Pesanan Pemimpin Terdahulu


"Saya dahulu telah berkata, kita hendaklah berbaik-baik dengan bangsa lain dalam pekerjaan mencari nafkah, tetapi di sebalik itu kita mesti ingat bahawa negara ini negara Melayu yang mesti kita utamakan".- Dato' Onn
Jaafar


"Sejarah telah membuktikan bahawa orang Melayu berjiran dengan orang bukan Melayu lebih daripada 200 tahun yang lalu. Kita duduk bersama-sama dan berjiran dengan pelbagai kaum di negara ini. Bagi saya, kejayaan itu memerlukan kepada beribu-ribu kepala, beribu-ribu hati dan beratus-ratus ribu tangan yang perlu digabungkan menjadi satu dan tunggal supaya faedah-faedah dan cita-cita kita itu tercapai dengan sempurnanya". - Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj.

31 Mac 2010

Apa itu MEB

MEB adalah Model Ekonomi Baru yg diideakan oleh Majlis Penasihat Ekonomi Negara yg diumumkan oleh PM, DSNajib TRazak.

MATLAMAT MEB1. berpendapatan tinggi,
2. kemapanan
3. dan keterangkuman memerlukan kita mencapai pertumbuhan(KDNK) yang lebih tinggi untuk dekad seterusnya.

8 Inisiatif Pembaharuan Strategik bg menjayakan MEB:
*Menyuburkan kembali sektor swasta untuk menerajui pertumbuhan ekonomi;
*Membangun tenaga kerja yang berkualiti dan mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing;
*Mewujudkan ekonomi domestik yang berdaya saing;
*Memperkukuhkan sektor awam;
*Melaksanakan tindakan afirmatif yang telus dan mesra pasaran;
*Membina infrastruktur yang berasaskan pengetahuan;
*Meningkatkan sumber pertumbuhan;
*Memastikan pertumbuhan yang mapan.

22/4/2010 - Final Exam CTU 553

Jadual exam subje ctu 553 spt berikut:
Tarikh : 22 April 2010
Masa: 9 - 11 pagi
Tempat: rujuk fakulti masing2

29 Mac 2010

Statistik Anak Luar Nikah di M'sia

(sumber Berita Harian online)
Di Malaysia, anak luar nikah dalam maksud pendaftaran kelahiran terdiri daripada kanak-kanak yang dilahirkan oleh pasangan ibu bapa yang tidak berkahwin tetapi maklumat dimasukkan ke dalam daftar dan sijil kelahiran. Pendaftaran tersebut dibuat di bawah peruntukan pendaftaran kelahiran anak tidak sah taraf.
Ada sesuatu yang luar biasa pada sijil kelahiran anak tidak sah taraf. Nombor sijil yang lazimnya tertera di bahagian kanan dokumen, dicetak di bahagian bawah. Ini menunjukkan bahawa pemiliknya tidak mengetahui ayah kandungnya.

STATISTIKBerdasarkan kepada laporan rasmi, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melaporkan terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa catatan nama bapa, sejak tahun 2000 hingga pada bulan Julai 2008.

Ini bermakna secara purata, 2,500 kes anak luar nikah direkodkan pada setiap bulan atau 83.3 kes pada setiap hari. Jika diunjurkan lagi, satu kes pendaftaran anak luar nikah berlaku dalam setiap 17 minit 17 saat!
Amat menyedihkan kerana menurut statistik pendaftaran kelahiran kelahiran anak luar nikah dalam tempoh 4 tahun sahaja (1999-2003) 30,978 dari 70,430 (44%) orang bayi tidak sah taraf yang dilahirkan adalah anak orang ISLAM.

Pecahan mengikut negeri:

Selangor = 12,836 orang
Perak = 9,788 orang
Kuala Lumpur = 9,439 orang
Johor = 8,920 orang
Sabah = 8,435 orang
Negeri Sembilan = 4,108 orang
Pahang = 3,677 orang
Kedah = 3,496 orang
Pulau Pinang = 3,412 orang
Melaka = 2,707 orang
Kelantan = 1730 orang
Perlis = 691 orang
Sarawak = 617 orang
Terengganu = 574 orang
JUMLAH = 70,430 orang.

28 Mac 2010

KULIAH PENGUKUHAN CTU553 8 APRIL 2010

(Mohon izin dr ridhuan ye...)
Unit Hubungan Etnik CITU akan mengadakan program berkalanya iaitu Kuliah Pengukuhan Akademik untuk para pelajar yg mengambil kursus ini utk semester ini. Berikut adalah maklumat lanjut mengenainya:
TARIKH: 8 APRIL 2010
HARI : KHAMIS
MASA ; 8.30 MLM
TEMPAT; DEWAN SRI BUDIMAN (DSB)
PENCERAMAH: DR. MOHD. RIDHUAN TEE ABDULLAH
PENSYARAH KANAN, UPNM
TAJUK : KONSEP ASIMILASI: PENGALAMAN MALAYSIA
PAKAIAN: KEMAS, MENUTUP AURAT, SESUAI DENGAN MAJLIS ILMU

*PARA PELAJAR DIWAJIBKAN HADIR, MAKANAN DISEDIAKAN.

23 Mac 2010

Di sebalik kisah Natrah dan rusuhan 1950 di Singapura

Saya sedang membaca buku NATRAH (antara cinta, rusuhan dan air mata) yg ditulis oleh Datin Seri Fatini Yaacob. Saya beli di PBAKL 2010 pd ahad lepas tapi sy dpt harga istimewa sbb utk peserta forum MAPIM diberi diskaun istimewa. Harga biasa rm75 tp sy beli rm52 je. Kisah Natrah memang sy telah ikuti melalui penulisan penulis di dewan masyarakat sms dia bekerja d DBP. Ketika itu sy sekolah menengah dan pd sy 2 nama ini sgt sinonim (natrah=fatini). Malah sy anggap org selayaknya menulis buku kisah natrah ini adalah datin fatini sendiri (sy juga meminatinya sbnrnya tp sms bekerja di utusan x pernah pulak menemuinya dlm tugasan sy tp slps 1994 beliau pun dlm 'pertapaan' -hrp datin x marah dgn istilah ini. Selepas 20 tahun barulah kisah natrah dihasilkan dlm naskhah, juga selepas kematian natrah itu sendiri pd julai 2009. Inilah persoalan yg sy ajukan kpd penulis d forum itu (penulis jd ahli panel). Scr ringkas d sini sy juga ingin mengajak rakan2 utk membaca buku ini. Sesungguhnya kisah natrah bukan sekadar cerita cinta antara natrah dan mansor adabi tetapi melangkaui batasan itu. Sy yakin pengalamn, masa dan pengkajian yg mendlm myebabkan penulis dpt menghayati penulisan dan kesimpulannya dengan baik. Bak kata penulis, natrah hanya menjadi alat yg diberikan oleh Allah swt kpd umat Melayu/Islam yg pd ketika itu seolah alpa dlm memperjuangkan/mempertahankan agamanya. Rusuhan yg blaku 1950 sbenarnya tercetus hanya apabila Natrah diletakkan di gereja utk sementara ketika menunggu keputusan rayuan. Sedangkan semasa keputusan mahkamah menetapkan natrah dikembalikan kpd ibu bapanya, masyarakat dpt menerimanya. Ini yg membuatkan org Melayu marah. Ada 3 perkara yg masih relevan hingga ke hr ini dr kisah natrah ini iaitu isu mahkamah syariah, hak penjagaan anak dan murtad. Juga jgn dilupa jasa dan peranan Prof Tan Sri AHmad Ibrahim yg mjd peguam natrah yg seterusnya memperjuangkan undang2 Islam di Tanah Melayu (termasuk perkara 121 (1A), tp kita masih belum dpt melakukan byk perubahan pd undg2 Islam. Kpd shbt2 yg tlibat dgn undg2 sy rasa perlu memikirkan apakah peranan mrk dlm hal ini-semua org perlu memainkan peranan dlm dakwah ini mengikut bidg dan kmampuan mrk. Tapi sy percaya hanya org yg dpt megkaji, membaca, memahami sejarah ini shj yg dpt meresapi/menghayati isu ini dgn mendalam.
Kepada para pelajar terutama pelajar saya, disarankan utk membc buku ini. Jgn berkira dgn harga, kerana kesedaran yg timbul krnnya tak ternilai harganya. Ia juga boleh dijdkn bhn sej dan warisn generasi seterusnya.

