Blog ini diwujudkan sebagai bahan bantuan kepada para pelajar yang mengambil kursus Hubungan Etnik atau Pengajian Malaysia di IPT. Diharap banyak perkara dapat dikongsikan bersama.
Pesanan Pemimpin Terdahulu
"Saya dahulu telah berkata, kita hendaklah berbaik-baik dengan bangsa lain dalam pekerjaan mencari nafkah, tetapi di sebalik itu kita mesti ingat bahawa negara ini negara Melayu yang mesti kita utamakan".- Dato' Onn Jaafar
"Sejarah telah membuktikan bahawa orang Melayu berjiran dengan orang bukan Melayu lebih daripada 200 tahun yang lalu. Kita duduk bersama-sama dan berjiran dengan pelbagai kaum di negara ini. Bagi saya, kejayaan itu memerlukan kepada beribu-ribu kepala, beribu-ribu hati dan beratus-ratus ribu tangan yang perlu digabungkan menjadi satu dan tunggal supaya faedah-faedah dan cita-cita kita itu tercapai dengan sempurnanya". - Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj.
30 April 2009
TEJA YANG PILU
Plot sebenarnya bukan jalan cerita seperti yg saya atau kebanyakan kita faham. Malah dalam pengajian sastera di peringkat sekolahpun menyebut ia sebagai jalan cerita tetapi PLOT sebenarnya adalah "SEBAB DAN AKIBAT" ? CAUSALITY...(bila saudara FT sebut causality ni sy terus teringat subjek ilmu Kalam di UKM dulu dalam kelas PM DR Ibrahim Bakar..yg sentiasa selambe rock..heheheh). Jadi ada perbezaannya tu antara jalan cerita dgn sebab dan akibat.
29 April 2009
Wabak selsema babi
1. dibawa/disebarkan oleh manusia bukan babi
2. 70% pada babi itu adalah lemak dan tulang lebihnya baru daging
3. eropah dan barat buat produk (kebanyakkannya) dicampur dengan lemak babi
4. dikodkan iaitu E471 dan yg sewaktu dgnnya (E) adalah berasaskan lemak babi
5. Kebanyakan coklat memang dicampur dgn lemak ni
6. babi tidak dihidangkan kepada golongan diraja (Brittain) kerana ia sebenarnya kotor - babi makan benda kotor,binatg paling kotor
7. maklumat lanjut ada di...dagingsegar.blogspot.com
*Kenapa negara kita menternak babi lebih dari pemakan babi, berapa banyak yg makan babi di Malaysia.
Bengkel Penulisan Novel Bersama Faisal Tehrani
(antara yg duduk di barisan hadapan adalah perseta veteran/mak cik/nenek yg bersemangt)
(sebelah saya: seorg suri rumah Mazni @Nini-katanya anaknya sgt minat dgn FT & dia juga sdg berjinak2 utk menulis setelah berhenti kerja)
(depan sekali:doktor-mengkaji kristal, belakang:tudung purple-pesara guru berumur 58 tahun dari SP Kedah, sebelahnya seorg guru)28 April 2009 (SELASA) 8 pagi hingga 430 petang
Dalam kesibukan saya marking paper exam students, saya sempat mencuri masa menghadiri Bengkel ini. Memang banyak manfaat dan idea yang saya peolrhi dan boleh kongsi dengan kwan2 di opis nanti. Sebenarnya dari segi idea saya dah byk kumpul tetapi cuma belum tercurah saje dlm bentuk kreatif di atas kertas. Tapi saya memang tabik la dengan sebahagian peserta yg hadir, sebelum sampai ke seminar ni dalam kepala saya menjangkakan org yg hadir itu nanti tentunya di kalangan muda belia/remaja yg jauh beza umurnya dari saya. Tapi tak sangka ada peserta yang hadir tu adalah sama usia dengan emak saya yg umurnya lebih dari 58 tahun (pesara). Malah ramai juga suri rumah tetapi sebelum ini memiliki pekerjaan yg baik. Dan yg seusia dgn saya juga ramai tetapi yg jauh lebih muda/remaja tu saya kira cuma 1 @ 2 je.
Selepas bengkel ni, memang bersemangat nak menulis apatah lagi apabila saudara Faisal memberi panduan dan dorongan untuk menghasilkan karya kreatif yg ilmiah. Saya akan menyambung kemudian....
24 April 2009
Kenapa tak komersial???

