Pesanan Pemimpin Terdahulu


"Saya dahulu telah berkata, kita hendaklah berbaik-baik dengan bangsa lain dalam pekerjaan mencari nafkah, tetapi di sebalik itu kita mesti ingat bahawa negara ini negara Melayu yang mesti kita utamakan".- Dato' Onn
Jaafar


"Sejarah telah membuktikan bahawa orang Melayu berjiran dengan orang bukan Melayu lebih daripada 200 tahun yang lalu. Kita duduk bersama-sama dan berjiran dengan pelbagai kaum di negara ini. Bagi saya, kejayaan itu memerlukan kepada beribu-ribu kepala, beribu-ribu hati dan beratus-ratus ribu tangan yang perlu digabungkan menjadi satu dan tunggal supaya faedah-faedah dan cita-cita kita itu tercapai dengan sempurnanya". - Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj.

15 Oktober 2011

patut kita rasa malu

Profesor dari China dinobat tokoh bahasa Melayu

MELAKA 13 Okt. 2011- Bahasa Melayu mempunyai keistimewaan dan kekuatan tersendiri sebagai bahasa kebangsaan dan antarabangsa jika ianya dimartabatkan sebaik mungkin, kata Profesor Wu Zongyu yang dinobat sebagai Tokoh Pejuang Bahasa Melayu Antarabangsa.

Beliau yang merupakan Pengarah Pusat Pengajian Melayu Universiti Pengajian Bahasa-bahasa Asing Beijing (BFSU) berkata, rakyat negara ini perlu mengagungkan budaya dan memartabatkan bahasa Melayu seiring dengan perkembangan ekonomi kerana pengaruh bahasa itu semakin terserlah dari sehari ke sehari.

"Jika bahasa Melayu boleh merapatkan dua negara seperti Indonesia dan Malaysia, ia juga berupaya menyatupadukan rakyat yang berbilang kaum di negara ini sekali gus dapat menjana perkembangan dan kestabilan ekonomi dan politik yang lebih baik. "Kita dapat lihat juga bahawa kepentingan bahasa Melayu ini semakin hari semakin terserlah di mana rantau yang menggunakan bahasa ini semakin maju dan pesat membangun dari segala segi,” katanya kepada pemberita selepas menerima anugerah tersebut pada majlis pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan 2011 peringkat kebangsaan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), di sini hari ini.

sumber:

Tiada ulasan: