Pesanan Pemimpin Terdahulu


"Saya dahulu telah berkata, kita hendaklah berbaik-baik dengan bangsa lain dalam pekerjaan mencari nafkah, tetapi di sebalik itu kita mesti ingat bahawa negara ini negara Melayu yang mesti kita utamakan".- Dato' Onn
Jaafar


"Sejarah telah membuktikan bahawa orang Melayu berjiran dengan orang bukan Melayu lebih daripada 200 tahun yang lalu. Kita duduk bersama-sama dan berjiran dengan pelbagai kaum di negara ini. Bagi saya, kejayaan itu memerlukan kepada beribu-ribu kepala, beribu-ribu hati dan beratus-ratus ribu tangan yang perlu digabungkan menjadi satu dan tunggal supaya faedah-faedah dan cita-cita kita itu tercapai dengan sempurnanya". - Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj.

27 Ogos 2009

Kemerdekaan Negara ke 52



Tajuk 3 dalam subjek Hubungan Etnik adalah Perlembagaan Malaysia dalam Konteks Hubungan Etnik di Malaysia. Dalam tajuk ini kebetulan juga berada dalam bulan kemerdekaan saya tayangkan kepada pelajar saya video bermula dengan rundingan London, kemerdekaan 1957 dan pembentukkan Malaysia 1963. Nampaknya para pelajar juga teruja, ada yang tidak pernah menonton video ini. Sekurangnya2 saya membantu mereka mengingati kembali sejarah pemimpin terdahulu memperjuangkan kemerdekaan negara dan diharap dapat melahirkan semangat sayangkan negara dan menjadi orang berguna untuk agama, bangsa dan negara.

19 Ogos 2009

Isu- Perkara 3 (1)


Perkara 3 (1) adalah berkaitan Islam sebagai agama persekutuan. Antara isu2 yang berkaitan yg dianggap cuba menggugat kedudukan perkara 3(1) ialah:
1. kes murtad Lina Joy
2. kes ajaran sesat seperti ayah pin, ajaran hj abdul kahar, dll.
3. kes tuntutan mayat M.Murty oleh keluarganya yg menafikan dia muslim - cuba persoal kredibiliti dan kedudukan mahkamah syariah
4. kes nyonya tahir yg lahir sebagai Islam tetapi dibesar, di pelihara dan berkahwin dengan org beragama buddha dan akhirnya dikebumikan ikut ajaran buddha
5. pembinaan pusat ibadat yg mendpt tentangan org Islam kerana majoriti penduduk adalah Islam seperti di seksyen 23 shah alam dll
6. penggunaan kalimah Allah oleh penganut kristian
7. kalimah Allah dan Muhammad diletakkan di tempat yg tidak sesuai seperti tapak kasut.
8. penjualan arak di tempat majoriti muslim - seksyen 8 shah alam
9. penternakan babi/penggunaan bahan buatan sama ada makanan atau penggunaan harian dari unsur babi
10. mempersendakan Islam dan ajarannya
11. Mempersoalkan keputusan mahkamah syariah seperti kes wanita yg minum arak (pahang) dihukum sebat oleh mahkamah syariah.

18 Ogos 2009

Isu-pembinaan kuil di seksyen 23 Shah Alam


(dipetik dari Utusan Online)
SHAH ALAM 16 Ogos - Kira-kira 200 penduduk Islam di Seksyen 23 di sini berkumpul secara aman di hadapan tapak kuil seluas 0.2 hektar di kawasan perumahan mereka bagi membantah keputusan pembinaan rumah ibadat tersebut.

Kesemua mereka berkumpul kira-kira pukul 10 pagi sambil membawa sepanduk dan kain rentang mengandungi tulisan yang mencemuh pemimpin pakatan pembangkang kerana berlaku tidak adil kepada mereka serta tidak menghiraukan perasaan majoriti masyarakat beragama Islam

JAIS persoal Exco lulus bina kuil
(petikan utusan online)Oleh ABDUL YAZID ALIAS

SHAH ALAM 17 Ogos – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menjelaskan keputusan pembinaan rumah ibadat bukan Islam di negeri itu termasuk di Seksyen 23 di sini yang mendapat bantahan penduduk Islam ditentukan oleh jawatankuasa khas yang dipengerusikan oleh Exco berkaitan portfolio berkenaan.

Pengarahnya, Datuk Muhammed Khusrin Munawi berkata, amalan itu adalah berbeza dengan dahulu iaitu sebarang pembinaan rumah ibadat bukan Islam sama ada kuil, tokong dan sebagainya diputuskan oleh jawatankuasa negeri yang dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) sendiri.

Ekoran itu jelasnya, selepas Selangor diperintah kerajaan campuran urusan berkaitan pembinaan rumah ibadat bukan Islam diputuskan oleh Jawatankuasa Rumah Ibadat Bukan Islam yang dipengerusikan oleh Dr. Xavier Jayakumar.