Salah satu tanggung jawab penting bagi seorang ahli akademik/pensyarah ialah menjalankan penyelidikan. Tugas pensyarah bukan sekadar mengajar/pergi kelas, marking kertas exam sahaja tetapi juga menghidupkan budaya ilmu yang mana antara ciri utamanya ialah menjalankan penyelidikan. Universiti yang mempunyai penyilidikan yang banyak (diiktiraf pulak penyelidikan itu) akan meningkatkan taraf dan martabat universiti itu sama ada di peringkat negara atau global. Tetapi satu perkara yang sering menjadi persoalan (selain masalah untuk menambahkan penyelidikan), ialah banyaknya penyelidikan yang telah dihasilkan tetapi tidak dikomersialkan (bagi penyelidikan yg boleh dikomersialkan) dan banyaknya juga penyelidikan yg menjadi hiasan dalam almari2 pensyarah universiti terutamanya yg dari bidang sains sosial yg tidak diangkat dan diketengahkan, yang mana ianya juga sebenarnya boleh membantu dalam menangani isu2 yg berlaku. Benda ni dah sekian lama dibincangkan sebenarnya, alasan2 seperti sukar untuk mendapat sokongan dari pihak swasta (untuk bangunkan sesuatu inovasi itu), pihak kerajaan, dana dan sebagainya msih lagi menjadi penyebab utama. Setiap universiti sebenarnya juga berlumba2 untuk memperbanyakkan penyelidikan untuk menaikkan taraf dan martabat sesuatu universiti itu disamping mendapat gelaran universiti penyelidikan (RU), tapi kalu dah sekian banyak penyelidikan dibuat tetapi tiada pihak lain yg ingin menggunakan hasilnya, ini masalah besar juga. Status pensyarah juga dinilai melalui banyaknya penyelidikan yg berjaya dihasilkan. Dalam satu seminar yg baru saya hadiri (Seminar Pendidikan Tinggi Islam Serantau), seorang pembentang menyatakan sama ada research dlm bidang sains atau sains sosial keduanya mempunyai kebarangkalian untuk ada unsur PENIPUAN/TIDAK BENAR dalam penyelidikan itu. Oleh itu, sesuatu kajian itu hanya boleh dikategorikan sebagai BETUL tapi belum tentu BENAR. (Semua ini memerlukan individu yg memiliki kekuatan iman dan taqwa- insan rabbani).
23 April 2009
Sokong ke tak?
Berikut adalah ringkasan berita berkenaan yg diambil dari Utusan Online:
Minggu tidak tonton TV
KUALA LUMPUR 21 April - Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) hari ini melancarkan kempen minggu tidak menonton televisyen bagi menggalakkan ibu bapa dan anak-anak meluangkan masa bersama.
Ketua Eksekutifnya, Mohd. Yusof Abdul Rahman berkata, kempen selama seminggu itu bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat supaya menjalankan aktiviti yang lebih bermanfaat bersama keluarga.
"Kita bukan mahu menyekat masyarakat daripada memperoleh maklumat. Tetapi kita mahu mereka menghiasi masa dengan aktiviti yang lebih berfaedah seperti berkelah, bersenam, bersiar-siar bersama-sama keluarga.
"Selain merapatkan hubungan keluarga, mereka juga mengamalkan gaya hidup sihat," katanya pada sidang akhbar kempen Minggu Tidak Menonton Televisyen di sini hari ini.
Exam ctu 211- 23 April 2009
22 April 2009
Tahniah!
(gambar hiasan)Rasanya semua pelajar yang mengambil paper Hubungan Etnik dah boleh menarik nafas lega. Soalan pun boleh dianggap mudah dan mesra pelajar. Tidak mengelirukan. Setakat ini tiada lagi pelajar yang mengadu sukar menjawab soalan tetapi mklum balas yg saya dapat adalah , soalan2 mudah dikuasai. Perjuangan pelajar sudah selesai (untuk paper ni je la) dan pertarungan saya pula bermula untuk memeriksa kertas dan menyediakan markah dgn lebih 300 skrip dalam masa 10 hari.
17 April 2009
16 April 2009
Hari-hari terakhir sebelum final exam 21 april
13 April 2009
Carry marks dan kertas kerja
30 Mac 2009
Kuliah Pengukuhan Akademik CTU 211
Tarikh : 2 April 2009
Hari : Khamis malam Jumaat
Masa : 8.30 - 10.30 malam
Tempat : Dewan Muktamar 2, Pusat Islam UiTM Shah Alam
Penceramah : Y.Bhg.Prof Madya Mohd. Arif Kasmo
Pensyarah Kanan
Pusat Pengajian Umum, UKM
Tajuk : Teknologi Umat Terdahulu & Wahyu dan sains
Pakaian: kemas, menutup aurat
Makanan, fail dan bahan ceramah disediakan
27 Mac 2009
Bengkel Prisma 26-27 Mac 2009
Prisma adalah sistem yang diwujudkan untuk mengumpul segala data penerbitan para pensyarah. Sistem ini telah dibangunkan setahun lalu dan untuk bengkel kali ini ia juga sebagai proses penambah baikan. Menjadi tugas dan tanggung jawab pensyarah untuk mengisi data penulisan mereka di Prisma.Alamatnya http//:prisma.uitm.edu.my
25 Mac 2009
BAKI 2 MINGGU...JANGAN TUANG KELAS

KElas berbaki 2 minggu sahaja ( x termasuk minggu ni) , diharap para pelajar tidak memberi sebarang alasan untuk ponteng kelas. Sebaliknya gunakan masa yang ada ini untuk memberi tumpuan kepada kelas, kehadiran dan topik2 yang dibincangkan. Jangan ingat anda dah selesai buat test, presentation dan hantar assignment.. tanggung jawab kamu dah selesai. Harap pelajar serius..untuk yang terlibat dgn kelas ganti juga tolong hadirkan diri.
20 Mac 2009
13 Mac 2009
KULIAH PENGUKUHAN CTU 553
1. TARIKH : 17 MAC 2009
2. MASA : 8.30-10.30 MALAM
3. TEMPAT : DEWAN SRI BUDIMAN
4. PENCERAMAH: Y.Bhg. Prof Dr.Osman Bakar (UM)
5. TAJUK : HUBUNGAN ETNIK: ISU DAN CABARAN DI MALAYSIA
Bas di sediakan.
Makanana juga disediakan
Kehadiran diambil.
SEMUA PELAJAR DIHARAP MEMBERIKAN SOKONGAN. DATANGLAH BERAMAI-RAMAI. KEHADIRAN ADALAH WAJIB 9KECUALI YANG ADA KELAS ATAU TEST).
11 Mac 2009
SOKONG GMP
2. kenapa dia cakap isu ini baru dimainkan sedangkan dah 6 tahun laksana - apa pulak, isu ni orang dah cakap lama dah...tak setuju, minta kaji balik
3. dulu cakap hanya sebagai 'bahan uji kaji' je tapi jadi dasar pulak sekarang
4. perwakilan dalm perhimpunan agung UMNO pun sejak tahun2 kebelakangan ini ada bawa usul ini, saya ingat lagi. Usul ini dibentangkan oleh perwakilan Johor...mintak supaya kerajaan kaji balik PPSMI tapi mana dia orang sekarang...
5. guna BMelayu bukan makna tolak atau anti BInggeris
6. Tenguklah apa jadi dgn BMelayu sekarang...dalam keadaan BInggeris belum pasti digunakan sbg bhs pengantar dlm S&M....menteri lebih suka cakap BI, iklan, edaran maklumat, info di mana (bank /tempat awam) guna BI atau BI di atas BM di bawah (maknanya BMelayu di tempat ke 2 bukan tempat pertama)..
7. UKM adalah contoh terbaik....tenguk saja Prof. Dr. Yusoff Othman...orang sains , graduan UKM tapi kalau bagi ceramah , cakap B Melayu sepenuhnya, kalau nak cakap BI, cakap BI sepenuhnya. HIDUP UKM....
04 Mac 2009
Isu- Penggunaan 'Allah" dalam Bible versi BMelayu
Perkataan "Allah' Dalam Penerbitan Kristian Tidak Dilarang, Mahkamah Diberitahu
KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) -- Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu penggunaan perkataan "Allah" dalam penerbitan berkaitan agama Kristian tidak lagi dilarang seperti terkandung dalam warta baru yang dikeluarkan Kementerian Dalam Negeri awal tahun ini.
Peguam Kanan Persekutuan Nizam Zakaria, yang mewakili Pejabat Peguam Negara, memaklumkan mahkamah bahawa Menteri Dalam Negeri, selaku responden pertama dalam prosiding semakan kehakiman itu yang difailkan oleh Ketua Paderi Gereja Roman Katolik Kuala Lumpur, telah mewartakan perintah bertarikh 21 Jan, 2009, bertajuk 'Perintah Keselamatan Dalam Negeri (Larangan Penggunaan Perkataan Tertentu Pada Dokumen dan Penerbitan) 2009'.
Warta itu menyebut "Percetakan, penerbitan, penjualan, pengedaran dan pemilikan apa-apa dokumen dan penerbitan yang berhubung dengan agama Kristian yang mengandungi perkataan "Allah", "Kaabah", "Baitullah" dan "Solat" adalah dilarang melainkan jika di kulit muka depan dokumen dan penerbitan itu ditulis perkataan "UNTUK AGAMA KRISTIAN".
Perintah itu diwartakan pada 16 Feb, 2009 dan berkuatkuasa pada tarikh itu. Berikutan perkembangan itu, peguam Porres P. Royan, yang mewakili pemohon, Ketua Paderi Datuk Murphy Pakiam, memaklumkan Hakim Lau Bee Lan bahawa mereka akan mengadakan perbincangan dengan Pejabat Peguam Negara berhubung implikasi perintah itu.
"Jika, selepas perbincangan kami berasa selesa, dengan itu jelas perkara ini mungkin tidak perlu diteruskan dan didengar. Kami akan maklumkan kepada mahkamah jika kami mencapai penyelesaian.
"Masih terlalu awal untuk kami membuat keputusan," katanya sambil memohon kepada mahkamah untuk memberikan masa dua hingga tiga bulan bagi kedua-dua pihak sebelum menetapkan tarikh perbicaraan bagi permohonan semakan penghakiman itu.
Terdahulu, Porres memberitahu mahkamah yang beliau akan tetap meneruskan permohonan untuk mengenepikan perintah campur tangan yang dipohon pada 21 Nov tahun lepas oleh tujuh majlis agama Islam negeri -- Wilayah Persekutuan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor, Kedah, Johor dan Melaka -- dan Persatuan Cina Muslim Malaysia (MCMA) untuk campur tangan dan dinamakan sebagai responden dalam prosiding semakan penghakiman itu.
Mahkamah menetapkan 28 Mei untuk mendengar permohonan itu bersama-sama dengan permohonan Majlis Gurdwaras Malaysia untuk turut campur tangan.
Mahkamah juga menetapkan 7 Jun untuk mendengar permohonan tujuh majlis agama Islam negeri dan MCMA, untuk merujuk kes itu ke Mahkamah Persekutuan mengenai persoalan perlembagaan.
Pada 5 Mei tahun lepas, Datuk Murphy, selaku penerbit The Herald, menamakan Kementerian Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia sebagai responden dalam usahanya bagi diisytiharkan keputusan responden bertarikh 12 Feb, 2008, melarangnya menggunakan perkataan "Allah" dalam "Herald-The Catholic Weekly" adalah melanggar undang-undang.
Beliau juga memohon perisytiharan yang beliau berhak menggunakan perkataan "Allah" dan perkataan "Allah" bukan eksklusif untuk agama Islam.
-- BERNAMA
Minggu Ujian-kesungguhan/pengorbanan

Minggu ini masuk minggu ke sembilan perkuliahan bagi sesi Dis 2008-APril 2009. Seperti yang telah dijanjikan, minggu ni saya buat ujian utk semua kelas saya. Tapi masih ada lagi pelajar yang asyik nak mintak tangguh aje. Macam2 alasan. Padahal mereka dah tahu, minggu ke 8 , 9, 10 adalah minggu yg sibok dgn test di mana2 fakulti dan pertengahan semester ini juga banyak assingment yg perlu dihantar dan disiapkan. jadi pandai2lah mengatur jadual dan kendalikannya.
20 Februari 2009
Bagaimana pendirian kita dalam isu PPSMI
Isu ini semakin hangat diperkatakan. Kepada pembela bahasa, mereka dianggap menolak kemajuan dan kepentingan bahasa Inggeris. Ada beberapa perkara yang hendak saya kongsi di sini dalam membincangkan, mempertahankan, serta memartabatkan bahasa Melayu:
1. Pertahan bahasa Melayu bukan bererti meminggirkan keperluan menguasai bahasa Inggeris.
2. Kita mesti kena tahu antara penguasaan bahasa dan penguasaaan ilmu. Bangsa lain di dunia seperti Jepun , Eropah atau umat Islam semasa zaman gemilangnya, mereka maju kerana menguasai ilmu.
