Pesanan Pemimpin Terdahulu


"Saya dahulu telah berkata, kita hendaklah berbaik-baik dengan bangsa lain dalam pekerjaan mencari nafkah, tetapi di sebalik itu kita mesti ingat bahawa negara ini negara Melayu yang mesti kita utamakan".- Dato' Onn
Jaafar


"Sejarah telah membuktikan bahawa orang Melayu berjiran dengan orang bukan Melayu lebih daripada 200 tahun yang lalu. Kita duduk bersama-sama dan berjiran dengan pelbagai kaum di negara ini. Bagi saya, kejayaan itu memerlukan kepada beribu-ribu kepala, beribu-ribu hati dan beratus-ratus ribu tangan yang perlu digabungkan menjadi satu dan tunggal supaya faedah-faedah dan cita-cita kita itu tercapai dengan sempurnanya". - Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj.

20 Oktober 2012

Bahasa oh Bahasa

(Petikan drpd blog tulisan PM DR Ridhuan Tee) Pada hemat saya, tidak perlu kempen, buang wang dan tenaga. Wajibkan penggunaannya dan kuatkuasakan serta merta, seperti yang dicadangkan oleh Allahyarham Dato Hassan Ahmad (15.2.2010): i) Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan negara, bukan bahasa kebangsaan Melayu. Bahasa Melayu mesti digunakan dalam urusan rasmi kerajaan. Justeru, Jawatankuasa Khas hendak dibentuk disetiap Kementerian dan agensi kerajaan serta sektor swasta supaya mendaulatkan bahasa Melayu dalam urusan rasmi. Menteri yang bertanggungjawab wajib memastikan bahasa Melayu digunakan dalam amalan seharian, ii) Bahasa Melayu mesti digunakan sebagai bahasa pengantar utama sistem pendidikan dari peringkat sekolah rendah hingga pengajian tinggi, iii) Bahasa Melayu mesti diajar sebagai mata pelajaran wajib di semua jenis sekolah dan wajib lulus untuk lulus dalam keseluruhan peperiksaan, iv) Jika bahasa Inggeris itu menjadi keutamaan, maka bahasa Inggeris hendaklah dijadikan sebagai bahasa kedua yang wajib diambil di semua jenis sekolah, tetapi jangan sampai menenggelamkan bahasa Melayu, v) Di sekolah jenis kebangsaan, tambahan masa bahasa Melayu mesti dilakukan dengan tegas tanpa tunduk kepada ugutan persatuan-persatuan yang terlalu sifat kebangsaan atau ultra kiasu, yakni kumpulan yang tidak mahu mengaku kalah, vi) Semua media cetak, elektronik, papan tanda, risalah dan sebagainya mesti mendaulatkan bahasa Melayu berbanding bahasa lain. Tindakan undang-undang dan saman boleh diambil terhadap mereka yang membelakangkan bahasa Melayu, vii) Nama-nama Syarikat, Taman Perumahan, dan sebagainya mesti melambangkan identiti bahasa kebangsaan berbanding bahasa lain, viii) Malaysia perlu banyak belajar daripada negara jiran seperti Thailand dan Indonesia, bagaimana negara-negara ini mendaulatkan bahasa kebangsaan mereka.

Tiada ulasan: