
*Kopitiam atau kopi-tiam adalah kedai kopi dan sarapan tradisional yang terdapat di Malaysia dan Singapura. Perkataan "kopitiam" merupakan gabungan perkataan "kopi" dari bahasa Melayu dengan perkataan bahasa Hokkien bagi kedai (店; POJ: tiàm). Dalam erti kata lain, "kopitiam" bermaksud "kedai kopi". Sajian kopitiam biasanya terdiri daripada satu tawaran yang ringkas: beraneka pilihan makanan yang mengandungi telur, roti bakar dan kaya, serta minuman seperti kopi, teh, dan Milo.
Trend kopitiam baharu juga dicetuskan setelah terhasilnya fenomena "budaya kopi" oleh rangkaian kedai kopi seperti Starbucks dan The Coffee Bean & Tea Leaf. Kopitiam ini menawarkan alternatif yang lebih mudah didapati yang mana budaya kopi boleh dinikmati dengan perisa tempatan dan harga yang lebih berpatutan.
Peneraju kopitiam baharu di Malaysia merupakan syarikat berjenama Uncle Lim. Kebanyakan jenama lain mengikuti konsep ini, maka sehingga hari ini, terdapat tidak kurang daripada 100 jenama kopitiam baharu yang beroperasi di merata negara.(sumber wikipedia)
*** saya harap jika ada pembaca/student terutama uitm yg tahu mengenai hal ini harap dpt berkongsi.
2 ulasan:
dresalam..
kwujudan kopitiam di kwsn mjoriti melayu muslim sptnya dikawl oleh phak berkuasa.sy berpandapat,pgguna xboleh dsalahkn spenuhnya memandangkan ada kopitiam yg mmaparkan sijil halal dr bdn2 muslim lain.cth Bahtera Lagenda Sdn Bhd, Islamic Food and Research Council, SAS-H Consultancy, Perak Religious Officer Association, Halal Food Council SEA dan IFANCA Internationaldan byk lg syarikt muslim)
selain itu jgn kta hnya memumpukan kepada kopitiam smata2 kerana byk restoran mamak yg diragui kerana lgsung tiada sijil halal.pendedahan tv3 baru2 ni juga membuktikn xsemua mamak di restoran mamak adalh muslim!!
skdar pendapat dr peminat makan :)
Delete la posting ni kalau keje nak memfitnah je dan menghasut.Orang dah kebulan jauh, 10 thn dan sebelum itu dah ada sijil halal.sila semak di jakim, bukan semak dengan kata-kata hasutan untuk mengajak orang lain berdosa sama seperti anda.
Catat Ulasan