Pesanan Pemimpin Terdahulu


"Saya dahulu telah berkata, kita hendaklah berbaik-baik dengan bangsa lain dalam pekerjaan mencari nafkah, tetapi di sebalik itu kita mesti ingat bahawa negara ini negara Melayu yang mesti kita utamakan".- Dato' Onn
Jaafar


"Sejarah telah membuktikan bahawa orang Melayu berjiran dengan orang bukan Melayu lebih daripada 200 tahun yang lalu. Kita duduk bersama-sama dan berjiran dengan pelbagai kaum di negara ini. Bagi saya, kejayaan itu memerlukan kepada beribu-ribu kepala, beribu-ribu hati dan beratus-ratus ribu tangan yang perlu digabungkan menjadi satu dan tunggal supaya faedah-faedah dan cita-cita kita itu tercapai dengan sempurnanya". - Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj.

22 Julai 2009

Universiti Penyelidikan (RU)

Selasa- 21 Julai 2009 saya telah menghadiri Bengkel Mengisi Borang RU. UiTM kini dalam usaha untuk memohon status RU dan proses permohonan sedang berjalan dengan setiap fakulti/pusat/akademi di UiTM mengisi borang RU. Oleh kerana banyak terms yg perlu difahami oleh setiap fakulti , maka bengkel ini diadakan untuk memperincikan lagi tatacara mengisinya. Sebenarnya bukan setakat fakulti sahaja yang perlu mengisi borang ini tetapi juga setiap pensyarah juga wajib berbuat demikian. Berikut adalah maklumat berkaitan RU di Malaysia (dipetik dr portal MOHE):

Universiti penyelidikan ialah universiti awam yang telah diiktiraf oleh Jemaah Menteri pada 11 Oktober 2006 untuk menjadi hab kecemerlangan pendidikan dan penyelidikan. Universiti penyelidikan terdiri daripada empat (4) buah universiti awam iaitu :
Universiti Malaya (UM)
Universiti Sains Malaysia (USM)
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Universiti Putra Malaysia (UPM)
Ciri-ciri Universiti Penyelidikan:

Bidang pengajian berfokuskan penyelidikan
1. Kemasukan kompetitif
2. Pensyarah berkualiti
3. Nisbah siswazah dan pascasiswazah 50:50
4. Matlamat penubuhan Universiti Penyelidikan

Meningkatkan aktiviti Penyelidikan dan Pembangunan dan Pengkomersilan (R&D&C)
Meningkatkan pengambilan pelajar Pasca Siswazah dan Pasca Doktoral
Meningkatkan bilangan pensyarah yang mempunyai Ph.D
Mewujud dan memperkukuhkan lagi Pusat Kecemerlangan
Mempertingkatkan pengambilan pelajar asing dan meningkatkan kedudukan atau ranking IPT di peringkat antarabangsa

Visi Universiti Penyelidikan
Universiti penyelidikan mengambil bahagian yang aktif dalam penerokaan idea baru, menguji kaedah yang inovatif dan mengambil inisiatif secara intelek untuk terus meneroka dan mengembang ilmu yang terkehadapan.

Misi Universiti Penyelidikan Misi Universiti Penyelidikan adalah untuk menjadi enjin pertumbuhan bagi negara, membuka peluang bagi pelajar dan para sarjana bertukar fikiran juga melakukan penyelidikan dalam suasana yang kondusif yang menyemarakkan eksplorasi dan kreativiti untuk meneroka ilmu dan menjana kekayaan, dan akhirnya meningkat kualiti hidup.

Kriteria Pemilihan Universiti Penyelidikan
Pengiktirafan sesebuah Universiti Penyelidikan adalah berdasarkan kepada lapan (8) kriteria pemilihan seperti yang diputuskan oleh Jawatankuasa Penaksir Universiti Penyelidikan, di mana kriteria ini telah dibangunkan dengan berfokuskan kepada aspek R&D&C dan turut menggunapakai kriteria yang telah digunapakai oleh beberapa agensi penarafan terkemuka antarabangsa.

Kriteria pemarkahan adalah seperti berikut:-

BIL KRITERIA PEMBERAT
1. Kuantiti dan Kualiti Penyelidik 25
2.Kuantiti dan Kualiti Penyelidikan 30
3.Kuantiti Pasca Siswazah 10
4.Kualiti Pasca Siswazah 5
5.Inovasi 10
6.Khidmat Profesional dan Hadiah 7
7.Rangkaian dan Pautan 8
8.Kemudahan Sokongan 5
JUMLAH 100%
Kriteria tersebut telah dibangunkan dengan berfokuskan kepada aspek R&D&C serta turut mengambil kira kriteria yang diguna pakai oleh beberapa agensi penarafan terkemuka antarabangsa.

Diharap agar pengiktirafan yang telah diberikan kepada keempat-empat Universiti di Malaysia iaitu UM, UKM, USM dan UPM sebagai Universiti Penyelidikan dapat menjadi batu loncatan dalam usaha untuk merangka strategi bagi mempertingkatkan dan memperkukuhkan lagi kedudukan IPTA tempatan di peringkat antarabangsa.

Justeru itu, Universiti Penyelidikan perlu berusaha dengan lebih gigih ke arah meningkatkan kedudukan atau ranking di kalangan universiti terkemuka dunia seperti dalam penarafan Times Higher Education Supplement (THES). Kehendak ini juga adalah selaras dengan hasrat Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) yang mensasarkan supaya sekurang-kurangnya tiga (3) institusi pengajian tinggi (IPT) disenaraikan di antara 100 universiti terbaik dunia dan satu (1) antara 50 universiti terbaik dunia menjelang 2020.

Tiada ulasan: