu-isu yang berlaku dalam negara ini. Berdasarkan penelitian, PRU 12 banyak persamaan dengan PRU 1969, jadi secara tidak langsung membuka minda dan kesedaran pelajar tentang isu seperti kontrak sosial, ketidakseimbangan ekonomi, toleransi antara kaum, tuntutan etnik2 tertentu dan sebagainya. Saya tak tahulah bagaimana suasana pembelajaran di IPT yang terdiri dari pelbagai kaum membincangkan tajuk ini, tapi saya rasa lagi hebat. Semoga pelajar IPT lebih terbuka mindanya dan tidak hanya memikirkan diri mereka sahaja dan tidak memperdulikan apa yang berlaku di sekeliling.

18 Jun 2008

Nota Kaki

Malay College Kuala kangsar (MCKK) yang ditubuhkan pada 1905, sebuah sekolah berasrama penuh, khususnya untuk anak-anak Melayu peringkat atasan atau elit bertujuan untuk melahirkan para cendekiawan Melayu dalam usaha untuk melahirkan pegawai-pegawai tadbir Melayu. Kelahiran penuntut-penuntut Melayu yang mendapat pendidikan Inggeris ini kemudiannya mencorakkan perjalanan sejarah pemikiran alam Melayu. Dasar Pendidikan British di Tanah Melayu sebelum perang telah disifatkan sebagai dualistik kerana mengkhaskan pendidikan Inggeris bagi golongan elit manakala pendidikan vernakular dianggap sesuai bagi orang ramai. Ia bertujuan untuk mewujudkan jurang perbezaan di dalam masyarakat Melayu agar memudahkan pihak penjajah meluaskan pengaruh serta pegangan mereka di Tanah Melayu

15 Jun 2008

Fikirkan Bersama

Disini saya ingin memetik tulisan rencana daripada Utusan Malaysia yang berkaitan dengan hubungan etnik.


Hubungan etnik sampai bila akan bercantum
Oleh ANUAR AHMAD (Utusan Online- 8/5/2008)

