Pesanan Pemimpin Terdahulu


"Saya dahulu telah berkata, kita hendaklah berbaik-baik dengan bangsa lain dalam pekerjaan mencari nafkah, tetapi di sebalik itu kita mesti ingat bahawa negara ini negara Melayu yang mesti kita utamakan".- Dato' Onn
Jaafar


"Sejarah telah membuktikan bahawa orang Melayu berjiran dengan orang bukan Melayu lebih daripada 200 tahun yang lalu. Kita duduk bersama-sama dan berjiran dengan pelbagai kaum di negara ini. Bagi saya, kejayaan itu memerlukan kepada beribu-ribu kepala, beribu-ribu hati dan beratus-ratus ribu tangan yang perlu digabungkan menjadi satu dan tunggal supaya faedah-faedah dan cita-cita kita itu tercapai dengan sempurnanya". - Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj.

05 Mac 2011

PEGUAM SYAR'IE BUKAN ISLAM- TAK BOLEH

Orang bukan Islam tak boleh jadi peguam syarie - Peguam
04/03/2011


KUALA LUMPUR 4 Mac - Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa orang bukan Islam tidak dibenarkan dilantik sebagai peguam syarie bagi mengelak timbulnya kecelaruan di kalangan umat Islam.Peguam Sulaiman Abdullah yang mewakili Majlis Agama Islam berkata, muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi hal ehwal agama Islam yang bersidang pada 15 Disember tahun lalu telah merumuskan bahawa untuk menjadi seorang peguam syarie, seseorang itu perlu menguasai al-Quran dan hadis serta menjadikan Nabi Muhammad S.A.W sebagai idola.

"Peguam syarie juga perlu menguasai bahasa Arab, ilmu usul fiqh dan fiqh secara keseluruhannya dan ia perlu didasari dengan keimanan kepada Allah S.W.T agar tanggungjawab yang dipikul disandarkan hanya kepada keimanan kepada Allah S.W.T dan demi kemasalahatan umat Islam dan keadilan menurut perspektif Islam.

"Oleh yang demikian, demi menjaga kesucian dan kehormatan agama dan umat Islam, muzakarah tersebut telah memutuskan bahawa orang bukan Islam adalah tidak dibenarkan dilantik sebagai peguam syarie,” katanya ketika berhujah berhubung permohonan Victoria Jayaseele Martin untuk mencabar keputusan bahawa hanya peguam beragama Islam sahaja dibenarkan sebagai pengamal di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan. - Bernama

2 ulasan:

munirah berkata...

salam puan,
tetapi kenapa jurusan undang2 syariah ini tawarannya dibuka kepada yang bukn islam sedangkan memang dah sah2 akhirnya golongan mereka ini tidak boleh menjadi peguam syarie kelak akhirnya..?

Pn Nurul Himmah Kassan berkata...

dlm soal ilmu, tiada sekatan utk dipelajari,,dgn mempelajari n mendlaami ilmu mudahan2 akan mengenali Penciptanya, tetapi dlm soal mengamalkan tentunya ada perkara yg dituntut hanya utk umat Islam shj. Mana mugkin ia berhujah dgn ayat2 Allah @ hadis Rasulullah SAW tetapi dia sndiri tidak briman dgn keduanya. Skrg ni mcm 1 fenomena org bukan Islam mahu mengjr org Islam.