Pesanan Pemimpin Terdahulu


"Saya dahulu telah berkata, kita hendaklah berbaik-baik dengan bangsa lain dalam pekerjaan mencari nafkah, tetapi di sebalik itu kita mesti ingat bahawa negara ini negara Melayu yang mesti kita utamakan".- Dato' Onn
Jaafar


"Sejarah telah membuktikan bahawa orang Melayu berjiran dengan orang bukan Melayu lebih daripada 200 tahun yang lalu. Kita duduk bersama-sama dan berjiran dengan pelbagai kaum di negara ini. Bagi saya, kejayaan itu memerlukan kepada beribu-ribu kepala, beribu-ribu hati dan beratus-ratus ribu tangan yang perlu digabungkan menjadi satu dan tunggal supaya faedah-faedah dan cita-cita kita itu tercapai dengan sempurnanya". - Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj.

27 April 2011

Final Exam April 2011

Paper CTU553 adalah pada 28 April 2011/ Khamis jam 900 hingga 1100 pg,,
Semoga berjaya,,masih ada masa utk memantapkan kefahaman dan ingatan.

26 April 2011

Nota

Kepada para pelajar yg nak nota Hubungan Etnik, boleh dapatkan dgn cara berikut:
1). i-learn (bwh nama ustz Mahyuddin)
2). lihat disini
3). lihat di sini

25 Mac 2011

Kuliah Pengukuhan CTU 553


Semua pelajar yang mengambil kursus CTU 553 diwajibkan hadir kuliah ini. Berikut adalah maklumat lanjut:

TARIKH: 29 MAC 2011 (SELASA MLM RABU)
MASA : 8.00 HINGGA 1030 MALAM
TEMPAT : DEWAN AGONG TUANKU CANSELOR (DATC)
PENCERAMAH: DATO' NIK MUSTAFA NIK HASSAN, PENGARAH IKIM
TAJUK : MODEL EKONOMI BARU (MEB)PEMANGKIN WAWASAN 2020

* pelajar d minta dtg awal, bas di sediakan se awal jam 7 pm d kwsn skitr sek 7, 4.6.,8
* bole solat d DATC,,ruang yg luas,,jam 8 msti dh msuk dewan
*ada kopun tp mugkin d beri ms d kelas, ada attendece gak
* ada hamper utk yg bertuah
*makanan d sediakn
* ada prog sampingn iaitu menulis jawi beramai2 utk d catatkan dlm world books of record, stiap pelajr akn dpt sijil

20 Mac 2011

Akhirnya...Bukan Islam TETAP TAK BOLEH


Permohonan Victoria Jayaseele jadi peguam syarie ditolak

KUALA LUMPUR 17 Mac - Impian seorang peguam wanita bukan Islam, Victoria Jayaseele Martin (gambar) untuk menjadi peguam syarie di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur tidak kesampaian apabila permohonannya itu ditolak oleh Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) di sini hari ini.

Hakim Datuk Rohana Yusuf ketika memutuskan permohonan tersebut berkata, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) boleh mengenakan syarat untuk menjadi peguam syarie dan ia tidak bertentangan dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan.

Sebaliknya menurut beliau, ia merupakan satu kemestian bagi memastikan perwakilan perundangan menjadi lebih efektif dan niat Parlimen adalah jelas bahawa syarat kemasukan peguam syarie tertakluk di bawah peraturan MAIWP.

Hakim tersebut berkata, peruntukan Kaedah 10 Kaedah-Kaedah Peguam Syarie Wilayah Persekutuan 1993 yang memberikan mandat bahawa hanya orang Islam boleh diterima sebagai peguam syarie, tidak bercanggah dengan Artikel 5, 8(1) dan 8(2), dan 10(1) Perlembagaan Persekutuan dan tidak ultra vires (melampaui batasan undang-undang).

Kaedah 10 itu menurut Hakim Rohana, telah dibuat berdasarkan ruang lingkup perundangan MAIWP yang memberikan kuasa kepadanya untuk menerima sesiapa sahaja mengikut budi bicara itu.

Bagaimanapun kuasa tersebut tertakluk di bawah Kaedah 10(2) dengan mendapat perkenan Yang Dipertuan Agong.

Syarat kelayakan tersebut bagi Hakim Rohana, untuk memastikan keberkesanan para peguam syarie dan bukannya menghilangkan peluang Victoria untuk menjadi seorang peguam cara dan peguam bela.

Pada 19 Mei tahun lalu, Victoria yang memperoleh Diploma Undang-Undang dan Amalan Syariah pada 2004 dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) mengambil tindakan undang-undang di Mahkamah Sivil itu selepas permohonannya sebagai peguam syarie ditolak oleh MAIWP melalui jawatankuasa peguam syarie.

Ini kes pertama di ibu negara seorang peguam bukan Islam diberi kebenaran mencabar keputusan bahawa hanya peguam beragama Islam boleh bertugas sebagai peguam syarie di Mahkamah Syariah.

15 Mac 2011

Kenapa nak dengki dengan AZAN (tonton vdeo d laman PPIMhttp://persatuanpenggunaislammalaysia.blogspot.com/2011/03/video-penghinaan-terhadap-islam.htm

Jangan cepat melatah isu persenda azan (Jakim)15/03/2011

KUALA LUMPUR 15 Mac — Umat Islam di negara ini diminta supaya tidak cepat melatah dengan perbuatan mempersendakan azan menerusi “You Tube" kerana itu mungkin perbuatan nakal kanak-kanak.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz berkata, umat Islam perlu berfikiran rasional dalam menangani masalah itu dan meneliti siapa yang bertanggungjawab melakukannya serta tujuan mereka.

“Pihak yang melakukannya mungkin daripada kalangan yang tidak mengetahui ia merupakan sensitiviti umat Islam, seperti budak-budak nakal.

“Tetapi jika ia dilakukan oleh mereka yang sememangnya bertujuan mengganggu keharmonian Islam, tindakan perlu diambil,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.Semalam Persatuan Pengguna Islam Malaysia meminta kerajaan mengambil tindakan tegas termasuk mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri terhadap pihak yang bertanggungjawab menyiarkan video klip mempersendakan azan menerusi “You Tube”.

Wan Mohamad berkata isu yang “tenggelam timbul” seperti itu tidak harus menjadikan umat Islam cepat melatah."Mungkin selepas ini lebih banyak isu yang akan cuba dimainkan dalam mencabar sensitiviti umat Islam, jadi umat Islam harus bersabar dan bersikap rasional,” katanya. — Bernama
Sumber online,,

05 Mac 2011

PEGUAM SYAR'IE BUKAN ISLAM- TAK BOLEH

Orang bukan Islam tak boleh jadi peguam syarie - Peguam
04/03/2011


KUALA LUMPUR 4 Mac - Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa orang bukan Islam tidak dibenarkan dilantik sebagai peguam syarie bagi mengelak timbulnya kecelaruan di kalangan umat Islam.Peguam Sulaiman Abdullah yang mewakili Majlis Agama Islam berkata, muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi hal ehwal agama Islam yang bersidang pada 15 Disember tahun lalu telah merumuskan bahawa untuk menjadi seorang peguam syarie, seseorang itu perlu menguasai al-Quran dan hadis serta menjadikan Nabi Muhammad S.A.W sebagai idola.

"Peguam syarie juga perlu menguasai bahasa Arab, ilmu usul fiqh dan fiqh secara keseluruhannya dan ia perlu didasari dengan keimanan kepada Allah S.W.T agar tanggungjawab yang dipikul disandarkan hanya kepada keimanan kepada Allah S.W.T dan demi kemasalahatan umat Islam dan keadilan menurut perspektif Islam.

"Oleh yang demikian, demi menjaga kesucian dan kehormatan agama dan umat Islam, muzakarah tersebut telah memutuskan bahawa orang bukan Islam adalah tidak dibenarkan dilantik sebagai peguam syarie,” katanya ketika berhujah berhubung permohonan Victoria Jayaseele Martin untuk mencabar keputusan bahawa hanya peguam beragama Islam sahaja dibenarkan sebagai pengamal di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan. - Bernama

03 Mac 2011

Rakyat malaysia yang TERKAYA


Tinjauan oleh Malaysian Business

1). Robert Kuok (“Raja Gula” yang memiliki rangkaian hotel lima bintang di rantau ini): RM50.04 bilion,

2). T. Ananda Krishnan (taikun telekomunikasi-Maxis): RM45.78 bilion.

3). Tan Sri Teh Hong Piow (Pengerusi Public Bank): RM12.77 bilion

4). Tan Sri Lee Shin Chen (Pengerusi Eksekutif IOI Corporation Bhd.): RM12.74 bilion.

5). Tan Sri Lim Kok Thay (Pengerusi Kumpulan Genting) : RM10.89 bilion

6). Tan Sri Quek Leng Chan (Pengerusi Kumpulan Hong Leong): RM7.09 bilion.

7). Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary (yayasan al-Bukhary) : RM8.84 bilion.

8).Balu Tan Sri Lim Goh Tong, Puan Sri Lee Kim Hua (Genting Berhad): RM7.43 bilion.

9) Tan Sri Tiong Hiew King (Pengerusi Rimbunan Hijau): RM4.77 bilion

10). Ong Beng Seng (hartawan Singapura) : RM3.98 bilion.

11).Beng Seng merampas kedudukan Pengerusi Kumpulan Berjaya, Tan Sri Vincent apabila kekayaannya menyusut menyebabkan ia hanya sekadar berada di tempat ke-12.

Sementara itu, senarai individu-individu terkaya menerima tiga nama baru dengan kemasukan Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Mah Sing, Tan Sri Leong Hoy Kum dan Pengerusi Eksekutif Supermax Corporation Bhd. , Datuk Seri Stanley Thai serta Naib Pengerusi Eksekutif Tan Chong Holdings Bhd., Datuk Tan Heng Chew.

Menurut Malaysian Business, jumlah kekayaan 40 individu terkaya di Malaysia meningkat lebih daripada 30 peratus didorong oleh peningkatan pasaran saham dan peluasan ekonomi. Seperti tahun-tahun sebelumnya, kekayaan 40 individu itu berdasarkan nilai pegangan saham dalam syarikat-syarikat tersenarai sehingga 21 Januari lalu.

Jumlah kekayaan kesemua individu itu sekarang bernilai RM206.27 bilion sehingga 21 Januari 2011 berbanding RM156.7 bilion tempoh yang sama tahun lalu. Keseluruhan pertambahan itu adalah seiring dengan kenaikan 20 peratus FBM KLCI sejak tinjauan terakhir.Tambahnya, tahun ini menyaksikan bilangan individu terkaya lebih banyak iaitu sebanyak 27 orang, bertambah lima daripada 2010.

21 Februari 2011

Bahasa Melayu- Suruhanjaya Bahasa Negara (sokonglah)


Suruhanjaya Bahasa Negara!

APAKAH Malaysia mempunyai satu Dasar Bahasa Negara? Jawapannya: Ya dan benar! Perkara 152 (1) Perlembagaan Persekutuan mengkanunkan “Bahasa Kebangsaan ialah Bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan sebagaimana yang diperuntukkan dengan undang-undang oleh Parlimen” dan Perkara 152 (6) menegaskan “Dalam Perkara ini,

maksud rasmi ertinya apa-apa jua maksud Kerajaan, sama ada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri, dan termasuklah apa-apa maksud sesuatu pihak berkuasa awam.” Fungsi Bahasa Melayu diperkukuh lagi dalam Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67, disemak 1971.

Daripada kedua-dua sumber tersebut telah diperluas tafsiran terhadap kedudukan dan fungsi bahasa Melayu dalam beberapa undang-undang yang lain. Undang-undang tertinggi Malaysia itu menetapkan bahawa Bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan bagi negara Malaysia; Bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi bagi melaksanakan maksud-maksud Kerajaan Persekutuan, Badan Berkanun, Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan dan rakyat Malaysia tidak dilarang menggunakan, belajar atau mengajar bahasa-bahasa lain. Baca selanjutnya...

Fenomena bahasa rojak yg merosakkan bahasa hingga semakin parah, lihat di sini..

15 Februari 2011

Politik Malaysia


Kerajaan:

* Perlembagaan
* Kontrak sosial

Eksekutif:

* Yang di-Pertuan Agong
o Tuanku Mizan Zainal Abidin
* Kabinet
o Perdana Menteri
- Mohd Najib Abdul Razak
o Timbalan Perdana Menteri
- Muhyiddin Yassin
* Suruhanjaya Pencegahan Rasuah

Perundangan:

* Parlimen
o Dewan Negara
o Dewan Rakyat

Badan Kehakiman:

* Sistem undang-undang
* Kehakiman

Pemerintahan di Malaysia


mohon share dr blog berkenaan.

09 Februari 2011

Isu logo Halal lagi


Hasil siasatan wartawan Unit Khas Utusan Malaysia d 5 pasar raya besar sekitar ibu kota menemui, sejumlah 25 daripada lebih 50 barangan menggunakan logo halal tidak diiktiraf.Tambah menyedihkan apabila kebanyakannya terdiri daripada barangan makanan yang digunakan setiap hari seperti mi segera, kicap, tuna dan rempahan sup selain makanan ringan.Kesemua produk yang mempunyai logo ‘halal’ tersebut cuba dijejaki melalui laman web Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) namun tiada maklumat mengenainya.

Berbeza dengan barangan sama daripada jenama lain yang diperiksa, maklumat seperti nama syarikat, jenama dan jenis barangan serta tarikh tamat tempoh sijil pengesahan halal dipaparkan.

Paling mengejutkan, enam produk yang telah diharamkan penggunaan logo halal oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) berkuatkuasa pada 5 Februari tahun lalu, masih kebal di pasaran.

Tindakan dalam memastikan kesejahteraan umat Islam benar-benar terpelihara dari aspek halal haram mengikut ajaran agama itu mungkin tiada impaknya apabila logo seperti Islamic Food and Research Council, SAS-H Consultancy, Perak Religious Officer Association, Halal Food Council S.E.A dan IFANCA International masih boleh dilihat digunakan pada hampir setiap jenis makanan.-sumber Utusan Online

31 Januari 2011

Pergolakan di Mesir- iktibar


KAHERAH 30 Jan. - Aktivis Mesir, Mohamed ElBaradei menyifatkan pelantikan Naib Presiden dan Perdana Menteri baru yang dibuat Presiden Hosni Mubarak sebagai tidak berguna dan tidak menurut apa yang dituntut oleh beribu-ribu rakyat negara ini yang mahu pemimpin itu menamatkan pemerintahan selama 30 tahun.

Kenyataan pemimpin pembangkang Mesir itu dibuat selepas Mubarak, 82, menamakan bekas ketua risikan tentera, Omar Suleiman sebagai Naib Presiden buat kali pertama dan bekas Menteri Penerbangan Awam, Ahmed Shafiq sebagai Perdana Menteri semalam."Hosni Mubarak tidak mendengar permintaan rakyat. Apa yang dibuatnya hanya perubahan melibatkan beberapa individu sedangkan kita bercakap tentang perubahan rejim.

"Rakyat Mesir menyatakan satu suara, mereka mahu Presiden Mesir berundur," kata ElBaradei, 68, yang menyifatkan pelantikan itu sebagai tidak berguna kepada televisyen Al-Jazeera semalam.

Bekas Ketua Pengarah Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu turut menyeru pembentukan sebuah kerajaan peralihan baru supaya satu pilihan raya adil dapat dilaksanakan.

ElBaradei berkata, beliau juga mungkin bertanding pada pilihan raya Presiden sekiranya perubahan Perlembagaan dilakukan."Saya hormatkan Suleiman dan Shafiq tetapi menggantikan individu tertentu tidak cukup.

"Saya mahu Mubarak dan rejimnya meninggalkan Mesir secepat mungkin. Itu yang terbaik bagi Mesir dan mereka," katanya.Reformis Mesir itu menegaskan tindakan kerajaan yang cuba menidakkan kemahuan orang awam hanya akan memburukkan lagi keselamatan negara dan Mubarak perlu dipertanggungjawabkan di atas keadaan itu."Presiden perlu dipilih oleh rakyat. Sudah tiba masanya untuk sesuatu rejim berundur sekiranya ia tidak memahami kehendak rakyat. Rakyat mahukan pemerintahan baru, jika tidak Mesir akan tumbang," katanya. - REUTERS

Melayu Singapura...bagaimana masa depannya

Dipetik darpd KOSMO:

Singapura, Lee Kuan Yew menggesa masyarakat Islam di negara itu supaya menjadi kurang tegas dalam hal pematuhan ajaran agama demi meningkatkan integrasi dan proses pembangunan negara bangsa.

Singapura didominasi oleh penduduk etnik Cina manakala kaum minoritinya dibentuk oleh kelompok Melayu beragama Islam dan orang India. Kuan Yew sering menekankan mengenai pentingnya keharmonian kaum. "Saya ingin menyatakan pada hari ini, kita boleh mengintegrasikan semua agama dan kaum kecuali Islam," kata Kuan Yew dalam bukunya yang bertajuk Lee Kuan Yew: Hard Truths to Keep Singapore Going.

Buku tersebut mengandungi pandangan-pandangan jujurnya mengenai Singapura dan masa depannya. "Saya fikir kita bergerak maju dengan baik sehinggalah timbulnya Islam dan jika kamu tanya tentang pemantauan saya, komuniti-komuniti lain lebih mudah berintegrasi, kawan-kawan, perkahwinan berlainan bangsa dan sebagainya.

"Saya fikir masyarakat Islam secara sosialnya tidak menimbulkan sebarang masalah, tetapi mereka berbeza dan terpisah," kata Kuan Yew yang menggesa komuniti Islam untuk menjadi kurang tegas dalam mematuhi Islam. Kuan Yew turut menyatakan republik yang majoritinya terdiri daripada etnik Cina itu masih dalam proses membangunkan sebuah negara bangsa.

Di dalam bukunya, beliau menyifatkan Singapura sebagai sebuah bangunan 80 tingkat yang dibina di atas tanah berpaya. Kuan Yew menegaskan bahawa Singapura mesti berdepan dengan perasaan bermusuhan daripada jiran-jiran beragama Islam yang lebih ramai. "Kita mempunyai jiran-jiran yang peramah? Sedarlah... Inilah yang melemahkan kita kerana kita merupakan orang yang gemar mencampuri urusan orang lain," katanya yang mendakwa usaha Malaysia dan Indonesia untuk menjejaskan perniagaan pelabuhan Singapura.

Singapura keluar dari Persekutuan Malaysia pada tahun 1965 ekoran perbezaan besar terhadap dasar Kuala Lumpur yang memberi keistimewaan kepada kaum Melayu. Sejak itu, Singapura telah mewujudkan pasukan tentera paling moden di Asia Tenggara untuk menangani ancaman negara asing. beliau percaya rakyat Singapura masih belum bersedia menerima seorang perdana menteri yang bukan daripada etnik Cina.

"Satu undian menyatakan 90 peratus masyarakat Cina Singapura menyatakan mereka akan melantik seorang bukan Cina sebagai PM. Baiklah, ini adalah ideal. Kuan Yew juga mempertahankan dasar mempromosikan perkahwinan sesama rakyat Singapura yang berpendidikan tinggi.

Dasar itu dilihat oleh para pengkritik sebagai satu proses kejuruteraan sosial dan menafikan tanggapan mengenai cinta pandang pertama. "Rakyat mendapat pendidikan. Golongan yang cerdik akan naik statusnya dan mengahwini pasangan yang sama-sama menerima pendidikan yang bagus. Hasilnya, anak mereka pasti lebih pandai berbanding anak-anak tukang kebun.

Menteri-menteri kabinet Singapura mendapat bayaran gaji tertinggi di dunia sebagai sebahagian daripada strategi mencegah rasuah . - AFP

28 Januari 2011

amat mendukacitakan


Konflik dan perdebatan tentng novel Interlok ditamatkan dgn keputusan yg menyedihkan ini. Bagaimana dgn lambakan cetakan yg byk pastu nk tampal lak. Adakah ini jalan terbaik. Jika dikekalkan interlok (pd saya) tanpa sebarang perubahan , ia bukan bermakna org Melayu jaguh/amat berkuasa tetapi lebih kpd ketegasan dan sifat menghormati serta memahami secara ilmiah bukan emosi. Dgn jolokan dan panggilan itulah (yg dsebut dlm Interlok - paria) , mk muncul org2 spt Ananda krishna, m.rajagopal, R.Arumugam, s. samy vellu, m.kaveas, m.murugiah dan ahli2 akademik d negara ini. Fikirkanlah

Interlok kekal digunakan, pindaan pada bahagian sensitif
27/01/2011 4:36pm

KUALA LUMPUR 27 Jan. – Novel Interlok kekal digunakan sebagai teks komponen sastera bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia Tingkatan Lima dengan pindaan dibuat kepada bahagian yang dianggap sensitif oleh masyarakat India, demikian diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, satu panel bebas akan diwujudkan untuk mengkaji bentuk pindaan dan mengemukakan perakuan kepada kerajaan.

"Keputusan mengekalkan novel ini dengan membuat pindaan supaya tidak menyinggung perasaan kaum India adalah jalan penyelesaian terbaik,” katanya dalam satu kenyataan hari ini."Saya menjangkakan pindaan ini akan dapat dibuat dalam masa yang terdekat,” katanya.Muhyiddin juga menegaskan bahawa novel Interlok hanya akan digunakan setelah pindaan disiapkan dan diedarkan ke sekolah-sekolah.

Novel karya Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain itu menimbulkan kontroversi berikutan keputusan Kementerian Pelajaran memilih novel itu sebagai teks sastera Tingkatan Lima tahun ini kerana didakwa terdapat perkataan yang menyinggung perasaan masyarakat India di negara ini. – Bernama

Berikut pula petikan drpd Malaysiakini.

Hindu Sangam kecewa

Malaysia Hindu Sangam (MHS) amat terkejut dan benar-benar kecewa dengan pengumuman Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa novel 'Interlok' akan dikekal dalam sukatan kesusasteraan Melayu bagi tingkatan lima.

"(Keputusan itu dibuat) walaupun banyak bantahan dari pelbagai pihak dalam masyarakat India - yang meragkumi ahli akademik dan NGO - yang keras membantah kandungan dalam beberapa bahagian novel tersebut, yang berunsur menghina," kata presiden MHS, RS Mohan.Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata, MHS tidak menyokong novel tersebut yang akan dibaca oleh ratusan ribu pelajar di seluruh negara.

Mohan berkata, memandang sebahagian besar guru yang mengajar Sastera Melayu adalah bukan India, maka mereka tidak akan dapat menjelaskan penggunaan kata-kata menghina oleh penulis dan beberapa kenyataan mengelirukan dalam novel tersebut.

Beliau menyifatkan tindakan kementerian berkenaan sebagai bercanggah sepenuhnya terhadap konsep '1 Malaysia serta tidak akan membantu perpaduan antara kaum di negara ini.

Menurutnya, MHS akan terus berjuang supaya novel 'Interlok' ditarik balik daripada sukatan kesusasteraan Melayu bagi tingkatan 5.MHS juga, katanya, akan berusaha untuk mengadakan pertemuan dengan perdana menteri untuk membincangkan dan menyelesaikan itu tersebut.

Selain itu, kata Mohan, MHS akan mengadakan dialog dengan NGO India Sabtu ini di pejabatnya di Petaling Jaya.Sesi dialog itu juga, tegasnya, akan turut membincangkan isu-isu serius lain yang dihadapi masyarakat India serta menyediakan memorandum bersama untuk diserahkan kepada perdana menteri.

11 Januari 2011

Perdebatan karya sasterawan negara-Novel Interlok


Sejarah tidak boleh dipadam walau sepahit manapun dan walau sedahsyat manapun ia. Mengingati sejarah bukan bererti mengunkit tetapi sebagai pengajaran supaya tidak mengulangi kesilapan, mengulangi keperitan akibat tindakan dan perlakuan lalu sama ada kita mangsa atau pemangsa. Justeru, dlm kes novel interlok tidak seharusnya rasa terhina kerana ia adalah realiti ketika itu. Asal sahaja kita kini tidak menjadi manusia seperti mereka dan tidak berfikir seperti mereka atau tidak melakukan tindakan seperti mereka. Siapapun sepatutnya boleh menerima perkara yang lepas telah menjadi sejarah tetapi bukan bermakna sejarah itu tidak perlu diberitahu atau merasa malu. Ini kerana orang terkemudian perlu tahu sejarah terdahulu supaya mereka dapat pengajarannya bukan untuk menambah kebencian atau rasa rendah diri atau rasa terhina. Berikut adalah pendapat yang perlu difikirkan:

Awang Sarian: Abdullah tak bohong fakta sejarah(Laporan Bernama)
Kewujudan kasta yang digambarkan oleh Sasterawan Negara Abdullah Hussein dalam novelnya, Interlok, bukan suatu bentuk penghinaan kepada mana-mana kaum malah merupakan realiti pada zaman berkenaan.

Penyandang Kursi Pengajian Bahasa Melayu, Malaysia-China di Foreign Studies University (BFSU) China Beijing Prof Awang Sariyan berkata golongan kasta itu dibawa oleh penjajah Inggeris untuk manipulasi ekonomi mereka. Beliau berkata Sasterawan Negara itu ialah seorang penulis yang menghasilkan karya berdasarkan fakta dan realiti sosial pada zaman-zaman yang dilalui dan disaksikannya sendiri.

"Novel Interlok adalah merupakan gambaran realiti sosial pada zaman berkenaan dan pengisahan yang melibatkan penghijrahan kaum pekerja dari luar termasuk orang dari India memang terakam dalam karya-karya ilmiahnya," kata Awang kepada Bernama menerusi e-melnya di Besut hari ini. Beliau diminta mengulas tentang desakan golongan tertentu yang mahukan novel Interlok diharamkan daripada diangkat sebagai salah sebuah novel untuk komponen sastera dalam Bahasa Malaysia tingkatan lima bermula tahun ini.

Mereka mendakwa novel berkenaan mempunyai elemen-elemen yang menghina kaum India di negara ini. Beliau berkata Abdullah tidak membohongi fakta sejarah dengan mengatakan bahawa dalam kapal itu bersesak-sesak golongan Brahmin atau golongan Ksyatria dibawa oleh Inggeris untuk menjadi buruh kereta api atau buruh di ladang getah.Menurutnya konteks yang menggambarkan suasana dalam kapal itu pula menunjukkan nilai murni golongan tersebut yang memiliki perasaan dan kesediaan hidup bersama tanpa berasa bimbang oleh sebab berlainan taraf atau kasta.

Sehubungan dengan itu Awang meminta supaya semua pihak membuat renungan yang rasional dan ilmiah dalam membuat sesuatu rumusan dan perlu menghayati teks sastera dalam konteks wacana sosiobudaya dan sejarah, bukan berdasarkan sentimen sempit yang tidak ilmiah. Katanya, perkara tersebut akan bertambah rumit lagi jika isu itu dikaitkan pula dengan perhitungan politik yang sempit.

Interlok’ sesuai digunakan - Iksep12/01/2011
MELAKA, 12 Jan. - Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia (Iksep) berpandangan Interlok sesuai dijadikan salah sebuah novel untuk komponen sastera di sekolah kerana kandungannya berdasarkan fakta sejarah.

Justeru, kata Pengurus Besar Iksep Datuk Aziz Ujang, Kementerian Pelajaran harus bertegas dalam isu tersebut dan tidak tunduk kepada desakan pihak tertentu yang mahu penggunaan buku itu dalam pengajaran Bahasa Malaysia untuk Tingkatan Lima bermula tahun ini ditarik balik.“Secara logik dan rasional, saya ingat budak-budak sekolah rendah pun boleh fikir, sudah lebih 40 tahun novel ini diterbitkan dan tidak ada masalah pun.“Tiba-tiba hari ini segelintir pihak ini bangkitkan dan memperhangatkannya menjadi isu perkauman,” katanya di sini hari ini.- Bernama

05 Januari 2011

Selayaknya subjek sejarah diwajibkan


Pada 23 Okt. - Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Sejarah dijadikan subjek wajib lulus di peringkat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai 2013 dan menjadi subjek teras di sekolah rendah bermula 2014.Ini amat dialu-alukan sbb generasi sekarang semakin tiris pengetahuan, kefahaman dan kesedaran sejarah mereka. Itu yg menyebabkan sewenang2nya mereka pertikai hal2 yg berkaitan kontrak sosial. Berikut adalah tulisan Dr Zainal Abidin Borhan (UM) yg boleh dikongsikan bersama:

Mewajibkan mata pelajaran SejarahUtusan Malaysia Online 4/1/2011
SEJARAH adalah intipati ketamadunan atau peradaban. Melalui sejarah, kita sedar mengenai kewujudan atau keberadaan identiti sesebuah negara, masyarakat, kebudayaan dan manusia. Dalam bahasa mudah, sejarah memperkatakan hakikat asal-usul. Secara filosofis sejarah cuba menjawab persoalan siapakah kita atau siapakah manusia.

Menolak sejarah atau meremehkan sejarah bermakna mempersenda kewujudan manusia, masyarakat dan negara. Melalui sejarah negara mampu melahirkan warganegara berjiwa besar yang yakin dengan asal-usul dan tamadun serta kekal dengan identiti.

Cadangan mewajibkan mata pelajaran Sejarah di semua peringkat persekolahan sudah lama dikemukakan. Ia dibangkitkan oleh Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa menggulung perbahasan pada Perhimpunan Agung UMNO 2010.Cadangan itu mengundang pelbagai reaksi positif dan negatif pelbagai pihak termasuk sayap pemuda DAP, DAPSY. Ia dibahaskan dalam perhimpunan tahunan Gerakan.

Gapena menyokong cadangan mensyaratkan wajib lulus untuk mata pelajaran sejarah dan mengalu-alukan langkah UiTM mensyaratkan wajib lulus sejarah bagi pengambilan sesi 2011.Rektor Kolej Universiti Islam Melaka, Profesor Emeritus Datuk Dr. Yusuf Hashim mencadangkan supaya pengajaran sejarah lebih inovatif, kreatif dan interaktif. Fokus kepada peristiwa, tarikh dan periodisasi (zaman) serta tokoh-tokoh dikatakan terlalu 'kering' dan membosankan. Justeru kebijaksanaan dan kreativiti guru diperlukan untuk menjadikan mata pelajaran sejarah lebih diminati pelajar.

Dokumentari sejarah dan animasi mungkin boleh digunakan untuk menarik minat dan fokus para pelajar kepada subjek ini. Contohnya, bagi topik kemerdekaan dokumentari terbitan RTM dan Filem Negara digunakan untuk membantu imaginasi pelajar supaya lebih memahami kemerdekaan.

Guru mata pelajaran sejarah perlu memiliki daya faham dan interprestasi tinggi tentang sejarah. Ini kerana sejarah bukan sekadar butiran fakta, tarikh, sebab dan akibat tetapi menuntut penghuraian makna. Cara ini para pelajar faham makna sebenar sesuatu peristiwa sejarah.

Di sekolah, terdapat pihak yang beranggapan mata pelajaran sejarah tidak memberi apa-apa kelebihan dalam kerjaya dan masa depan pelajar. Soalan 'mahu kerja apa jika mendalami bidang sejarah' sering dibangkitkan. Ini menyebabkan subjek Sains dan Teknologi, Ekonomi, Perakaunan dan Perdagangan lebih menarik minat para pelajar dalam merangka masa depan dan kerjaya masing-masing.

Bukan sahaja Sejarah, subjek Kesusasteraan Melayu juga menghadapi nasib yang sama kerana dikatakan tidak memiliki nilai ekonomi. Tanggapan sedemikian menggambarkan jiwa manusia yang kontang. Semuanya diukur dari sudut material.

Wacana Melayu lupa sejarah atau orang Malaysia lupa sejarah cuma relevan apabila ada kepentingan tertentu. Ia tidak pernah dilihat secara holistik dalam proses kenegaraan, kewarganegaraan mahupun pemerintahan.Pandangan menolak kepentingan subjek Sejarah adalah pandangan secara halus mahu menghapuskan rantaian ratusan atau ribuan tahun sejarah Melayu atau Malay Nation (negara-bangsa Melayu).

Isu pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) juga secara halus menghancurkan bahasa Melayu sebagai paksi peradaban dan ketamadunan Melayu. Menolak mata pelajaran sejarah dan menyokong PPSMI adalah satu penderhakaan kepada Tujuh Wasiat Raja-Raja Melayu.

Subjek sejarah adalah pemahaman mengenai ideologi kenegaraan. Mata pelajaran sejarah bukan sekadar peristiwa yang terjadi dalam kerangka masa dan ruang kehidupan tetapi mengandungi persoalan integrasi (perpaduan), normatif (nilai-nilai), falsafah, pengajaran dan pendidikan.

Ini membolehkan setiap warganegara belajar dan faham mengenai wujud dan letak dirinya dalam masa dan ruang tersebut. Contohnya, Qisasul Anbia atau Sirah Nabi Muhammad SAW bukan sekadar menerangkan perjalanan sejarah Rasul-Rasul dan para Nabi tetapi persoalan iman dan takwa.Memahami sejarah Kesultanan Melayu, sejarah perjuangan kebangsaan dan sejarah kolonialisme ada hubungan dengan ketamadunan dan peradaban.

Meraikan ulang tahun perkahwinan, hari kelahiran atau upacara menziarahi kubur ada hubungan akrab dengan sejarah. Secara sedar atau tidak manusia adalah makhluk sejarah sejak lahir sehingga mati kerana menempuh proses sejarah.Peradaban dan ketamadunan negara memiliki sejarah yang panjang. Ia bukan sekadar peradaban kontemporari atau terkini tetapi bermula dan bertapak dari zaman pra-sejarah.

Galeri dan kompleks pra-sejarah di seluruh negara seperti Kota Tampan di Lenggong, Perak sepatutnya menjadi salah satu lokasi penting dalam lawatan sambil belajar para pelajar.Muzium dan arkib negara di negeri-negeri perlu digembeling sebagai muzium dan arkib pendidikan sejarah.

Sejarah Kebangsaan negara bermula dari zaman pra-sejarah hingga kini. Perjuangan menuntut pemerintahan sendiri dan kemerdekaan, menentang penjajahan, pertumbuhan dan pembinaan semangat kebangsaan oleh anak-anak watan dan pribumi adalah antara tema-tema penting dalam identiti kebangsaan.

Seandainya bangsa Malayan ciptaan British melalui Malayan Union dan Republik Malaya oleh Parti Komunis Malaya (PKM) dan sekutu mereka dikaji ia adalah usaha memusnahkan negara-bangsa Melayu. Apabila British menyerah kembali Persekutuan Tanah Melayu kepada Raja-Raja Melayu pada 31 Ogos 1957, bererti British mengembalikan hak pertuanan dan ketuanan negara-bangsa Melayu.

Pelajaran sejarah juga berperanan memberi makna kepada perpaduan yang sepatutnya menjadi cara hidup, pandangan hidup dan pandangan dunia setiap rakyat dan waganegara Persekutuan Malaysia. Mempelajari penubuhan Persekutuan Malaysia 1963, bererti mempelajari bagaimana penyatuan dan perpaduan integrasi nasional antara Semenanjung Tanah Melayu (Malaysia Barat) dengan Sabah dan Sarawak (Malaysia Timur).

Kemerdekaan adalah antara wadah perpaduan dan penyatuan antara wilayah. Tonggak perpaduan ialah Perlembagaan Persekutuan Malaysia dan Perlembagaan atau Undang-Undang Tubuh setiap negeri di dalam Persekutuan Malaysia serta Rukunegara. Rukunegara adalah lambang kepada konsensus atau musyawarah kebangsaan yang telah diterima secara kolektif dan diluluskan oleh Parlimen Persekutuan Malaysia pada 1970.

Musyawarah adalah cara hidup kita, justeru apabila direnungi kontrak sosial yang dilambangkan oleh Perlembagaan Persekutuan Malaysia adalah kesan dari musyawarah bersama antara rakyat dan warganegara Malaysia. Penubuhan Perikatan kemudiannya Barisan Nasional (BN) adalah berteraskan musyawarah. Tanpa musyawarah dan kewarasan tidak mungkin UMNO akan memberi MCA lebih kerusi parlimen kepada MCA pada pilihanraya 1955.

Dasar Pelajaran Kebangsaan, Sekolah Kebangsaan, bahasa pengantar dalam bahasa kebangsaan di semua peringkat pelajaran atau pendidikan termasuk ke peringkat ijazah tinggi di universiti-universiti adalah instrumen perpaduan. Dasar Kebudayaan Kebangsaan, Dasar Buku Negara, Kempen Budi-Bahasa, Bulan Bahasa Kebangsaan, Bulan Kemerdekaan dan sebagainya adalah di antara instrumen perpaduan dari sudut sosio-budaya.

Satu masa dahulu terdapat tanggapan kemerdekaan negara adalah kemerdekaan setengah masak kerana tanpa pertumpuhan darah atau tanpa revolusi. Namun kita merdeka dengan kecekapan dan kebijaksanaan perundingan, mata pena dan mata hati. Tanpa menumpahkan setitis darah. Anak watan dan pribumi terpaksa menjejak pihak yang anti kemerdekaan di dalam hutan supaya negara aman makmur walau mereka terkorban demi ibu pertiwi.

Dasar Pembangunan Negara, Dasar Ekonomi Baru, Dasar Penswastaan, Wawasan 2020, Pelan Transformasi Ekonomi serta lain-lain adalah sebahagian daripada tindakan dan pendekatan perpaduan melalui wadah sosio-ekonomi.Rasa kebersamaan yang berteraskan kesedaran kebangsaan akan mengukuhkan identiti kebangsaan. Maka mewajibkan pendidikan sejarah perlu diperluaskan ke semua peringkat hatta untuk menjadi birokrat, wakil rakyat dan menteri. Ia menggambarkan sejauh mana pengetahuan dan pemahaman kepada sejarah kebangsaan, apatah lagi untuk menjadi warganegara.
PROF DATUK ZAINAL ABIDIN BORHAN ialah Setiausaha Satu Gapena

Selamat Memulakan sesi baru Jan-April 2011


Isnin 3/1/2011 telah bermula sesi baru di uiTm. Selamat datang kpd para pelajar baru dan lama dan selamat kembali kepada para pelajar ke rutin harian. Moga result sem lepas semuanya baik dan sem ini lebih baik. peringatan kepada para pelajar juga supaya membuat pendaftaran kursus terutama pelajar baru degree. Sebarang masalah perlu rujuk ke fakulti.Tarikh akhir validasi ialah 8 Februari. 29 Jan- 6 Feb 2011 semester break. SIngkat benar sem kali ni.

26 Oktober 2010

Semoga Berjaya

Hari yg ditunggu2 tiba jua akhirnya. Hari ini tepat jam 9 pagi para pelajar saya berjuang menjawab soalan peperiksaan kursus Hubungan Etnik. Mudahan2 jawapan anda semua menepati dan dapat markah yg cemerlang. Tetapi apa yg penting segala ilmu yg ditimba sepanjang semester ini dapat dijadikan panduan dan pedoman.

06 Oktober 2010

Bahasa...Memanglah

Berikut adalah kenyataan Pengarah DBP yg menyatakan penggunaan Bahasa melayu yg belum membanggakan, sempena pelancaran bulan Bahasa. Macamana nk bangga dan cemerlang sebenarnya keadaan bahasa kita semakin sakit. Sangat jauh kebelakang. Political will semakin lemah. Pihak2 yg bertanggung jawab spt pemimpin sendiri terutamanya tidak rasa bersalah kalau bercakap rojak/merosakkan bahasa terutama pemimpin melayu sendiri. Kalau cakap bahasa melayu, susah sangat nak cakap dgn baik, mesti campur dgn bhs inggeris. kalau dh ckp Melayu, ckplah sepenuhnya begitu juga jika ckp bhs Inggeris dan satu lagi kalau mat salleh sorang dlm 1 majlis, pun nak ckp Inggeris juga ke. Cuba kita letakkan diri kita di jepun , negara2 Arab, eropah,,,ada mereka kisah dgn bahs Inggeris,,hang tau ka tak tau ke,,pandai2 la kita.
Penggunaan bahasa Melayu belum membanggakan

IPOH 5 Okt. - Kemantapan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan belum dapat dibanggakan dan masih jauh daripada pencapaian yang dicatatkan pada zaman kegemilangan Melayu.

Menurut Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Datuk Termuzi Abdul Aziz, pada ketika itu, bahasa Melayu bukan sahaja dijadikan sebagai lingua franca, tetapi juga digunakan dalam semua urusan termasuk penulisan karya agung, diplomatik, pentadbiran dan undang- undang.

Namun katanya, perhatian serius yang diberikan kerajaan melalui dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) serta usaha yang diamanahkan kepada DBP untuk menyebarluaskan bahasa Melayu dapat dijadikan asas kepada pembinaan bangsa.

Bahasa-Kenapa Lambat?Biar Lambat Asal Selamat..Ye ke..OKTOBER BULAN BAHASA

Bengkel Bahasa Melayu yg sy hadiri minggu lepas (29/9), penceramah tersebut adalah penulis teks ucapan kpd TPM utk majlis pelancaran bulan Bahasa. Dia ada sebut tentg kuasa PBT yg perlu dilaksanakan utk martabat bahasa kita. Lepas ni, mrk akan denda sesiapa shj yg menyalahgunakan bahasa..wah!kayo pak cik. Berikut adalah petikan laporan pelancaran bulan bahasa.

Perkasakan bahasa kebangsaan

Oleh SITI MARIAM MD. ZAIN dan AMIZUL TUNIZAR AHMAD TERMIZI
pengarang@utusan.com.my

IPOH 5 Okt. - Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) diminta memainkan peranan dalam membantu kerajaan memperkasakan penggunaan bahasa kebangsaan di tempat awam dengan menguatkuasakan Undang- Undang Kecil Iklan dan Garis Panduan Papan Iklan.

Ketika membuat gesaan itu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, jika PBT menguatkuasakan undang-undang itu yang mewajibkan penggunaan bahasa kebangsaan di tempat awam, dipercayai tiada lagi paparan iklan dan penamaan bangunan serta premis yang tidak menggunakan bahasa kebangsaan.

"Penguatkuasaan undang-undang ini juga boleh mengelak kesalahan dalam penggunaan bahasa kebangsaan," katanya berucap pada Majlis Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan 2010 di Stadium Indera Mulia di sini hari ini.

Muhyiddin juga menyeru semua pemimpin syarikat korporat supaya tidak meminggirkan bahasa kebangsaan dalam urusan seharian.

''Penggunaan bahasa kebangsaan di kalangan syarikat berkaitan kerajaan, institusi perbankan, kewangan dan insurans seperti penggunaan dokumen rasmi, papan tanda dan borang yang digunakan perlulah diberi penegasan," katanya.

Tindakan itu, kata Timbalan Perdana Menteri, penting kerana ia bertujuan memastikan bahasa kebangsaan kekal relevan dalam dunia perniagaan dan perdagangan hari ini serta mempunyai nilai ekonomi yang tinggi.

Dalam perkembangan sama, Muhyiddin menjelaskan, pembangunan bahasa kebangsaan pada era mendatang harus memberi tumpuan pada dua perkara iaitu penegasan semula Dasar Bahasa Negara dan penyelesaian masalah pelaksanaan Dasar Bahasa Kebangsaan.

''Penegasan pelaksanaan dan penguatkuasaan hendaklah dilaksanakan sejajar dengan peranan bahasa kebangsaan sebagai bahasa rasmi negara. Peneguhan sikap pengguna bahasa juga hendaklah diberi tumpuan dalam pengisian program Bulan Bahasa Kebangsaan.

''Pemupukan sikap dan peneguhan bahasa di kalangan masyarakat terhadap bahasa kebangsaan tidak harus dipandang ringan kerana kita bimbang bahasa yang kurang diungkapkan akan menghilangkan kewibawaannya. Kita khuatir bahasa Melayu yang kita sanjung selama ini akan hilang akarnya," kata beliau.

Dalam pada itu, Timbalan Perdana Menteri berharap rakyat pelbagai kaum di negara ini dapat menguasai bahasa Melayu dengan baik dan seterusnya memperkukuhkan perpaduan selaras dengan tema Bulan Bahasa Kebangsaan - 1Bahasa, 1Bangsa dan 1Negara.

Katanya, hubungan antara kaum dan etnik sentiasa menjadi agenda dalam usaha kerajaan mencapai keharmonian masyarakat dan keamanan negara.

Dalam sidang akhbarnya, ketika ditanya apakah telah sampai masanya Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) diberi kuasa untuk memartabatkan bahasa kebangsaan, Muhyiddin berkata, penguatkuasaan undang-undang tanpa ada kerelaan diri untuk menghormati bahasa kebangsaan tidak akan mampu menjayakan matlamat yang dihasratkan.

''Kita ambil pendekatan untuk terus menggesa, menggalakkan, meningkatkan kefahaman kesedaran kerana kita tahu ia adalah satu proses yang sudah kita mulakan, tetapi sebagaimana saya sebutkan, belum lagi terhasil sepenuhnya.

''Kalau orang kata patut ada kuasa, mungkin akan menimbulkan salah faham nanti kerana masih terdapat kelemahan-kelemahan dari segi penggunaan bahasa, penggunaan undang-undang kecil yang ada pada peringkat PBT. Saya lebih berminat supaya usaha pemantapan ini kita tingkatkan," katanya.

Muhyiddin berkata, antara usaha terbaru yang boleh difikirkan adalah menggunakan bahasa kebangsaan di persidangan antarabangsa di dalam dan luar negara.

05 Oktober 2010

Berita baik kpd peminjam PTPTN

Saya pernah menyuarakan perkara ini kpd para pelajar a/bila mereka merungut mengenai PTPTN.
2,162 dilepaskan bayar PTPTN (sumber:Utusan Online)

Oleh MOHD. ISWAN SHAFIQ MAT ISA
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 30 Sept. - Seramai 2,162 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang memperoleh Ijazah Kelas Pertama tahun ini mendapat pelepasan daripada membayar balik pinjaman tersebut.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, ia melibatkan pembiayaan berjumlah RM59.7 juta.

"Penyerahan surat pelepasan ini julung-julung kalinya diadakan oleh PTPTN untuk mendekati para penerima biaya ini.

"Ia juga sebagai satu penghargaan daripada pihak PTPTN dan Kementerian Pengajian Tinggi terhadap mereka yang telah belajar bersungguh-sungguh dan berdedikasi sepanjang tempoh pengajian masing-masing," katanya.

Sementara itu, Khaled memberitahu, pertukaran caj perkhidmatan pinjaman daripada tiga peratus kepada satu peratus iaitu pembiayaan secara Ujrah dijangka selesai pada Jun 2011.

Katanya, maklumat terperinci mengenai perkara tersebut boleh diperolehi melalui laman web PTPTN serta akhbar utama pada Ahad ini.

"Pihak PTPTN juga sentiasa melakukan penambahbaikan terhadap sistem sedia ada.

"Antaranya menaik taraf sistem panggilan pusat Institut Pengurusan Perhubungan Pelanggan (ICRM) kepada sistem panggilan Unit Panggilan Pusat dengan mewujudkan sistem Maklum Balas Suara Interaksi (IVR) dan menambah bilangan pegawai kepada 70 orang bagi menyelesaikan isu utama secara terus berhubung pembiayaan PTPTN," ujarnya.

Dalam perkembangan berkaitan, Khaled berkata, peminjam yang telah disenaraihitamkan oleh PTPTN tetapi masih berhasrat untuk ke luar negara perlu menghubungi perbadanan itu untuk menyelesaikan perkara tersebut.

"Seminggu sebelum bertolak ke luar negara adalah tempoh terbaik untuk mengadakan perbincangan dengan PTPTN bagi mengelak timbulnya masalah di lapangan terbang nanti," jelas beliau.

01 Oktober 2010

Bengkel Bahasa Melayu- 29/9/2010


Anjuran UpENA, 9-5pm. Disampaikan oleh En Abd karim Abu Bakar dr DBP. Banyak ilmu yg dapat dimanfaatkan dan ia menajamkan lagi penggunaan bahasa Melayu sy dlm penulisan dan penyuntingan. Bersambung.....

Tulisan saya di Utusan Malaysia

Ulasan buku 'Wanita dan Keluarga'
ARKIB : 21/05/2010
Wanita Pelengkap Kaum Adam

Oleh NURUL HIMMAH KASSAN
irdina02@salam.uitm.edu.my

WANITA dalam Islam mempunyai martabat yang tersendiri malah penciptaannya mempunyai rahsia, hikmah serta keistimewaan. Mereka bukan sahaja sebagai pelengkap kehidupan kaum adam tetapi juga penerus generasi manusia di alam ini.

Namun keistimewaan wanita bukanlah sampai ke tahap untuk diagungkan dan kelemahan mereka juga bukan bererti untuk dipijak dan ditindas.

Melihat asal kejadiannya juga yang dicipta dari sebahagian rusuk Nabi Adam a.s, ia tidak dicipta dari kepala kerana mereka bukan makhluk yang perlu dijunjung dan tidak juga diciptakan dari kaki kerana mereka bukan untuk dihina. Tetapi mereka dicipta daripada anggota yang dekat di hati untuk sayangi dan dilindungi.

Namun sejarah wanita dalam pelbagai tamadun dunia memperlihatkan pelbagai evolusi. Sama ada di bumi Arab, India dan China, sejarah wanita menyaksikan mereka menjadi pemuas nafsu kaum lelaki, dinafikan haknya dalam pemilikan harta, pendidikan, sosial dan sebagainya.

Kehadiran Islam meletakkan kedudukan mereka bersesuaian dengan fitrah kejadiannya. Mereka memiliki kekuatan tersembunyi yang sangat diperlukan oleh kaum lelaki sebagai penyempurna kehidupan.

Justeru, buku Wanita dan Keluarga ini membincangkan peranan wanita dalam pelbagai bidang seperti ekonomi, masyarakat dan rumah tangga. Ia boleh dijadikan panduan untuk kaum wanita dan juga lelaki.

Wanita pada hari ini juga sentiasa berhadapan dengan cabaran dan mampu mencabar golongan lelaki dalam pelbagai bidang terutama kerjaya.

Namun, pada masa yang sama tanggung jawab utama sebagai isteri dan ibu menuntut kepada perhatian dan kualiti yang sewajarnya. Buku ini juga mengupas peranan wanita dalam Islam termasuk aspek pemilihan jodoh, perkahwinan dan tanggung jawab serta peranan terhadap suami.

Contohnya, aspek ketakwaan, akhlak kepada suami serta kebijaksanaan dalam berkomunikasi. Walau bagaimanapun, buku ini bukan sahaja perlu dibaca oleh kaum wanita sebagai panduan berumah tangga tetapi juga kepada kaum lelaki dan suami supaya saling memahami peranan masing-masing.

Ini kerana kebahagiaan itu lahir dari kedua-dua pihak yang berfungsi serta berperanan mengikut lunas-lunas Islam.

Selain itu, buku berharga RM25 ini juga menyediakan panduan bagi ibu bapa dalam mendidik anak-anak dalam menghadapi cabaran semasa. Bermula saat kehamilan, pendidikan anak dalam kandungan, kelahiran dan seterusnya sehingga anak itu membesar dan menjadi dewasa.

Peranan ibu bapa tidak pernah terhenti selagi nyawa di kandung badan. Pelbagai budaya hedonisme yang melingkari kehidupan masyarakat pada hari ini memerlukan ibu bapa mempertingkatkan ilmu serta bijak menangani perubahan minda dan sikap anak-anak.

Justeru, tidak ada erti pencen dalam mendidik anak-anak bagi ibu bapa waima anak itu telah berkahwin.

Transisi dunia kanak-kanak kepada remaja juga perlu difahami oleh ibu bapa supaya mendekati mereka dengan lebih berhemah dan menjadikan mereka sebagai sahabat.

Firman Allah SWT dalam surah Luqman ayat 33 adalah antara panduan yang perlu dijadikan panduan dalam pendidikan anak-anak: Wahai manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu dan takutlah suatu hari (pada hari itu) seorang bapa tidak dapat menolong anaknya dan seorang anak tidak dapat (pula) menolong bapanya sedikit pun. Sesungguhnya janji Allah SWT adalah benar, maka janganlah sekali-kali kehidupan dunia memperdayakan kamu dan jangan (pula) penipu (syaitan) memperdayakan kamu dalam (mentaati) Allah.

Lihat pendapat tauke wawasan 2020


Wawasan 2020 tidak mampu dicapai - Tun M
(sumber utusan online)
KUALA LUMPUR 29 Sept. - Wawasan 2020 tidak mungkin dapat dicapai tepat pada masanya jika kerajaan tidak mengubah landasan ekonomi negara, kata mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Menurut beliau, jika Malaysia tetap mahu bergelar negara maju pada tahun 2020, beberapa strategi perlu dilaksanakan.

"Status negara maju boleh dicapai oleh Malaysia tetapi bukan pada tahun 2020, mungkin lewat dari tarikh itu.

"Bagaimanapun, Malaysia masih mampu mengejar impian itu jika kerajaan sanggup untuk melaksanakan beberapa perubahan penting, antaranya mengurangkan pelaburan langsung asing (FDI)," katanya semasa menyampaikan ucapan penutup di Forum CEO 2010 di sini hari ini.

Dr. Mahathir yang juga pengasas kepada Wawasan 2020 berkata, FDI tidak lagi relevan buat masa ini kerana pelabur asing hanya menyumbang 10 peratus kepada perolehan negara di samping meningkatkan aliran keluar wang dari negara ini.

"Malaysia tidak akan maju jika terus bergantung kepada FDI.