Kepada para penggemar kopitiam d seksyen 7 shah Alam (Pak Li Kopitiam) camne????Halal ke???

Hanya 2 je kopitiam yg dapat sijil halal iaitu Pak Hailam Kopitiam sdn Bhd dan Jonker Walk Kopitiam sdn Bhd. Saya tenguk ramai (sejak awal pembukaannya), ramai orang melayu dan pelajar uitm yg berkunjung ke Pak Li Kopitiam di seksyen 7 shah alam ni. Kalau tak silap , ada 1 lagi cawangannya di seksyen 18 shah alam. Kalau memang ia halal dan milik Melayu atau chinese muslim tak de masalah tapi kalu sebaliknya??. Maklum, saya tenguk sebahagian orang Islam ni , apa lagi para pelajar suka berfikir singkat, di mana ada orang melayu makan , hah!halal lah tu, satu lagi kalau nampak ada org pakai tudung makan di satu2 tempat, maka dianggap halal sume makanan di situ. Kepada para ibu bapa, tolong2lah ambik peduli tentang anak2 yang belajar jauh dari mereka (juga yg dekat), apa yang mereka makan, apa yang mereka buat dsbg.Jangan sekali2 anggap anak2 tu dah masuk universiti dah pandai semuanya, dah pandai buat keputusan, dah pandai memilih baik buruk. Mereka tahu baik buruk tapi mereka tak berfikir panjang tentang kesan dan akibat perkara yg baik dan buruk itu.
*Kopitiam atau kopi-tiam adalah kedai kopi dan sarapan tradisional yang terdapat di Malaysia dan Singapura. Perkataan "kopitiam" merupakan gabungan perkataan "kopi" dari bahasa Melayu dengan perkataan bahasa Hokkien bagi kedai (店; POJ: tiàm). Dalam erti kata lain, "kopitiam" bermaksud "kedai kopi". Sajian kopitiam biasanya terdiri daripada satu tawaran yang ringkas: beraneka pilihan makanan yang mengandungi telur, roti bakar dan kaya, serta minuman seperti kopi, teh, dan Milo.
Trend kopitiam baharu juga dicetuskan setelah terhasilnya fenomena "budaya kopi" oleh rangkaian kedai kopi seperti Starbucks dan The Coffee Bean & Tea Leaf. Kopitiam ini menawarkan alternatif yang lebih mudah didapati yang mana budaya kopi boleh dinikmati dengan perisa tempatan dan harga yang lebih berpatutan.
Peneraju kopitiam baharu di Malaysia merupakan syarikat berjenama Uncle Lim. Kebanyakan jenama lain mengikuti konsep ini, maka sehingga hari ini, terdapat tidak kurang daripada 100 jenama kopitiam baharu yang beroperasi di merata negara.(sumber wikipedia)
*** saya harap jika ada pembaca/student terutama uitm yg tahu mengenai hal ini harap dpt berkongsi.

22 Mac 2010

Forum Penerbitan Ilmiah Untuk Bacaan Umum-sempena PBAKL2010

sesi autograf dgn datin seri Fatini Yaacub, penulis buku NATRAh yg sy minat sejak sekolah
Sebagai pencatat utk sesi 1 forum

antara peserta forum
Pengarah UPENA yg dedikasi,PM Hjh Hamidah Junid
Forum ini diadakan pada hari Ahad semalam (21 Mac 2010) bertpat di Bilik Kedah/Johor PWTC sempena Pesta Buku A/Bangsa KLumpur 2010 yg sedang diadakan sekarang. Saya antara peserta dan juga pencatat untuk forum tersebut yg dianjurkan oleh MAPIM (Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia) dan dihoskan oleh UPENA UiTM. Sangat menarik tajuk yg dibincangkan. Forum 1; Penerbitan alam dan warisan. Forum 2: Penerbitan penyelidikan untuk bacaan umum.
Forum 2; ahli panel adalah Datin Seri Fatini Yaaub-penulis buku NATRAH, Tuan Hj Che Mazlan -Pengurus al-Ameen Serve sdn bhd dan wakil MARDI. Saya sangat teruja dpt mendengar dan bertemu Datin Fatini sebab sy dah mengikuti tulisannya tentang Natrah sejak di sekolah lagi. Masa tu memang saya selalu beli Dewan Siswa atau Dewan Masyarakat. Masa tu dia bekerja di DBP. Bersambung...

19 Mac 2010

Pesta Buku A/Bangsa KL


Jangan lupa pergi ke Pesta Buku 2010 untuk mendapatkan buku2 terbaru. Kali ni saya datang ke Pesta Buku ini bukan sekadar untuk membeli buku2 tetapi juga menyertai forum sempena pesta buku ini yang akan diadakan pada hari Ahad (21 Mac 2010), anjuran MAPIM dan upena uitm menjadi pengerusi jawatankuasanya. Sya juga akan menjadi pencatat utk forum itu selain sbg peserta

16 Mac 2010

Lawak yang memualkan...

Saya ingin memetik tulisan di akhbar cina (China Press). Bukan saya yg baca paper tu tp ulasannya ada dimuatkan dlm paper utusan. Tulisan tersebut mempertikaikan uitm yg dikatakan mempunyai keistimewaan tersendiri yg tidak boleh disentuh oleh sesapa (kerana hanya Melayu/bumiputera shj didalamnya). Penulis tersebut berasa ragu apa yg dibuat/disogokkan kpd para pelajar melayu dlm kampus uitm kerana katanya tiada siapa yg tahu mengenai agenda yg dirancang dan dilaksanakan. Tambahan pula jaminan dr DSNTR menambahkan keraguan mereka terhadap generasi pelapis melayu ini.
* ulasan saya: rasa lawak dgn tulisan ini sbb tidak ke dia tahu bahawa dlm uitm ini memang pelajarnya bumiputera (student antarabangsa ada juga) tp kakitangannya termasuk lecturer terdiri dr pelbagai bangsa termasuk cina dan india. Bukak je website uitm tenguklah apa proram yg diatur/diberikan kpd para pelajar. Kalau x puas lagi, hah!datang je ke uitm buatlah survey...melampau sangat prasangka mereka tu..betul2 mereka ni banagsa yg kiasu (spt yg selalu disebut oleh Dr Ridhuan Tee)

15 Mac 2010

hasil dari Bengkel Penilaian Semula kursus Hubungan Etnik di IPTA

Bengkel ini telah diadakan pada 8-9 Mac di Puri Pujangga UKM, anjuran KITA (Institut Hubungan Etnik) UKM. Selama 2 hari program di isi dgn pembentangan kertas kerja pada hari 1 dan 2 (pagi). Pembentangan juga menjurus kpd hasil kajian di beberapa universiti tentng pengajaran kursus ini sama ada dr segi P&P atau silabusnya. Beberapa perkara dapat disimpulkan di sini:
* P&P yg baik mampu menarik minat dan kefahaman pelajar terhadap kursus ini
* Kursus Hubungan Etnik bukan sejarah tetapi aspek sejarah berperanan memberi kefahaman dan kesedaran tentang jatidiri/ketatanegaraan dsbgnya.
* kontrak sosial perlu difahami oleh setiap lapisan masyarakat, namun ada di kalangan sarjana yg datang sudah tidak nampak lagi apa perlu dan pentingnya kontrak sosial itu dibahaskan.
*kontrak sosial seolahnya dilihat oleh orang bukan melayu sebagai halangan dalam perpaduan/hubungan etnik yg harmoni ( ini orang tarak bole pakai)
* bahan2 sokongan seperti gambar, audio, video, keratan akhbar/majalah sangat berfungsi dlm pengajaran subjek ini
* setiap pensyarah yg mengajar subjek ini perlu menghayatinya supaya ia dpt memberi kesan kepada para pelajar.
* kerja kursus perlu di perluaskan lagi spy pelajar lebih memahami masyarakat sekitarnya.
*dicadangkan 7 minggu perkuliahan dan 7 minggu utk kerja2 lapangan para pelajar

12 Mac 2010

06 Mac 2010

Perkembangan isu kalimah Allah (4)

Isu kalimah Allah: Mahkamah mahu SIB, KDN berunding(utusan online)
Oleh NORAZLITA MOHD. SIES
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 5 Mac - Mahkamah Tinggi di sini memberi peluang terakhir kepada Gereja Sidang Injil Borneo (SIB) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk berunding bagi menyelesaikan tuntutan berhubung perintah larangan mengimport bahan terbitan Kristian yang mengandungi kalimah Allah.

Hakim Datuk Aziah Ali sehubungan itu menetapkan 30 April ini sebagai tarikh akhir untuk mengetahui status perundingan ke arah penyelesaian oleh kedua-dua pihak tersebut.

Tarikh berkenaan ditetapkan oleh Hakim Aziah di kamar beliau dengan kehadiran peguam Bobby Chew dan Lim Heng Seng yang mewakili SIB ketika sebutan kes itu hari ini.

Turut hadir dalam prosiding itu ialah Peguam Kanan Persekutuan, Datin Azizah Nawawi yang mewakili Menteri Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia selaku responden pertama dan kedua.

Bobby ketika dihubungi memberitahu, sekiranya perundingan menemui jalan buntu, barulah Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) akan menetapkan tarikh perbicaraan.

Menurutnya, mahkamah menetapkan tarikh tersebut bagi membolehkan mereka yang terlibat meneliti sama ada kes tersebut dapat diselesaikan di luar mahkamah.

''Jika penyelesaian tidak berhasil sehingga tarikh tersebut, mahkamah akan menetapkan tarikh baru untuk mendengar permohonan SIB bagi mendapatkan kebenaran mencabar keputusan KDN menerusi prosiding semakan kehakiman,'' jelas Bobby.

Pada 10 Disember 2007, Presiden SIB, Jerry W.A. Dusing @ Jerry W. Patel, 56, dan SIB yang beralamat di Kota Kinabalu, Sabah memfailkan permohonan tersebut terhadap responden pertama dan kedua dengan mengemukakan sebanyak 22 tuntutan.

Antara yang dipohon adalah perintah untuk membatalkan keputusan menteri yang enggan membenarkan pengimportan empat buah tajuk bahan penerbitan Kristian dan menahan penyerahan dua buah tajuk bahan penerbitan yang lain.

Selain memohon perintah supaya menteri tersebut mengembalikan penerbitan itu, pemohon menuntut perisytiharan bahawa penggunaan istilah Allah dalam terjemahan kitab Injil sama ada versi bahasa Malaysia, bahasa Indonesia dan dalam semua penerbitan bahan keagamaan, adalah menjadi hak mereka.

Pemohon turut memohon perisytiharan bahawa Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak semua agama diamalkan dengan aman dan damai oleh pemohon yang mendakwa berhak menggunakan perkataan Allah.

Ia membabitkan bahan cetakan, diterbitkan bukan sahaja di gereja malahan di sebarang lokasi atau bangunan dalam pengamalan agama mereka walaupun bahan dan penerbitan itu mengandungi perkataan Allah.

Pemohon juga memohon perisytiharan bahawa keputusan membenarkan penggunaan Alkitab oleh penganut agama Kristian hanya di gereja-gereja dan tidak di tempat lain adalah bercanggah dengan hak perlembagaan, batal dan tidak sah.

Permohonan dikemukakan atas alasan pihak responden telah melakukan kesilapan apabila gagal mengambil kira bahawa penggunaan perkataan Allah oleh agama Kristian adalah mendahului kedatangan Islam.

Pemohon juga memberi alasan, terjemahan kitab Injil versi bahasa Indonesia dan bahasa Malaysia telah digunakan oleh penganut agama Kristian di negara ini sejak dahulu lagi.

Dusing dalam afidavit sokongannya mendakwa Penyelia Pelajaran Kanak-Kanak dan salah seorang kakitangan SIB, Kinambo Gaduan telah membawa tiga kotak bahan pelajaran bagi kanak-kanak beragama Kristian.

Bahan tersebut dakwa Dusing, milik SIB untuk dibawa pulang ke Kota Kinabalu pada 15 Ogos 2007.

Namun pemohon mendakwa, bahan-bahan penerbitan itu telah ditahan oleh pegawai kastam ketika Kinambo yang dalam penerbangan dari Surabaya, Indonesia telah transit di Terminal Kos Tambang Murah (LCCT), Sepang.

Dakwanya, berdasarkan sepucuk surat dari KDN bertarikh 10 September 2007 kepada SIB ada menyebut bahawa pengimportan penerbitan Kristian yang mengandungi perkataan Allah, Baitullah, solat dan Kaabah adalah dilarang untuk edaran di negara ini.

Surat yang sama juga dakwa Dusing, menyatakan bahawa penerbitan itu boleh menimbulkan kekeliruan dan kontroversi di kalangan masyarakat negara ini.

Pengantarabangsaan Bahasa Melayu..Melayu yang x sedar tolonglah sedar


Peserta China juara pidato PABM(utusan online)
Oleh HELMI MOHD. FOAD dan ZULKIFLI JALIL
pengarang@utusan.com.my

PUTRAJAYA 5 Mac - Peserta dari China, Zhang Song muncul sebagai juara Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) Piala Perdana Menteri 2010 bagi kategori antarabangsa yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini.

Sementara peserta dari Malaysia, Mohd. Syazwan Shuhaimi pula dinobatkan sebagai juara bagi kategori Nusantara dalam pertandingan peringkat akhir yang disertai lapan peserta, malam ini.

Kedua-dua johan pertandingan peringkat akhir itu membawa pulang hadiah wang tunai sejumlah RM17,500, piala pusingan dan piala iringan.

Naib johan kategori antarabangsa dimenangi oleh Natalya Budanova dari Rusia dan tempat ketiga menjadi milik peserta dari Jerman, Josee Hunnekes.

Bagi kategori Nusantara, Naib Johan dimenangi oleh peserta dari Kemboja, Chai Lany Sles, manakala tempat ketiga dimenangi Leonora Lydia Gebby Wentuk dari Indonesia.

Pelajar asing wajib ambil subjek bahasa MelayuPUTRAJAYA 5 Mac - Kementerian Pengajian Tinggi akan mewajibkan kesemua 65,000 pelajar asing di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Swasta (IPTS) mengambil subjek bahasa Melayu bagi membolehkan mereka memahami budaya setempat sekali gus mengembangkan bahasa tersebut.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kehadiran para pelajar asing di negara ini merupakan satu peluang untuk menambah bilangan penutur bahasa Melayu di dunia.

"Dalam konteks ini, Jabatan Bahasa Melayu dan Akademi Pengajian Melayu dalam universiti awam dilihat boleh membantu usaha mengantarabangsakan bahasa Melayu.

"Jabatan-jabatan tersebut perlu mempunyai sasaran agar menjadi pusat perkembangan bahasa Melayu di peringkat antarabangsa, sama ada melalui penyediaan guru bahasa untuk memenuhi keperluan pelajar asing mahupun menjayakan program mobiliti pensyarah bahasa Melayu untuk mengajar," katanya.

03 Mac 2010

Toleransi Melayu...semakin menguncup?

1 Mac 2010 saya berkesempatan menghadiri majlis penyerahan buku Amanat Presiden UMNO (bermula dari Tunku Abdul Rahman sehingga Pak Lah). Ia mengandungi 6 jilid yang kesemunya berharga RM200, diterbitkan oleh Barita Publishing dgn kerjasama Yayasan Kepimpinan Perdana. Ia diserahkan kepada semua universiti melalui wakilnya2 dan majlis ini dianjurkan oleh Fakulti Mass Com uitm bertempat di Dewan Sri Impian hotel UiTM Shah Alam. Selepaas majlis penyerahan, diadakan sesi bual bicara. Panelnya adalah Prof Emeritus Dr Khoo Kay Kim dan Prof Dr Zainal Keling sementara moderatornya ialah Dato' A Kadir Jasin.Berikut adalah antara intipati yang dapat saya kutip. (Soalan yg diberi oleh moderator ialah orang melayu dikatakan sangat toleransi tapi dlm masa yg sama dia juga bangsa yg mudah marah dan mengamuk -2 wajah dlm 1 masa):
1. Prof Dr Khoo Kay Kim
* apabila British dtg ke tanah Melayu, mereka bpendapat ada 2 jenis Melayu iaitu golongan yg memerintah dan gol yg diperintah.
*ini memudahkan pihak British, strategi mereka ialah gol yg memerintah perlu terus memerintah (maka gol ini lah yg banyak diberi peluang mendapat pendidikan inggeris) sementara gol yg diperintah dikekalkan sbg gol bawahan yg menyediakan makanan utk gol atasan.
* ing banyak menulis dan mengkaji budaya dan masyarakat melayu
*Inggeris banyak memberi perlindungan kepada orang melayu tetapi malangnya ia tidak menjadikan Melayu golongan yang maju
*segala kemudahan yg ada dinikmati oleh Inggeris dan cina
*org cina jug byk terhutang budi dgn org Melayu sbb masa mereka nk buka kawasan lombong bijih biasanya mereka mintak tolong bomoh Melayu mintak tolong tenguk mana kawasan yg ada bijih, sbb tu kemudiannya sembah dan percaya kpd dewa datok Kong. Ia merujuk kpd bomoh Melayu yg bijak. (Kong juga bermaksud datok)
*org melayu yg pertama dapat peluang masuk dlm sistem pentadbiran inggeris juga adalah terdiri dr orang melayu bangsawan (terutama kerabat diraja kedah) seperti Syed Tawfiq, raja musa, raja jumaat dll
*banyak fakta sejarah yg diajar di peringkat universiti dan sekolah kurang tepat

2. Prof Dr Zainal Keling
* Melayu tak pernah dijajah
Kejatuhan melaka hanyalah kejatuhan pelabuhan melaka sahaja bukan kejatuhan empayar melaka
*pemimpin kita yg kata tanah melayu dijajah lebih 500 tahun tp sejarah kata tidak
*toleransi melayu kini kian mengurang, kerana sebenarnya mereka sangat bimbang tentang nasib dan masa depannya.
*sebab itu banyak NGO yg ditubuhkan utk perjuang nasib melayu , dan baru2 ini sebanyak 70 NGO melayu ini bergabung di bawah satu bumbung iaiti MPM-dan semua NGO ini ditubuhkan selepas PRU 12 yg lalu.
*dl banyak isu yg dibangkitkan oleh melayu/NGO melayu selama ini, sebenarnya hanya 1 sahaja yg diambil tindakan iaitu isu PPSMI, yg lainnya hanya pd peringkat luahan hati/cakap2/perbincangan shj belum ada apa2 tindakan
*jika dilihat demografi penduduk Malaysia hari ini, yg memenuhi kawasan bandar adalah orang Cina sedangkan orang Melayu masih banyak di luar bandar. Sedangkan di bandarlah segala kemudahan dan kemajuan yg lebih lengkap dan sempurna
*Maknanya, selepas ini golongan diluar bandar akan menjadi pekerja/orang suruhan kepada orang2 di bandar.
*Pemimpin tidak menjelaskan dengan detail dan panjang lebar pada setiap dasar yg dibawanya Contoh, wawasan 2020 hanya 15 halaman shj penerangannya, Islam Hadhari pula 1 halaman dan konsep 1 Malaysia pula 1 perkataan shj.
*yg lebih kesian lagi konsep 1 Malaysia diserahkan shj kpd rakyat utk buat tafsiran sendiri.
*w/bagaimanapun Dr Zainal Keling setuju utk sokong konsep 1 Malaysia dgn syarat ia dihurai sejelas-jelasnya.