Xavier adalah juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin Selangor.

‘‘Maka itu dalam soal cadangan pembinaan kuil di kawasan majoriti Islam di Seksyen 23, kita mahu supaya kerajaan negeri menimbang semula pembinaan kuil di kawasan berkenaan.

‘‘Pertimbangan sedemikian perlu dibuat kerana isu pembinaan rumah ibadat itu dikhuatiri akan menimbulkan ketegangan di kalangan rakyat di Selangor terutamanya melibatkan soal agama,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

15 Ogos 2009

Media dan hubungan etnik

Fungsi media:
1. salur / menyampai maklumat
2. membujuk khalayak
3. memperjelas
4. wakil pemimpin kepada rakyat, rakyat kepada pemimpin
Sejarah ringkas media bukan Melayu (dipetik dr Mingguan Malaysia 23/8/2009, http://ridhuantee.blogspot.com oleh Dr. Mohd.Ridhuan Tee Abdullah, pensyarah kanan UPNM):
*Menurut A.F Yasin (1986), sejarah persuratkhabaran b/Melayu di TM khususnya akhbar berbahasa Cina, Tamil dan Inggeris x mencerminkan semangat nasional tapi lebih mementingkan kelompok sendiri.
*Suara akhbar Cina kontra dgn suara Melayu.
*Akhbar cina terawal bermula hujung abad ke 19.
1815: The Chinese Monthly Magazine
1881-1932: Lat Pau (akhbar harian Cina 1)
1898-1905: Thien Nan Shih Pao
1899-1901: Jit Shin Pao
1904-1905: Theo Lam Jit Poh
1929-kini: Sin Chiew Jit Poh
1923-kini: Nanyang Siang Pao
1946: China Press

Fenomena najis babi- 8 Ogos 2009





Sabtu-8 Ogos 2009. Bertempat di Auditorium SIRIM saya bersama Amal pergi ke seminar fenomena najis Mughallazah/babi. Banyak info yang kami perolehi. Ringkasannya seperti berikut:
1. Perbezaan pendapat di kalangan ulama feqah yang 4, dari segi kenajisan, fizikal dan yg berkait dengannya namun jika orang awam yang jahil agala mengetahui pendapat2 ini ada kemungkinan mereka akan mengambil mudah terhadap perkara yg haram dan akan sengaja mengambil hukum yg lebih ringan utk melepaskan diri.
2. babi dari sudut pelbagai agama: semua agama secara dasarnya menolak babi.
3. Babi dan jenisnya2
4. Babi dan setiap inci di badannya digunakan oleh manusia/orang barat dalam barng keperluan/kehidupan mereka seperti makanan, pakaian,peralatan. kosmetik dll.
5. perlunya babi diselenggara dengan cara yg betul untuk engelak pencemaran alam.
6. UPM telah bangunkan mesen/teknologi untuk mengesan kewujudan unsur binatang pada sesuatu benda seperti makanan, pakaian, peralatan dll. Antaranya unsur inatang samada ayam, ajing atau babi

12 Ogos 2009

Isu

1. Pulau Pinang: bukan Islam menuduh umat Islam yg cuba mempertahankan mahkamah syariah sebagai extrimis
2. Selangor: isu penjualan arak yang dibenarka di kawasan majoriti Melayu- x jaga sensitiviti orang Islam. PBT diarah pulangkan balik arak yang dirampas semasa operasi di sebuah kedai serbaneka di seksyen 8
3. akhbar cina 'menyerang' dr Ridhuan Tee Abdullah yang menulis dlm mingguan malaysia berkenaan bukan melayu/ cina yang seolah2 mengiktiraf anak tak sah taraf, mereka yg tak tahu bersyukur dan menghormati toleransi orang melayu.

11 Ogos 2009

Wasiat Raja-raja Melayu


Baru-baru ini Raja Nazrin Shah mengingatkan kembali kepada rakyat malaysia tentang apa yang telah dipersetujui oleh pemimpin Melayu dan bukan Melayu dalam membentuk persekutuan tanah melayu. Ia kemudian disebut sebagai kontrak sosial iaitu persepakatan antara dua pihak ini. Ia juga disebut unsur2 tradisi dalam perlembagaan (yang dimasukkan dlm perlembagaan persekutuan sebelum merdeka) dan rakyat perlu menghormatinya sebagai formula keamanan dan perpaduan kaum. Berikut adalah petikan yg diambil dr Utusan Online http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0806&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_18.htm:

Wasiat yang disampaikan semasa Raja-Raja Melayu menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957 ialah :

Kami namakan dan kami panggil dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama Malaysia);

Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain;

Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hak milik kamu, kami tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara;
Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini;
Kami isytiharkan ISLAM adalah Agama Persekutuan;
Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU;
Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN.

(Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Saraak).