Pesanan Pemimpin Terdahulu


"Saya dahulu telah berkata, kita hendaklah berbaik-baik dengan bangsa lain dalam pekerjaan mencari nafkah, tetapi di sebalik itu kita mesti ingat bahawa negara ini negara Melayu yang mesti kita utamakan".- Dato' Onn
Jaafar


"Sejarah telah membuktikan bahawa orang Melayu berjiran dengan orang bukan Melayu lebih daripada 200 tahun yang lalu. Kita duduk bersama-sama dan berjiran dengan pelbagai kaum di negara ini. Bagi saya, kejayaan itu memerlukan kepada beribu-ribu kepala, beribu-ribu hati dan beratus-ratus ribu tangan yang perlu digabungkan menjadi satu dan tunggal supaya faedah-faedah dan cita-cita kita itu tercapai dengan sempurnanya". - Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj.

06 Oktober 2010

Bahasa...Memanglah

Berikut adalah kenyataan Pengarah DBP yg menyatakan penggunaan Bahasa melayu yg belum membanggakan, sempena pelancaran bulan Bahasa. Macamana nk bangga dan cemerlang sebenarnya keadaan bahasa kita semakin sakit. Sangat jauh kebelakang. Political will semakin lemah. Pihak2 yg bertanggung jawab spt pemimpin sendiri terutamanya tidak rasa bersalah kalau bercakap rojak/merosakkan bahasa terutama pemimpin melayu sendiri. Kalau cakap bahasa melayu, susah sangat nak cakap dgn baik, mesti campur dgn bhs inggeris. kalau dh ckp Melayu, ckplah sepenuhnya begitu juga jika ckp bhs Inggeris dan satu lagi kalau mat salleh sorang dlm 1 majlis, pun nak ckp Inggeris juga ke. Cuba kita letakkan diri kita di jepun , negara2 Arab, eropah,,,ada mereka kisah dgn bahs Inggeris,,hang tau ka tak tau ke,,pandai2 la kita.
Penggunaan bahasa Melayu belum membanggakan

IPOH 5 Okt. - Kemantapan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan belum dapat dibanggakan dan masih jauh daripada pencapaian yang dicatatkan pada zaman kegemilangan Melayu.

Menurut Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Datuk Termuzi Abdul Aziz, pada ketika itu, bahasa Melayu bukan sahaja dijadikan sebagai lingua franca, tetapi juga digunakan dalam semua urusan termasuk penulisan karya agung, diplomatik, pentadbiran dan undang- undang.

Namun katanya, perhatian serius yang diberikan kerajaan melalui dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) serta usaha yang diamanahkan kepada DBP untuk menyebarluaskan bahasa Melayu dapat dijadikan asas kepada pembinaan bangsa.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Jati diri kita sebagai anak melayu perlulah selalu diperkuat agar kita sentiasa terselamat dari bahasa bangsa.. kerana bila hilangnya bahasa dalam jati diri, maka hilanglah identiti kita sebagai bangsa melayu yg pernah gah ketika dahulu...

Pn Nurul Himmah Kassan berkata...

kalau dah orang Melayu sendiri tak sayang dgn bahasanya, apa lagi org bukan melayu. Jd akn tetap hadapi masalah dlm martabatkan bahasa melayu. Tak de rasa bersalah pun kalau merosakkan bahasa. Bila sampai bulan bahasa, baru rasa nk sungguh2 jg bahasa. Setiap individu, masyarakat dan pemimpin terutamanya mesti letakkan bahasa melayu di hadapan apabila nak berckp,berkomunikasi, menulis dll.