Pesanan Pemimpin Terdahulu


"Saya dahulu telah berkata, kita hendaklah berbaik-baik dengan bangsa lain dalam pekerjaan mencari nafkah, tetapi di sebalik itu kita mesti ingat bahawa negara ini negara Melayu yang mesti kita utamakan".- Dato' Onn
Jaafar


"Sejarah telah membuktikan bahawa orang Melayu berjiran dengan orang bukan Melayu lebih daripada 200 tahun yang lalu. Kita duduk bersama-sama dan berjiran dengan pelbagai kaum di negara ini. Bagi saya, kejayaan itu memerlukan kepada beribu-ribu kepala, beribu-ribu hati dan beratus-ratus ribu tangan yang perlu digabungkan menjadi satu dan tunggal supaya faedah-faedah dan cita-cita kita itu tercapai dengan sempurnanya". - Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj.

11 Disember 2011

Renungan

Ustaz Zahazan Mohamed
Imam as-Syafi'i rhm berkata, "Wahai saudara, kamu tidak akan mendapat ilmu melainkan dengan enam perkara. Saya akan menjelaskannya iaitu cerdik, tamak dengan ilmu, bersungguh-sungguh, ada bekalan, berdamping dengan guru dan masa yang panjang." Dalam syairnya yang lain menyebut, "Aku mengadu kepada (guruku) Waki' buruk hafalanku. Lalu dia (guruku) menasihatiku agar meninggalkan maksiat. Dia memberitahuku bahawa ilmu itu cahaya. Dan cahaya Allah tidak akan diberi kepada ahli maksiat." Semoga menjadi renungan.

merealisasikan 1 Malaysia


Antara perkara yg dilakukan oleh kerajaan dlm usaha mencapai motto 1 Malaysia ialah mewujudkan Klinik 1 Malaysia, dan Kedai Rakyat 1 Malaysia (KRIM). KRIM yg 1 adalah di subang jaya. Mydin menjadi pihak yg menerajui KRIM ini. Sekarang KRIM semakin diperluaskn ke tempat2 lain. KRIM menawarkan harga murah atau mampu beli oleh golongan sederhana yg diharap mampu berjimat serta membantu kos hidup yg semakin meningkat. Ia jg memberi peluang kpd barangan tanpa jenama utk diketengahkan. Namun selepas dilancarkan ,timbul pelbagai isu berkaitan dgn KRIM ini, antaranya adalah produk2 yg kurang berkualiti serta dikatakan cuba memonopoli pasaran harga murah.