"Pelabur asing hanya mementingkan keuntungan, jadi mereka memilih negara lain yang lebih murah, kita tidak akan mampu bersaing walaupun semakin banyak sektor diliberalisasikan," tambahnya.

Menurut beliau, Malaysia memperkenalkan FDI bagi mengatasi masalah pengangguran pada waktu itu tetapi pada hari ini ia membawa lebih banyak implikasi negatif terhadap negara.

Justeru, beliau mencadangkan kerajaan untuk memberi fokus kepada pelaburan langsung domestik (DDI)

Menurut beliau, pertumbuhan ekonomi negara hanya akan berlaku dari dalam.

Dengan itu, kerajaan perlu melakukan audit dan kaji selidik mengenai syarikat-syarikat tempatan yang berdaya saing bagi memastikan mereka mendapat peluang yang sewajarnya.

"Ada satu syarikat pembuat kapal tempatan yang mengeksport kapal ke seluruh dunia termasuk Norway tetapi tidak pernah menerima tempahan dari negaranya sendiri, kerajaan patut melihat kepada kes-kes sebegini," katanya.

Tambah Dr. Mahathir, selain menggalakkan DDI, pertumbuhan ekonomi negara juga patut kekal pada kadar 7 hingga 8 peratus bagi memastikan status negara maju dapat dicapai dalam tempoh kurang 10 tahun lagi.

Bagaimanapun, ketika sesi soal jawab diadakan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala bangun bagi menegaskan bahawa kerajaan ketika ini sedang dalam melaksanakan perubahan kepada landskap ekonomi dengan memperkenalkan Pelan Transformasi Ekonomi (ETP).

Beliau yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (PEMANDU) berkata, kerajaan ketika ini sedar tentang kepentingan DDI dan buktinya 73 peratus daripada 141 pelaburan yang dianalisis di makmal PEMANDU adalah pelaburan tempatan.

"Kerajaan sangat selektif terhadap FDI, hanya pelaburan yang berkualiti sahaja akan diterima," katanya.

Berbeza pendapat dengan Dr. Mahathir, walaupun mengakui bekas Perdana Menteri itu adalah idolanya, Idris sangat optimis Wawasan 2020 dapat dicapai tepat pada masanya bersandarkan kepada pelbagai pelan transformasi yang sedang dilaksanakan kerajaan.

Mengulas kenyataan Idris, Dr. Mahathir sekali lagi menegaskan kerajaan patut memberi lebih banyak peluang kepada pelabur dan usahawan tempatan berpotensi untuk mengembangkan perniagaan sebagai bukti komitmen kerajaan dalam menggalakkan DDI.

21 September 2010

Ujian 1 Malaysia

Perlu atau tidak??? Ujian ini dicadangkan oleh PM bagi mengetahui tahap jatidiri rakyat Malaysia.

17 September 2010

Hari Malaysia 16 September

Tahun 2010 buat pertama kalinya Malaysia menyambut Hari Malaysia pada 16 September sempena pembentukan Malaysia dan kemerdekaan Sabah dan Sarawak melalui Malaysia. Pada masa yg sama 31 Ogos tetap disambut dan dikekalkan sbg cuti umum. Untuk sambutan kali pertama ini ia diadakan di negeri Sabah.

Masyarakat Malaysia semakin kejam???

Hari demi hari sifat kejam semakin menyerlah d kalangan segelintir rakyat Malaysia. Kes2 seperti pembuangan bayi, penderaan, kemalangan, penganiayaan, penipuan, penculikan dan pembunuhan,,,semuanya berlaku pd tahap keterlaluan. Masyarakat terkedu dan meminggirkan seketika kes pembuangan bayi apabila dikejutkan dgn kes sosilawati lawiya dan 3 lagi mangsa yg bersamanya. Perancang dan pembunuh tu memang silap percaturan besar, mungkin dgn terlepasnya jenayah2 yg dilakukan sebelum ini mereka juga menyangka akan terselamat kali ini. Ngeri dan belasnya yg amat kepada mangsa yg diperlakukan sebegitu oleh binatang sebenarnya bukan manusia yg memang dah hilang segala nilai ihsan dan belas. Kenapa agaknya penjenayah2 kini semakin berani melakukan aksi terlampau?? Kalau dulu kita biasa dgrnya kalau kes bunuh sama ada ditembak/ditetak, tp skrg bukan setakat diseksa/dipukul teruk hingga mati tapi ada juga yg dirogol dahulu / di potong2, dicampak ke laut atau ke mana2 tempat, atau dibakar. Tak salah kalau masyarakat merasa gelisah tetang tahap keselamat di negara ini. Meragut shj kadg2 kala sampai sanggup membunuh,,,manusia apakah ini. Bagi penjenayah yg membawa title muslim, dimanakah iman mereka, akal mereka nampaknya berjaya dikuasai oleh nafsu dan syaitan, hilang segala sifat kemanusiaan. Begitu juga kes2 pembuangan bayi, penderaan dll semuanya menunjukkan kekejaman yg terlampau. Terdpt juga kes anak yg sanggup aniaya ibu bapa sendiri hinggakan si bapa terpaksa melalui proses mahkamah utk mendptkan haknya. Anak jenis apakah ini,,adakah mereka pikir mereka boleh bahagia dgn cara itu???

Aidil fitri 1431H/2010M

Selamat Hari Raya kepada semua yang mengenali saya terutama kenalan dan para pelajar saya. Semoga selamat pulang ke kampus dan meneruskan perkuliahan seperti biasa.

11 Ogos 2010

Isu- Perkara 121 (1A) kembali dicabar


ESQ yg diharamkan oleh pihak Majlis Agama WIlayah Persekutuan kini menghadapi cabaran apabila pihak ESQ Training cuba untuk melawan keputusan majlis fatwa WP itu tetapi mengikut saluran mahkamah sivil. Sedangkan telah jelas dlm perlembagaan melalui Perkara 121 (1A) bahawa mahkamah sivil tidak mempunyai apa2 bidang kuasa ke atas mahkamah syariah. Inilah julung kalinya atau satunya2 kes yg melibatkan keputusan majlis fatwa di pertikaikan ke mahkamah. Tuntutan ini sebenarnya menggambarkan lemahnya pengetahuan msyarakat yg juga tidak menghormati mahkamah syariah kerana perkara yg sudah jelas tetapi masih mahu juga dicabar.

SALAM RAMADHAN 1431H


04 Ogos 2010

AYAM

urat marikh’ contoh ayam yang tak putus habis ini ayam cucuk yg dibeli oleh pemilik restoran melayu dan pembuat satay
Restoran/kopitiam Papa Rish yg melanggan ayam2 di atas.

Isu sijil halal lagi

Ramadhan hampir tiba, restoran2 bakal penuh dgn sajian berbuka puasa dan tentunya umat Islam pelanggan utama. Justeru kerajaan membuat serbuan dan JAKIM mengarahkan rsetoran dan dapor hotel yg belum ada sijil halal perlu mohon segera. Baru2 ni serbuan dibuat ke kedai kopotiam yg diragui sijil halal, ayam yg mereka langgan adalah dari sumber yg x patuh syara'- ayam disembelih tidak ikut hukum syara'. Maka timbul lagi isu pengeluaran sijil halal yg mengelirukan dan kopitiam byk diserbu. Inilah masalah org Islam bila keperluan halal disediakan oleh pihak bukan Islam, sepatutnya kita yg menerajui aspek halal terutama dlm kes perniagaan/makanan/keperluan harian. Ada pembaca dlm ruangan forum utusan malaysia bagi komen kononnya Jakim x bg maklumat, inilah segelintir umat Islam yg suka salahkan org lain, cakap ikut sedap mulut, x study dulu sebelum keluarkan kenyataan, sbb sebenarnya dlm laman web jakim dh tersenarai hotel/restoran, dapor yg ada sijil halal di malaysia. bukan tu saje tp kaedah untuk kita tahu / pastikan sesuatu produk itu halal / ada sijil halal / palsu atau tidak.

13 Julai 2010

Semester Julai-Nov 2010 sudah bermula

Minggu ini masuk minggu kedua untuk sesi baru julai-nov 2010. Ada kelas yang tak de masalah, student ada, tempat ok/betul tapi ada juga kelas yang student belum hadir sepenuhnya. Harap semester ini berjalan dengan lancar

16 Jun 2010

Kesarjanaanku diuji

14-18 Jun 2010, hari yang dinantikan2 sejak sebulan yang lalu muncul jua akhirnya. Bermulalah Penilaian Tahap Kecekapan(PTK). Setelah 3 minggu bertungkus-lumus menyiapkan tugasan untuk PTK, kini tiba masanya untuk diuji. Hasilan Kerja Terkini Proposal Research dan Kertas Renungan. Paling mendebarkan hari ini, 16 jun, pembentangan proposal. Semua orang kecut perut.

07 Mei 2010

TENTANG HARI IBU

(SAYA dapat email ni pagi tadi)
ASAL USUL HARI IBU
Sejarah hari ibu telah dikenalpasti sebagai perayaan musim bunga orang-orang Greece, sebagai penghormatan terhadap Rhea, ibu kepada tuhan mereka. Pada tahun 1600 orang-orang England merayakan hari yang mereka namakan sebagai "Mothering Sunday". Ia dirayakan pada hari Ahad keempat setiap Lent. Lent adalah tempoh masa selama 40 hari samada dalam bulan Februari atau Mac. Dalam tempoh ini, sebahagian orang-orang Kristian akan berhenti melakukan atau memakan makanan tertentu atas alasan agama. Amalan tersebut adalah sebagai penghormatan mereka terhadap Mother Mary. Mother Mary adalah Maryam, ibu kepada Nabi Isa Alaihissalam atau Jesus yang mereka anggap sebagai tuhan.

Dalam tempoh tersebut juga, kebanyakan rakyat England yang faqir dan miskin, akan bekerja sebagai pembantu rumah. Mereka sanggup keluar jauh meninggalkan keluarga kerana percaya bahawa Jesus akan memberikan kekayaan dan kesenangan dalam tempoh tersebut. Menjelang hari Ahad keempat, mereka digalakkan untuk bercuti oleh majikan, dan pulang ke kampung untuk bertemu dengan ibu. Setiap ibu akan dihadiahkan dengan Mothering Cake atau kek hari ibu sempena perayaan tersebut.

Amalan dan tradisi ini menular ke seluruh dunia dan ia kini disambut sebagai penghormatan kepada Mother Church. Mother Church dianggap sebagai kuasa spiritual yang agung yang memberi manusia kehidupan dan memullihara mereka dari sebarang kecederaan. Sejak dari itu, perayaan Mothering Sunday telah diadun dengan upacara kegerejaan. Penghormatan mereka terhadap ibu sama taraf dengan penghormatan mereka terhadap gereja.