3. sejarah telah membuktikan bahasa ibunda sebenarnya yang membawa kejayaan kepada sesuatu bangsa dan negara.
4. Cuba lihat sikap orang Melayu atau rakyat Malaysia umumnya yang menjelekkan apabila mereka menguasai bahasa Inggeris (seolah tiada rasa bangga dgn bahasa Melayu). Mereka malu nak tuturkan bahasa Melayu walaupun sesama bangsa apabila berada di majlis2 yang dianggap berprestaj, berbincang isu global atau berada di tempat yg mewah seperti di hotel 5 bintang.
5. Walaupun banyak suara yg menyatakan mereka akan tetap pertahan dan martabat bahasa Melayu walaupun guna bahasa Inggeris sbg bahasa pengantar tetapi kita tenguk dalam upacara rasmi/majlis rasmi, iklan2, kenyataan2 makluman malah info2 seperti di bank dan sebagainya meletakkan bahasa Inggeris di tempat pertama dan bahasa Melayu di tempat kedua.
6. Ada laman sesawang yang hanya guna bahasa Inggeris sahaja, tak adapun dwi bahasa, kan lebih elok jika ada dwibahasa, masyarakat juga boleh perbaiki bahasa Inggeris.
Bersambung...

(Pencemaran bahasa yang berleluasa - siapa peduli)
7. Masalah bahasa rojak juga antara cabaran utama dlm mendaulatkan bahasa kebangsaan. Media sendiri seolah tiada rasa tanggung jawab terhadap berleluasanya bahasa rojak ini.
12 Februari 2009
CIRI PERBEZAAN MALAYAN UNION DAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU
Pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu bermula dengan usaha awal pihak British merancang menjadikan Negeri-negeri Melayu sebagai ‘jajahan Takluk (Koloni) Britain’ sebaik sahaja Jepun menyerah kalah dalam Perang Dunia ke II, melalui rancangan pembentukan Malayan Union.
3.1 Penubuhan Malayan Union
Pada 10 Oktober 1945 kerajaan Inggeris mengemukakan Kertas Putih untuk melaksanakan satu sistem pentadbiran baru yang dikenali sebagai Kesatuan Malayan di Tanah Melayu. Sir Harold Mac Michael dilantik untuk mendapatkan persetujuan raja-raja Melayu. Bagaimanapun perancangan British sebenarnya telah dibuat seawal 1942 apabila British menubuhkan “Unit Perancangan Tanah Melayu” di United Kingdom. Unit perancangan tersebut dinamakan sebagai Malayan Planning Unit (MPU) dan diketuai oleh Mejar General Ralp Hone Hone (Asnarulkhadi Abu Saman dan Jayum A.Jawan 1997: 50; http://ms.wikipedia.org/wiki/Malayan_Union). Pada bulan Januari 1946 kerajaan Inggeris meluluskan perlembagaan Malayan Union. Malayan Union mencadangkan penggabungan Negeri-negeri Melayu Bersekutu iaitu Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan dengan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu iaitu Johor, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Perlis; dan Negeri Selat (Pulau Pinang dan Melaka) manakala Singapura menjadi tanah jajahan berasingan (Ja’afar Onn 2007: 1).
Antara sebab Malayan Union diperkenalkan adalah seperti berikut (Mardiana Nordin dan Hasnah Hussiin 2005:51-52, Zaid Ahmad et.al 2006: 50):
1. untuk memelihara kepentingan Inggeris di Tanah Melayu
2. untuk membentuk pentadbiran yang sistematik di Tanah Melayu dengan menyeragamkan pentadbiran di bawah Malayan Union
3. untuk menjimatkan kos pentadbiran di negeri-negeri Melayu
4. untuk menyediakan penduduk Tanah Melayu ke arah berkerajaan sendiri.
5. British menyimpan perasaan anti-Melayu kerana orang Melayu memberi kerjasama dengan Jepun sebelum ini. Malayan Union dianggap dapat mengurang dan mengawal kuasa orang Melayu.

3.1.1 Penentangan Terhadap Malayan Union
Penentangan yang hebat daripada orang Melayu menyebabkan Malayan Union kemudiannya dibubarkan dan ditubuhkan Persekutuan Tanah Melayu 1948.
