Pesanan Pemimpin Terdahulu


"Saya dahulu telah berkata, kita hendaklah berbaik-baik dengan bangsa lain dalam pekerjaan mencari nafkah, tetapi di sebalik itu kita mesti ingat bahawa negara ini negara Melayu yang mesti kita utamakan".- Dato' Onn
Jaafar


"Sejarah telah membuktikan bahawa orang Melayu berjiran dengan orang bukan Melayu lebih daripada 200 tahun yang lalu. Kita duduk bersama-sama dan berjiran dengan pelbagai kaum di negara ini. Bagi saya, kejayaan itu memerlukan kepada beribu-ribu kepala, beribu-ribu hati dan beratus-ratus ribu tangan yang perlu digabungkan menjadi satu dan tunggal supaya faedah-faedah dan cita-cita kita itu tercapai dengan sempurnanya". - Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj.

20 November 2008

Seminar kepimpinan Melayu 18-19 Nov 2008

Saya telah membentangkan satu kertas kerja pada Seminar Kepimpinan Melayu- Dulu Kini dan Masa Depan anjuran InQka UiTm Shah Alam. Saya membentangkan tajuk "Pemerkasaan Bahasa Melayu Sebagai Wadah Perpaduan dan Pembangunan: Obligasi Kepimpinan Melayu". Pada hari kedua...bersama 4 orang pembentang lain yang hebat. Alhamdulillah hari yang begitu mendebarkan itu telah berjaya saya lalui. Syukur ...tapi tak de gambar la pulak...

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam.

Kertas kerja yang dibentangkan oleh Puan amat bagus sekali.

Justeru, Kumpulan Prihatin telahpun meletakkan makalah Puan dalam laman sesawang kami di www.prihatin.net

Kami amat berbesar hati sekiranya Puan ada menulis sebarang makalah berkaitan kepentingan agama, bahasa dan bangsa kepada kami.

Boleh dihubungi melalui e-mel: kumpulan_prihatin@yahoo.com

Sekian, terima kasih.

Pn Nurul Himmah Kassan berkata...

Assalamualaikum.

Terima kasih di atas perhatian dan sokongan pihak tuan terhadap tulisan saya. Juga terima kasih kerana tidak lupa meletakkan kredit tulisan tersebut dlm laman sesawang pihak tuan. Insyaallah saya akan sumbangkan makalah2 yang berkaitan.

Terima kasih.