Pesanan Pemimpin Terdahulu


"Saya dahulu telah berkata, kita hendaklah berbaik-baik dengan bangsa lain dalam pekerjaan mencari nafkah, tetapi di sebalik itu kita mesti ingat bahawa negara ini negara Melayu yang mesti kita utamakan".- Dato' Onn
Jaafar


"Sejarah telah membuktikan bahawa orang Melayu berjiran dengan orang bukan Melayu lebih daripada 200 tahun yang lalu. Kita duduk bersama-sama dan berjiran dengan pelbagai kaum di negara ini. Bagi saya, kejayaan itu memerlukan kepada beribu-ribu kepala, beribu-ribu hati dan beratus-ratus ribu tangan yang perlu digabungkan menjadi satu dan tunggal supaya faedah-faedah dan cita-cita kita itu tercapai dengan sempurnanya". - Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj.

23 April 2009

Sokong ke tak?

Saya rasa tak de masalah kalau sekadar seminggu tak tenguk tv. memang banyak perkara dan benda yang boleh diluangkan dan dibuat bersama anak dan keluarga. Lapipun banyk lagi sumber untuk kita dapatkan maklumat. Pada saya kanak-kanak perlu disedarkan bahawa menonton tv tu bukan macam makan nasi..tak makan boleh sakit dsbgnya. dan kita perlu ajar dia supaya tidak membudayakan menonton tv sebaliknya menonton hanya jika ada masa dan keperluan (yang memberi manfaat, dibantu didikan dan bimbingan ibu bapa). Sebenarnya hidup masih boleh diteruskan walau tak tenguk tv.
Berikut adalah ringkasan berita berkenaan yg diambil dari Utusan Online:

Minggu tidak tonton TV
KUALA LUMPUR 21 April - Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) hari ini melancarkan kempen minggu tidak menonton televisyen bagi menggalakkan ibu bapa dan anak-anak meluangkan masa bersama.

Ketua Eksekutifnya, Mohd. Yusof Abdul Rahman berkata, kempen selama seminggu itu bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat supaya menjalankan aktiviti yang lebih bermanfaat bersama keluarga.

"Kita bukan mahu menyekat masyarakat daripada memperoleh maklumat. Tetapi kita mahu mereka menghiasi masa dengan aktiviti yang lebih berfaedah seperti berkelah, bersenam, bersiar-siar bersama-sama keluarga.

"Selain merapatkan hubungan keluarga, mereka juga mengamalkan gaya hidup sihat," katanya pada sidang akhbar kempen Minggu Tidak Menonton Televisyen di sini hari ini.

Tiada ulasan: