Pesanan Pemimpin Terdahulu


"Saya dahulu telah berkata, kita hendaklah berbaik-baik dengan bangsa lain dalam pekerjaan mencari nafkah, tetapi di sebalik itu kita mesti ingat bahawa negara ini negara Melayu yang mesti kita utamakan".- Dato' Onn
Jaafar


"Sejarah telah membuktikan bahawa orang Melayu berjiran dengan orang bukan Melayu lebih daripada 200 tahun yang lalu. Kita duduk bersama-sama dan berjiran dengan pelbagai kaum di negara ini. Bagi saya, kejayaan itu memerlukan kepada beribu-ribu kepala, beribu-ribu hati dan beratus-ratus ribu tangan yang perlu digabungkan menjadi satu dan tunggal supaya faedah-faedah dan cita-cita kita itu tercapai dengan sempurnanya". - Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj.

14 Oktober 2011

Sempena Bulan Bahasa Kebangsaan (oktober) 2011

Kerajaan keluar pekeliling urusan rasmi penjawat awam mesti guna bahasa kebangsaan
DURIAN TUNGGAL: Semua penjawat awam diwajib menggunakan bahasa kebangsaan dalam segala urusan rasmi dan pentadbiran kerajaan termasuk ketika bermesyuarat, surat-menyurat atau seminar. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata Kabinet bersetuju dengan keputusan itu bagi memantapkan peranan bahasa Melayu selain memperkasakannya sebagai bahasa ilmu. "Bagi memastikan arahan ini dipatuhi, Pekeliling Perkhidmatan berkaitan Panduan Penggunaan Bahasa Kebangsaan Dalam Perkhidmatan Awam akan dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam," katanya

**** sedihnya jika sampai bulan oktober byk benda yg dibuat utk memartabatkan bahasa melayu tp lepas tu,,,sunyi sepi shj, harap2 yg ini tidak jadi mcm tu sebaliknya benar2 dilaksanakan.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Where to Bet On Blackjack, and Where to Play it - Würzburg
In the choegocasino casino world, the best casino table games. 바카라 The best casino card febcasino game is roulette, which is the best way to get you to the dealer's table