Di Amerika Syarikat, Hari Ibu disambut seawal 1872 hasil ilham Julia Ward Howe. Beliau adalah seorang aktivis sosial dan telah menulis puisi " The Battle Hymn of The Republic" (TBHoTR). TBHoTR telah dijadikan lagu patriotik yang popular di kalangan warga Amerika. Ungkapan "Hallelujah" dalam bait-bait lagu tersebut menyerlahkan lagi sentuhan Yahudi dan Zionis dalam mencaturkan politik dunia.

Pada tahun 1907 Anna Jarvis dari Philadelphia telah memulakan kempen untuk melancarkan Hari Ibu. Beliau telah berjaya mempengaruhi Mother's Church di Grafton, West Virginia agar meraya dan meraikan Hari Ibu pada hari ulang tahun kedua kematian ibunya, iaitu pada hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Semenjak dari itu, Hari Ibu dirayakan saban tahun di Philadelphia.

Anna Jarvis, dan pendokong-pendokongnya telah menulis surat kepada menteri, golongan peniaga dan ahli-ahli politik agar Hari Ibu disambut secara meluas di seluruh wilayah. Matlamat mereka telah berjaya sepenuhnya pada tahun 1911 apabila hari tersebut disambut oleh hampir keseluruhan wilayah Amerika. Pada tahun 1914, Presiden Woodrow Wilson, secara rasminya telah mengisytiharkan Hari Ibu sebagai Hari cuti umum dan mesti raikan pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Biarpun sebahagian besar negara-negara di dunia menyambutnya pada hari yang berlainan, tetapi negara seperti Denmark, Finland, Itali, Turki, Australia, dan Belgium masih merayakannya pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei.

Justeru, apakah justifikasi orang-orang Islam merayakan hari tersebut ?

31 Mac 2010

Apa itu MEB

MEB adalah Model Ekonomi Baru yg diideakan oleh Majlis Penasihat Ekonomi Negara yg diumumkan oleh PM, DSNajib TRazak.

MATLAMAT MEB1. berpendapatan tinggi,
2. kemapanan
3. dan keterangkuman memerlukan kita mencapai pertumbuhan(KDNK) yang lebih tinggi untuk dekad seterusnya.

8 Inisiatif Pembaharuan Strategik bg menjayakan MEB:
*Menyuburkan kembali sektor swasta untuk menerajui pertumbuhan ekonomi;
*Membangun tenaga kerja yang berkualiti dan mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing;
*Mewujudkan ekonomi domestik yang berdaya saing;
*Memperkukuhkan sektor awam;
*Melaksanakan tindakan afirmatif yang telus dan mesra pasaran;
*Membina infrastruktur yang berasaskan pengetahuan;
*Meningkatkan sumber pertumbuhan;
*Memastikan pertumbuhan yang mapan.

22/4/2010 - Final Exam CTU 553

Jadual exam subje ctu 553 spt berikut:
Tarikh : 22 April 2010
Masa: 9 - 11 pagi
Tempat: rujuk fakulti masing2

29 Mac 2010

Statistik Anak Luar Nikah di M'sia

(sumber Berita Harian online)
Di Malaysia, anak luar nikah dalam maksud pendaftaran kelahiran terdiri daripada kanak-kanak yang dilahirkan oleh pasangan ibu bapa yang tidak berkahwin tetapi maklumat dimasukkan ke dalam daftar dan sijil kelahiran. Pendaftaran tersebut dibuat di bawah peruntukan pendaftaran kelahiran anak tidak sah taraf.
Ada sesuatu yang luar biasa pada sijil kelahiran anak tidak sah taraf. Nombor sijil yang lazimnya tertera di bahagian kanan dokumen, dicetak di bahagian bawah. Ini menunjukkan bahawa pemiliknya tidak mengetahui ayah kandungnya.

STATISTIKBerdasarkan kepada laporan rasmi, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melaporkan terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa catatan nama bapa, sejak tahun 2000 hingga pada bulan Julai 2008.

Ini bermakna secara purata, 2,500 kes anak luar nikah direkodkan pada setiap bulan atau 83.3 kes pada setiap hari. Jika diunjurkan lagi, satu kes pendaftaran anak luar nikah berlaku dalam setiap 17 minit 17 saat!
Amat menyedihkan kerana menurut statistik pendaftaran kelahiran kelahiran anak luar nikah dalam tempoh 4 tahun sahaja (1999-2003) 30,978 dari 70,430 (44%) orang bayi tidak sah taraf yang dilahirkan adalah anak orang ISLAM.

Pecahan mengikut negeri:

Selangor = 12,836 orang
Perak = 9,788 orang
Kuala Lumpur = 9,439 orang
Johor = 8,920 orang
Sabah = 8,435 orang
Negeri Sembilan = 4,108 orang
Pahang = 3,677 orang
Kedah = 3,496 orang
Pulau Pinang = 3,412 orang
Melaka = 2,707 orang
Kelantan = 1730 orang
Perlis = 691 orang
Sarawak = 617 orang
Terengganu = 574 orang
JUMLAH = 70,430 orang.

28 Mac 2010

KULIAH PENGUKUHAN CTU553 8 APRIL 2010

(Mohon izin dr ridhuan ye...)
Unit Hubungan Etnik CITU akan mengadakan program berkalanya iaitu Kuliah Pengukuhan Akademik untuk para pelajar yg mengambil kursus ini utk semester ini. Berikut adalah maklumat lanjut mengenainya:
TARIKH: 8 APRIL 2010
HARI : KHAMIS
MASA ; 8.30 MLM
TEMPAT; DEWAN SRI BUDIMAN (DSB)
PENCERAMAH: DR. MOHD. RIDHUAN TEE ABDULLAH
PENSYARAH KANAN, UPNM
TAJUK : KONSEP ASIMILASI: PENGALAMAN MALAYSIA
PAKAIAN: KEMAS, MENUTUP AURAT, SESUAI DENGAN MAJLIS ILMU

*PARA PELAJAR DIWAJIBKAN HADIR, MAKANAN DISEDIAKAN.

23 Mac 2010

Di sebalik kisah Natrah dan rusuhan 1950 di Singapura

Saya sedang membaca buku NATRAH (antara cinta, rusuhan dan air mata) yg ditulis oleh Datin Seri Fatini Yaacob. Saya beli di PBAKL 2010 pd ahad lepas tapi sy dpt harga istimewa sbb utk peserta forum MAPIM diberi diskaun istimewa. Harga biasa rm75 tp sy beli rm52 je. Kisah Natrah memang sy telah ikuti melalui penulisan penulis di dewan masyarakat sms dia bekerja d DBP. Ketika itu sy sekolah menengah dan pd sy 2 nama ini sgt sinonim (natrah=fatini). Malah sy anggap org selayaknya menulis buku kisah natrah ini adalah datin fatini sendiri (sy juga meminatinya sbnrnya tp sms bekerja di utusan x pernah pulak menemuinya dlm tugasan sy tp slps 1994 beliau pun dlm 'pertapaan' -hrp datin x marah dgn istilah ini. Selepas 20 tahun barulah kisah natrah dihasilkan dlm naskhah, juga selepas kematian natrah itu sendiri pd julai 2009. Inilah persoalan yg sy ajukan kpd penulis d forum itu (penulis jd ahli panel). Scr ringkas d sini sy juga ingin mengajak rakan2 utk membaca buku ini. Sesungguhnya kisah natrah bukan sekadar cerita cinta antara natrah dan mansor adabi tetapi melangkaui batasan itu. Sy yakin pengalamn, masa dan pengkajian yg mendlm myebabkan penulis dpt menghayati penulisan dan kesimpulannya dengan baik. Bak kata penulis, natrah hanya menjadi alat yg diberikan oleh Allah swt kpd umat Melayu/Islam yg pd ketika itu seolah alpa dlm memperjuangkan/mempertahankan agamanya. Rusuhan yg blaku 1950 sbenarnya tercetus hanya apabila Natrah diletakkan di gereja utk sementara ketika menunggu keputusan rayuan. Sedangkan semasa keputusan mahkamah menetapkan natrah dikembalikan kpd ibu bapanya, masyarakat dpt menerimanya. Ini yg membuatkan org Melayu marah. Ada 3 perkara yg masih relevan hingga ke hr ini dr kisah natrah ini iaitu isu mahkamah syariah, hak penjagaan anak dan murtad. Juga jgn dilupa jasa dan peranan Prof Tan Sri AHmad Ibrahim yg mjd peguam natrah yg seterusnya memperjuangkan undang2 Islam di Tanah Melayu (termasuk perkara 121 (1A), tp kita masih belum dpt melakukan byk perubahan pd undg2 Islam. Kpd shbt2 yg tlibat dgn undg2 sy rasa perlu memikirkan apakah peranan mrk dlm hal ini-semua org perlu memainkan peranan dlm dakwah ini mengikut bidg dan kmampuan mrk. Tapi sy percaya hanya org yg dpt megkaji, membaca, memahami sejarah ini shj yg dpt meresapi/menghayati isu ini dgn mendalam.
Kepada para pelajar terutama pelajar saya, disarankan utk membc buku ini. Jgn berkira dgn harga, kerana kesedaran yg timbul krnnya tak ternilai harganya. Ia juga boleh dijdkn bhn sej dan warisn generasi seterusnya.

Kepada para penggemar kopitiam d seksyen 7 shah Alam (Pak Li Kopitiam) camne????Halal ke???

Hanya 2 je kopitiam yg dapat sijil halal iaitu Pak Hailam Kopitiam sdn Bhd dan Jonker Walk Kopitiam sdn Bhd. Saya tenguk ramai (sejak awal pembukaannya), ramai orang melayu dan pelajar uitm yg berkunjung ke Pak Li Kopitiam di seksyen 7 shah alam ni. Kalau tak silap , ada 1 lagi cawangannya di seksyen 18 shah alam. Kalau memang ia halal dan milik Melayu atau chinese muslim tak de masalah tapi kalu sebaliknya??. Maklum, saya tenguk sebahagian orang Islam ni , apa lagi para pelajar suka berfikir singkat, di mana ada orang melayu makan , hah!halal lah tu, satu lagi kalau nampak ada org pakai tudung makan di satu2 tempat, maka dianggap halal sume makanan di situ. Kepada para ibu bapa, tolong2lah ambik peduli tentang anak2 yang belajar jauh dari mereka (juga yg dekat), apa yang mereka makan, apa yang mereka buat dsbg.Jangan sekali2 anggap anak2 tu dah masuk universiti dah pandai semuanya, dah pandai buat keputusan, dah pandai memilih baik buruk. Mereka tahu baik buruk tapi mereka tak berfikir panjang tentang kesan dan akibat perkara yg baik dan buruk itu.
*Kopitiam atau kopi-tiam adalah kedai kopi dan sarapan tradisional yang terdapat di Malaysia dan Singapura. Perkataan "kopitiam" merupakan gabungan perkataan "kopi" dari bahasa Melayu dengan perkataan bahasa Hokkien bagi kedai (店; POJ: tiàm). Dalam erti kata lain, "kopitiam" bermaksud "kedai kopi". Sajian kopitiam biasanya terdiri daripada satu tawaran yang ringkas: beraneka pilihan makanan yang mengandungi telur, roti bakar dan kaya, serta minuman seperti kopi, teh, dan Milo.
Trend kopitiam baharu juga dicetuskan setelah terhasilnya fenomena "budaya kopi" oleh rangkaian kedai kopi seperti Starbucks dan The Coffee Bean & Tea Leaf. Kopitiam ini menawarkan alternatif yang lebih mudah didapati yang mana budaya kopi boleh dinikmati dengan perisa tempatan dan harga yang lebih berpatutan.
Peneraju kopitiam baharu di Malaysia merupakan syarikat berjenama Uncle Lim. Kebanyakan jenama lain mengikuti konsep ini, maka sehingga hari ini, terdapat tidak kurang daripada 100 jenama kopitiam baharu yang beroperasi di merata negara.(sumber wikipedia)
*** saya harap jika ada pembaca/student terutama uitm yg tahu mengenai hal ini harap dpt berkongsi.