MENELITI perkembangan perpaduan kaum di Malaysia, kita sekarang sedang memasuki gelombang ketiga. Walaupun kewujudannya masih baru tetapi kehadiran gelombang ketiga ini semakin dirasai oleh ahli masyarakat khususnya di kalangan kumpulan muda.
Kadangkala apabila anak-anak muda tidak begitu mementingkan rasa etnosentrik etniknya, hal ini dirujuk oleh golongan tua sebagai orang muda sudah lupa dan lalai, tidak sayangkan bangsanya serta berbagai lagi.
Mungkin ada benarnya tetapi kita juga harus memahami cita rasa orang muda bukan sahaja berubah dalam pemilihan makanan, cara berpakaian tetapi juga di dalam hal yang berkaitan dengan politik, pekerjaan serta perpaduan kaum.
Masyarakat Tanah Melayu pada satu ketika dulu di era prakolonialisme memahami dan mengamalkan perpaduan etnik dalam bentuk homogeni. Kerajaan Melayu misalnya, telah berjaya melaksanakan dasar bahasa sehingga bahasa Melayu menjadi bahasa untuk semua.
Oleh itu, para pedagang China dan India serta Arab berusaha menguasai bahasa Melayu apabila berada di Tanah Melayu khususnya Melaka, malah bahasa Melayu pernah dikenali sebagai bahasa lingua franca pada satu masa dahulu. Inilah gelombang pertama apabila kita bercakap soal perpaduan kaum dan hubungan etnik di Malaysia.
Semasa penjajah meninggalkan Tanah Melayu, mereka telah pun menanamkan dengan begitu kuat bentuk perpaduan kaum yang direka bentuk sebelumnya untuk tujuan dan kepentingan mereka. Berbagai dasar diperkenalkan hingga setiap etnik tidak perlu berinte- raksi antara satu sama lain, tetapi terus merujuk kepada pengawai kolonial bila memerlukan sesuatu.
Maka dasar-dasar keselamatan, ekonomi, pentadbiran, migrasi serta tanah dibentuk mengikut keperluan setiap etnik. Pengamalan ini pernah disebut oleh Prof. Datuk Dr. Shamsul Amri Baharudin, sebagai pembentukan Ilmu Kolonial yang menyerap dan memenuhi ruang epistemologi masyarakat Tanah Melayu dan Malaysia kemudiannya.
Ilmu kolonial kemudiannya telah diwariskan kepada para pemimpin Tanah Melayu. Oleh kerana Malaysia mendapat kemerdekaan secara rundingan dan proses ke arah kemerdekaan berjalan dalam suasana yang baik tanpa pertumpahan darah maka tiada rasa dendam dan benci yang membara. Hampir seluruhnya ilmu kolonial ini diterima pakai dalam menguruskan sebuah negara merdeka misalnya sistem berkerajaan, pilihan raya, pendidikan ekonomi, dan sebagainya menggunakan sepenuhnya pemikiran dan model penjajah.
Sistem
Penerimaan ilmu kolonial ini juga terbawa-bawa semasa kita menguruskan hubungan etnik di negara ini. Kita mengekalkan sistem pendidikan vernakular sebagai identiti utama sistem pendidikan kebangsaan, kita juga menerima pakai konsep pengagihan ekonomi yang berasaskan perkauman. Sejak itu juga rakyat diajar bahawa perpaduan bermaksud setiap kumpulan etnik hidup di dalam ruang dan menjalankan kehidupan mereka sendiri dan tidak perlu berinteraksi dengan etnik lain.
Sekarang, petunjuk bahawa kita sedang memasuki gelombang ketiga hubungan etnik di Malaysia semakin dirasai. Pilihan Raya Ke-12 baru-baru ini jelas menunjukkan faktor etnik bukan lagi asas untuk pengundi membuat keputusan. Parti berasaskan etnik tidak lagi sepopular dulu tetapi rakyat mula memilih parti multietnik.
Pihak kerajaan melalui Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi serta Jabatan Perpaduan Negara seharusnya melipatkan usaha untuk memimpin ruang gelombang ketiga ini demi menguruskan secara berkesan hubungan etnik.
PersembahanMasyarakat muda khususnya dahagakan maklumat bukan sahaja berkaitan kaumnya tetapi juga maklumat berkaitan kaum-kaum utama di negara ini. Persembahan maklumat jangan pula dibentangkan dalam bentuk yang asas sahaja tetapi memerlukan analisis serta persembahan fakta agar bentuk yang kritis. Ciri kedua, maklumat ini seharusnya telus, beretika serta boleh dipertanggungjawabkan.
Ciri ketiga ialah meningkatkan tahap pengetahuan tentang sejarah kontrak sosial dan mengapa kontrak ini diamalkan di dalam sebuah negara merdeka seperti Malaysia. Kontrak sosial ini perlu diterangkan secara jujur kepada semua kaum supaya kumpulan yang mendapat nikmat ini tidak menyalahgunakan.
Meninjau senarai kurikulum matapelajaran di dalam sistem pendidikan di Malaysia, para pelajar hanya mula belajar berkaitan hubungan etnik apabila berapa di tahun pertama di universiti. Sepatutnya tiga komponen utama pendidikan etnik iaitu sejarah setiap etnik, kontrak sosial dan sensitiviti setiap etnik telah dilaksanakan di peringkat sekolah lagi.
Keadaan ini bagaimanapun tidak berlaku. Pada peringkat sekolah rendah mereka bukan sahaja tidak diajarkan tentang hubungan etnik dan bagaimana hidup bersama, tetapi atas rasa etnosentrik yang tebal, anak-anak kecil ini telah diasingkan berdasarkan jenis sekolah.
Selama enam tahun yang pertama di sekolah rendah mereka tidak mempunyai sebarang pengalaman yang kuat untuk berinteraksi dengan kumpulan etnik yang lain.
Di peringkat sekolah menengah, sehingga kini tiada kurikulum yang jelas untuk mengajar hubungan etnik. Malah mata pelajaran Sejarah yang diajarkan bersifat Melayu-sentrik, tidak juga diterapkan nilai-nilai perpaduan kerana kesuntukan waktu dan guru tiada kemahiran secara konsisten untuk melaksanakannya. Mata pelajaran sejarah juga tidak memberikan ilmu berkaitan budaya setiap kumpulan etnik yang bersifat semasa, tetapi membincangkan sejarah masyarakat era abad 18 dan awal abad 19 di mana hubungannya dengan kehidupan pelajar adalah sangat jauh.
Apabila sampai ke universiti, baru para pelajar diajarkan ilmu hubungan etnik. Mereka perlu mengambil kursus Modul Hubungan Etnik yang ditawarkan secara wajib di semua universiti. Mungkin sudah agak lewat untuk perlaksanaannya kerana secara psikologi pelajar telah mempunyai identiti, tabiat serta kelakuan yang agak kekal. Oleh itu, pihak kerajaan khususnya Kementerian Pelajaran perlu melihat semula isi kandungan pendidikan hubungan etnik ini. Demi kemajuan dan kestabilan negara, anak-anak seharusnya diberikan ilmu hubungan etnik seawal mungkin. Mungkin membina dasar baru untuk satu aliran sekolah kebangsaan akan mengambil masa yang lama atau mustahil tetapi sekurang-kurangnya usaha untuk menghidupkan pendidikan hubungan etnik di peringkat sekolah perlu dilaksanakan secepat mungkin.

Ringkasan penting


Ini adalah antara perkara yang dinanti-nantikan oleh setiap pelajar. Saya selalu berkata kepada pelajar saya bahawa satu hari ini caj 3% PTPTN tetap akan berubah. Masa dan keadaaan akan mengubah peraturan yang ada. jadi, tunggu dan bersabarlah. Mereka selalu merungut tentang caj yang dainggap tinggi dan membebankan itu. Mudah-mudahan keputusan muktamad akan dicapai tidak lama lagi tentang jumlah sebenar penurunan caj tersebut. Berikut antara petikan akhbar mengenai perkara berkaitan.

1. Turunkan caj perkhidmatan (Utusan Online)
Turunkan caj perkhidmatan. KUALA LUMPUR 9 Jun - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan menurunkan caj perkhidmatan tiga peratus yang dikenakan ke atas peminjam dalam masa terdekat bagi mengurangkan bebanan mereka.Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Idris Haron berkata, kementeriannya 10/06/2008

2. Caj perkhidmatan PTPTN turun 50 peratus? (Utusan Online)
Oleh HASHNAN ABDULLAH
PUTRAJAYA 13 Jun - Kerajaan membayangkan penurunan sebanyak 50 peratus kadar caj perkhidmatan yang dikenakan oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) ke atas setiap peminjamnya.
Caj perkhidmatan yang dikenakan sehingga kini ialah tiga peratus dan ia bertujuan menampung kos pengurusan, pentadbiran tabung serta sebagai sumber pendapatan PTPTN untuk memberi pinjaman kepada pelajar lain pada masa depan.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang ditemui selepas majlis pelancaran Transformasi Pengajian Tinggi di sini mengesahkan bahawa kadar penurunan itu 'amat menyenangkan'.
"Kajian semula terhadap caj perkhidmatan yang dikenakan oleh PTPTN itu kini dalam peringkat akhir.
"Saya akan cuba membentangkannya pada mesyuarat Kabinet minggu depan sebelum mengumumkan secara rasmi," katanya.
Kajian semula terhadap caj perkhidmatan PTPTN itu telah dimulakan sejak April lalu bagi memberikan keselesaan kepada peminjamnya.

21 Mei 2008

AKIBAT LEBIHAN BEBANAN MAKLUMAT

Kesihatan akan terjejas akibat lebih bebanan maklumat antaranya:

  • rabun penglihatan
  • tekanan jantung
  • hubungan peribadi rosak akibat mudah berang dan menyinggung orang lain
  • ketidakcekapan akibat tidak mahir teknologi
  • ketagih internet
  • membuat keputusan yg salah akibat terlampau yakin dengan sumber maklumat atau sebaliknya
  • lemah dlm menjelaskan sesuatu akibat tidak mampu untuk membezakan antara kebenaran dan fakta

1/3 warga Amerika menghabiskan masa hidup mereka untuk:

  • berbual di telefon
  • mendengar radio
  • menonton tv



Petikan Kertas kerja "Ilmu-ilmu yg memandu akal merentasi zaman ledakan maklumat" di Seminar pelbagai martababt dan sifat akal fikiran dlm tradisi ilmiah Tamadun Islam.

16 Mei 2008

BEBALISME


Bebalisme - antara musuh akal, disebut oleh Prof. Syed Hussein al-Attas dlm bukunya, "Intelectuals in Developing Countries". Ia adalah antara gambaran sikap dari berbagai2 perangai yg akhirnya mewujudkan ketidaktahuan, lambat, keras kepala.


Antara fenomena bebalisme adalah:


  • sikap berfikir yg lesu / malas berfikir

  • tidak terpengaruh oleh logik

  • acuh tak acuh

  • lekas percaya

  • tidak ilmiah

  • tiada arah

  • pasif dan tiada daya cipta

Gejala ini menunjukkan tanda-tanda seseorang yg tidak menghormati ilmu dan pandangan ilmiah. Kemalasan intelektual. Ia paling menonjol berlaku di negara-negara membangun. Malah ia wujud setiap waktu. Ia ibarat parasit dalam fikiran.


Sebab itu banyak masalah yang tidak dapat diselesaikan kerana jalan penyelesaiannya sendiri sudah salah.

09 Mei 2008

Pertanyaan...

  1. Kenapa kita masih lagi rasa kurang selesa bila berada bersama kelompok majoriti yg bukan sebangsa dgn kita.
  2. Kenapa kita lebih suka pilih group study dr kalangan etnik yg sama
  3. Kenapa masih ada prejudis terhadap org lain walaupun kita sudah biasa bercampur gaul dgn etnik pelbagai
  4. Kenapa kita selalu katam "mereka yg menolak kita bukan kita yg tak terima mereka"....
  5. Kenapa kita selalu tidak mahu memperjelaskan kandungan Islam kpd mereka sebaliknya suka 'simpan' / sorok Islam tu dlm baju

bersambung.....

06 Mei 2008

Exam Hubungan Etnik

Antara perkara yg dibimbangi oleh pelajar ketika menjawab soalan bahagian objektif (BaagianA) adalah pilihan jawapan yg selalunya mengelirukan. Tambah pula, kalau dah salah menjawab, pemeriksa pun tak boleh nak tolong. Tak macam bahagian esei (Bahagian B). Saya ada terbaca dlm satu blog pelajar, dia kata kalau nak jawab kertas Hubungan Etnik ni senang je, pilih ayat yg panjang dan ada kaitan dgn perpaduan bangsa (lebih kurang la..). Pada saya silap besar lah dia tu kalau dia study di uitm ni. Silap hari bulan dia kena repeat paper. Sebab soalan di Uitm ni tak de kaedah camtu, ayat panjang je mesti jawapan...tapi ayat pendek jangan pulak di sangka jawapan pulak.. Semua bergantung kepada ilmu yg kita belajar.

Bahagian esei, saya selalu pesan pada pelajar "jawab apa yg di tanya bukan jawab apa yg kamu tahu". Tapi kata pelajar, kalau dah tak tahu camne....hentam sajalah dari tak jawab langsung. Sekali lagi persediaan sebelum peperiksaaan sangat penting.

Saya selalu ingatkan student supaya baca dan ulangkaji sejak awal semester supaya lumat dlm kepala bukan lagi 2 minggu baru nak baca buku dan study...tapi dia org biasalah....

30 April 2008

Subjek Hubungan Etnik

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Subjek Hubungan Etnik adalah kursus wajib bagi semua IPT. Sekarang adalah musim peperiksaan di kebanyakkan universiti. Di sini saya ingin melihat bagaimana pandangan para pelajar yg telah mengambil subjek ini:

Berdasarkan pemerhatian saya, segelintir pelajar anggap ia subjek yg boring terutama bg pelajar yg pernah ambik STPM. Tak kurang juga yg tak suka sebab ia byk kaitan dgn sejarah.

Kalu macam nilah ye...macamana matlamatnya nak tercapai...untuk pupuk perpaduan, saling memahami....Harap2 pelajar2 non Malay berilah pandangan.

Bertemu lagi.