Pesanan Pemimpin Terdahulu


"Saya dahulu telah berkata, kita hendaklah berbaik-baik dengan bangsa lain dalam pekerjaan mencari nafkah, tetapi di sebalik itu kita mesti ingat bahawa negara ini negara Melayu yang mesti kita utamakan".- Dato' Onn
Jaafar


"Sejarah telah membuktikan bahawa orang Melayu berjiran dengan orang bukan Melayu lebih daripada 200 tahun yang lalu. Kita duduk bersama-sama dan berjiran dengan pelbagai kaum di negara ini. Bagi saya, kejayaan itu memerlukan kepada beribu-ribu kepala, beribu-ribu hati dan beratus-ratus ribu tangan yang perlu digabungkan menjadi satu dan tunggal supaya faedah-faedah dan cita-cita kita itu tercapai dengan sempurnanya". - Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj.

22 Jun 2011

Isu: Perhimpunan BERSIH yg dirancang pd 9 Julai 2011-apa cerita



NGO, Rangkaian Memacu Arus Perjuangan (MAP) menggesa semua pihak supaya bersama menjayakan perhimpunan aman Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH2.0) yang akan diadakan pada 9 Julai nanti.

Timbalan Presiden MAP, Zulkifly Ibrahim (kiri) berkata perhimpunan aman itu dibenarkan oleh perlembagaan negara.

Merujuk kepada perhimpunan BERSIH 1 sebelum ini, beliau berkata tiada kekecohan ketenteraman awam dan perhimpunan itu berjalan dengan baik dengan memorandum berkenaan berjaya diserahkan kepada wakil Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara.

“Kepada pihak berkuasa, terutama polis yang menguatkuasakan undang-undang, hendaklah menghormati dan melaksanakan seksyen 27 Akta Polis, mengawal selia perhimpunan, perjumpaan dan perarakan yang bertujuan menjayakan objektif kebebasan bersuara dan bukannya menghalang kebebasan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan

Menurut Zulkifly, adalah tidak wajar bagi bagi Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar yang pada 15 Jun lalu mengugut rakyat bahawa tangkapan pencegahan akan dibuat sekiranya perhimpunan BERSIH 2.0 diteruskan.

Katanya, Perkara 10 dalam perlembagaan jelas menunjukkan jaminan terhadap hak asasi warganegara untuk berhimpunan secara aman.

Agenda buat kekacauan

Mengulas kesediaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi bermesyuarat dengan BERSIH, Zulkifly berkata ia sangat dialu-alukan.

Justeru, katanya tuntutan Bersih 2.0 terhadap lapan perkara untuk memastikan pilihan raya telus dan bersih tanpa sebarang penyelewengan, iaitu membersihkan senarai undi, reformasi kepada undi pos, guna dakwat kekal, tempoh kempen minimum 21 hari, akses media yang bebas dan adil, kukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor hendaklah diterima.

“Tuntutan ini sebenarya sudah disuarakan sejak sekian lama. Oleh kerana SPR tidak menghiraukan tuntutan ini, BERSIH melanjutkan perhimpunan ini sebagai manifestasi kegagalan SPR melaksanakan proses demokrasi di negara ini,” katanya.

Dalam pada itu, MAP kata Zulkifly membidas sikap presiden kumpulan pendesak Melayu, PERKASA, Datuk Ibrahim Ali yang mengarahkan ahlinya menghalang perhimpunan BERSIH.

“Ini adalah satu agenda untuk membuat kekacauan di negara ini.

“Amaran Ibrahim supaya masyarakat Cina menyediakan stok makanan bagi menghadapi perhimpunan BERSIH 2.0 merupakan kenyataan bersifat perkauman, menghasut dan berbahaya,” katanya.
Sehubungan itu, Zulkifly bersetuju dengan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin supaya tindakan perlu dikenakan ke atas Ibrahim kerana amaran berkenaan jelas merupakan satu ancaman kepada negara.

Katanya, Ibrahim perlu disiasat di bawah Akta Hasutan 1949 kerana sebelum ini banyak kenyataannya terlalu berbaur perkauman yang tinggi.

“Kenyataan dan tindakan ini jelas menimbulkan satu ancaman kepada keselamatan negara,” katanya.

PERKASA perlu belajar

Tambahnya, MAP menyaran PERKASA supaya belajar memahami perlembagaan persekutuan yang membenarkan perhimpunan dan kebebasan bersuara.

Beliau berkata tindakan Pemuda Umno pula kononnya untuk mempertahan SPR merupakan suatu tindakan yang dangkal.

“Pemuda Umno jangan terus mewarisi sikap pemimpin dan ahli-ahli Umno yang sentiasa mempertahankan kemungkaran dan penyelewengan.

“Sebaliknya Khairy dan pemuda Umno hendaklah menunjukkan sikap yang berani menegur kelemahan kerajaan termasuk SPR sekiranya pemuda Umno berhasrat menjadi pemimpin pelapis di negara ini,” katanya.

Menurut Zulkifly, semua NGO yang membuat laporan polis untuk menyekat perhimpunan BERSIH juga hendaklah mempunyai kematangan dalam tindakan mereka.

01 Jun 2011

Seminar Editor 31 Mei-1 Jun 2011



Antara program penting d cuti semester ini ialah menghadiri Seminar Editor Malaysia 2011 yg julung2 kali diadakan oleh Persatuan Editor Malaysia. Seminar diadakan di Mines Resort City sempena Read Malaysia 2011