22 Mac 2010

Forum Penerbitan Ilmiah Untuk Bacaan Umum-sempena PBAKL2010

sesi autograf dgn datin seri Fatini Yaacub, penulis buku NATRAh yg sy minat sejak sekolah
Sebagai pencatat utk sesi 1 forum

antara peserta forum
Pengarah UPENA yg dedikasi,PM Hjh Hamidah Junid
Forum ini diadakan pada hari Ahad semalam (21 Mac 2010) bertpat di Bilik Kedah/Johor PWTC sempena Pesta Buku A/Bangsa KLumpur 2010 yg sedang diadakan sekarang. Saya antara peserta dan juga pencatat untuk forum tersebut yg dianjurkan oleh MAPIM (Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia) dan dihoskan oleh UPENA UiTM. Sangat menarik tajuk yg dibincangkan. Forum 1; Penerbitan alam dan warisan. Forum 2: Penerbitan penyelidikan untuk bacaan umum.
Forum 2; ahli panel adalah Datin Seri Fatini Yaaub-penulis buku NATRAH, Tuan Hj Che Mazlan -Pengurus al-Ameen Serve sdn bhd dan wakil MARDI. Saya sangat teruja dpt mendengar dan bertemu Datin Fatini sebab sy dah mengikuti tulisannya tentang Natrah sejak di sekolah lagi. Masa tu memang saya selalu beli Dewan Siswa atau Dewan Masyarakat. Masa tu dia bekerja di DBP. Bersambung...

19 Mac 2010

Pesta Buku A/Bangsa KL


Jangan lupa pergi ke Pesta Buku 2010 untuk mendapatkan buku2 terbaru. Kali ni saya datang ke Pesta Buku ini bukan sekadar untuk membeli buku2 tetapi juga menyertai forum sempena pesta buku ini yang akan diadakan pada hari Ahad (21 Mac 2010), anjuran MAPIM dan upena uitm menjadi pengerusi jawatankuasanya. Sya juga akan menjadi pencatat utk forum itu selain sbg peserta

16 Mac 2010

Lawak yang memualkan...

Saya ingin memetik tulisan di akhbar cina (China Press). Bukan saya yg baca paper tu tp ulasannya ada dimuatkan dlm paper utusan. Tulisan tersebut mempertikaikan uitm yg dikatakan mempunyai keistimewaan tersendiri yg tidak boleh disentuh oleh sesapa (kerana hanya Melayu/bumiputera shj didalamnya). Penulis tersebut berasa ragu apa yg dibuat/disogokkan kpd para pelajar melayu dlm kampus uitm kerana katanya tiada siapa yg tahu mengenai agenda yg dirancang dan dilaksanakan. Tambahan pula jaminan dr DSNTR menambahkan keraguan mereka terhadap generasi pelapis melayu ini.
* ulasan saya: rasa lawak dgn tulisan ini sbb tidak ke dia tahu bahawa dlm uitm ini memang pelajarnya bumiputera (student antarabangsa ada juga) tp kakitangannya termasuk lecturer terdiri dr pelbagai bangsa termasuk cina dan india. Bukak je website uitm tenguklah apa proram yg diatur/diberikan kpd para pelajar. Kalau x puas lagi, hah!datang je ke uitm buatlah survey...melampau sangat prasangka mereka tu..betul2 mereka ni banagsa yg kiasu (spt yg selalu disebut oleh Dr Ridhuan Tee)

15 Mac 2010

hasil dari Bengkel Penilaian Semula kursus Hubungan Etnik di IPTA

Bengkel ini telah diadakan pada 8-9 Mac di Puri Pujangga UKM, anjuran KITA (Institut Hubungan Etnik) UKM. Selama 2 hari program di isi dgn pembentangan kertas kerja pada hari 1 dan 2 (pagi). Pembentangan juga menjurus kpd hasil kajian di beberapa universiti tentng pengajaran kursus ini sama ada dr segi P&P atau silabusnya. Beberapa perkara dapat disimpulkan di sini:
* P&P yg baik mampu menarik minat dan kefahaman pelajar terhadap kursus ini
* Kursus Hubungan Etnik bukan sejarah tetapi aspek sejarah berperanan memberi kefahaman dan kesedaran tentang jatidiri/ketatanegaraan dsbgnya.
* kontrak sosial perlu difahami oleh setiap lapisan masyarakat, namun ada di kalangan sarjana yg datang sudah tidak nampak lagi apa perlu dan pentingnya kontrak sosial itu dibahaskan.
*kontrak sosial seolahnya dilihat oleh orang bukan melayu sebagai halangan dalam perpaduan/hubungan etnik yg harmoni ( ini orang tarak bole pakai)
* bahan2 sokongan seperti gambar, audio, video, keratan akhbar/majalah sangat berfungsi dlm pengajaran subjek ini
* setiap pensyarah yg mengajar subjek ini perlu menghayatinya supaya ia dpt memberi kesan kepada para pelajar.
* kerja kursus perlu di perluaskan lagi spy pelajar lebih memahami masyarakat sekitarnya.
*dicadangkan 7 minggu perkuliahan dan 7 minggu utk kerja2 lapangan para pelajar

06 Mac 2010

Perkembangan isu kalimah Allah (4)

Isu kalimah Allah: Mahkamah mahu SIB, KDN berunding(utusan online)
Oleh NORAZLITA MOHD. SIES
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 5 Mac - Mahkamah Tinggi di sini memberi peluang terakhir kepada Gereja Sidang Injil Borneo (SIB) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk berunding bagi menyelesaikan tuntutan berhubung perintah larangan mengimport bahan terbitan Kristian yang mengandungi kalimah Allah.

Hakim Datuk Aziah Ali sehubungan itu menetapkan 30 April ini sebagai tarikh akhir untuk mengetahui status perundingan ke arah penyelesaian oleh kedua-dua pihak tersebut.

Tarikh berkenaan ditetapkan oleh Hakim Aziah di kamar beliau dengan kehadiran peguam Bobby Chew dan Lim Heng Seng yang mewakili SIB ketika sebutan kes itu hari ini.

Turut hadir dalam prosiding itu ialah Peguam Kanan Persekutuan, Datin Azizah Nawawi yang mewakili Menteri Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia selaku responden pertama dan kedua.

Bobby ketika dihubungi memberitahu, sekiranya perundingan menemui jalan buntu, barulah Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) akan menetapkan tarikh perbicaraan.

Menurutnya, mahkamah menetapkan tarikh tersebut bagi membolehkan mereka yang terlibat meneliti sama ada kes tersebut dapat diselesaikan di luar mahkamah.

''Jika penyelesaian tidak berhasil sehingga tarikh tersebut, mahkamah akan menetapkan tarikh baru untuk mendengar permohonan SIB bagi mendapatkan kebenaran mencabar keputusan KDN menerusi prosiding semakan kehakiman,'' jelas Bobby.

Pada 10 Disember 2007, Presiden SIB, Jerry W.A. Dusing @ Jerry W. Patel, 56, dan SIB yang beralamat di Kota Kinabalu, Sabah memfailkan permohonan tersebut terhadap responden pertama dan kedua dengan mengemukakan sebanyak 22 tuntutan.

Antara yang dipohon adalah perintah untuk membatalkan keputusan menteri yang enggan membenarkan pengimportan empat buah tajuk bahan penerbitan Kristian dan menahan penyerahan dua buah tajuk bahan penerbitan yang lain.

Selain memohon perintah supaya menteri tersebut mengembalikan penerbitan itu, pemohon menuntut perisytiharan bahawa penggunaan istilah Allah dalam terjemahan kitab Injil sama ada versi bahasa Malaysia, bahasa Indonesia dan dalam semua penerbitan bahan keagamaan, adalah menjadi hak mereka.

Pemohon turut memohon perisytiharan bahawa Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak semua agama diamalkan dengan aman dan damai oleh pemohon yang mendakwa berhak menggunakan perkataan Allah.

Ia membabitkan bahan cetakan, diterbitkan bukan sahaja di gereja malahan di sebarang lokasi atau bangunan dalam pengamalan agama mereka walaupun bahan dan penerbitan itu mengandungi perkataan Allah.

Pemohon juga memohon perisytiharan bahawa keputusan membenarkan penggunaan Alkitab oleh penganut agama Kristian hanya di gereja-gereja dan tidak di tempat lain adalah bercanggah dengan hak perlembagaan, batal dan tidak sah.

Permohonan dikemukakan atas alasan pihak responden telah melakukan kesilapan apabila gagal mengambil kira bahawa penggunaan perkataan Allah oleh agama Kristian adalah mendahului kedatangan Islam.

Pemohon juga memberi alasan, terjemahan kitab Injil versi bahasa Indonesia dan bahasa Malaysia telah digunakan oleh penganut agama Kristian di negara ini sejak dahulu lagi.

Dusing dalam afidavit sokongannya mendakwa Penyelia Pelajaran Kanak-Kanak dan salah seorang kakitangan SIB, Kinambo Gaduan telah membawa tiga kotak bahan pelajaran bagi kanak-kanak beragama Kristian.

Bahan tersebut dakwa Dusing, milik SIB untuk dibawa pulang ke Kota Kinabalu pada 15 Ogos 2007.

Namun pemohon mendakwa, bahan-bahan penerbitan itu telah ditahan oleh pegawai kastam ketika Kinambo yang dalam penerbangan dari Surabaya, Indonesia telah transit di Terminal Kos Tambang Murah (LCCT), Sepang.

Dakwanya, berdasarkan sepucuk surat dari KDN bertarikh 10 September 2007 kepada SIB ada menyebut bahawa pengimportan penerbitan Kristian yang mengandungi perkataan Allah, Baitullah, solat dan Kaabah adalah dilarang untuk edaran di negara ini.

Surat yang sama juga dakwa Dusing, menyatakan bahawa penerbitan itu boleh menimbulkan kekeliruan dan kontroversi di kalangan masyarakat negara ini.