3.1.2 Penubuhan UMNO
Kongres Melayu Se-Malaya yang dipengerusikan oleh Datuk Onn Ja’far telah mengadakan mesyuarat tergempar untuk mengadakan tunjuk perasaan di seluruh bandar utama seperti di Johor Bahru, Kuala Lumpur dan Alor Star. Kongres ini juga seterusnya mengisytiharkan penubuhan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) untuk memelihara kepentingan orang Melayu pada 11 Mei 1946. Kongres juga mengisytiharkan perjanjian-perjanjian Sir Harold Mac Michael adalah tidak sah dan mendesak Malayan Union dimansuhkan.
4.0 CIRI-CIRI PERBEZAAN MALAYAN UNION 1946 DAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1948
Terdapat perbezaan yang jelas antara Malayan Union dengan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Berikut adalah ciri-ciri yang terdapat pada keduanya.
4.1 Ciri-ciri Malayan Union
Antara ciri-ciri yang dicadangkan dalam Malayan Union ialah (Mardiana Nordin dan Hasnah Hussiin 2005:52; Asnarulkhadi Abu Saman dan Jayum A.Jawan 1997: 51; Zaid Ahmad et.al 2006: 47-48):
1. Ia terdiri daripada sembilan buah negeri Melayu, Pulau Pinang dan Melaka disatukan di bawah pemerintahan Gabenor British. Gabenor ini dibantu oleh Majlis Mesyuarat Persekutuan dan Majlis Undangan Persekutuan.
2. Malayan Union diketuai oleh seorang Gabenor yang diberi kuasa penuh terhadap perkhidmatan awam. Beliau dibantu oleh sebuah Majlis Mesyuarat Undangan dan Majlis Kerja.
3. Kuasa raja-raja Melayu dihapuskan dan baginda diberikan peranan sebagai penasihat Gabenor dan Ketua Majlis Penasihat Melayu. Sultan hanya sebagai satu gelaran dan mereka hanya bersuara dalam soal yang menyentuh agam Islam dan adat resam Melayu.
4. Kerakyatan adalah berdasarkan prinsip jus soli iaitu kerakyatan Tanah Melayu diberikan kepada:
a. Orang asing yang berumur 18 tahun ke atas dan telah bermastautin di Tanah Melayu atau Singapura selama 10 tahun daripada 15 tahun sebelum 15 Februari 1942 akan diberi kerakyatan
b. Semua orang yang dilahirkan di Tanah Melayu selepas penubuhan Malayan Union. Kanak-kanak yang berumur bawah 18 tahun yang ibu bapanya warganegara turut diberi kerakyatan.
5. Kerakyatan melalui permohonan diberikan kepada golongan berikut:
a. Mereka yang bermastautin selama lima tahun daripada lapan tahun terdahulu semasa permohonan dibuat
b. Berkelakuan baik dan boleh bertutur dalam bahasa Inggeris atau bahasa Melayu
c. Mengangkat sumpah taat setia dan berjanji untuk kekal bermastautin di Malayan Union atau Singapura.
6. Singapura tidak dimasukkan ke dalam Malayan Union tetapi dikekalkan sebagai tanah jajahan Inggeris dengan mempunyai Gabenor dan Majlis Mesyuarat Undangan yang berasingan.
Kesimpulannya, cadangan pembentukkan Malayan Union ini jelas merugikan masyarakat Melayu terutama dari segi kerakyatan melalui prinsip jus soli. Malayan Union kemudiannya mendapat tentang hebat daripada orang Melayu dan sebahagian kecil sahaja dari orang bukan Melayu. Antara sebab-sebab penentangan ialah (Mardiana Nordin dan Hasnah Hussiin 2005:52-53):
a. Kehilangan kedaulatan raja-raja
b. Pemberian kewarganegaraan secara jus soli. Ia akan menjejaskan majoriti orang Melayu yang akhirnya menjejaskan ekonomi dan politik mereka serta hak istimewa Melayu juga terancam.
c. Malayan Union digubal tanpa meminta pandangan orang Melayu
d. Cara Sir Harold Mac Michael mendapatkan tanda tangan raja-raja Melayu tidak disukai. Beliau dikatakan menggunakan kekasaran dan paksaan.
4.2 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948
Malayan Union kemudiannya mendapat tentangan hebat orang Melayu daripada seluruh Tanah Melayu bermula dari Johor hingga ke utara tanah air. Respon daripada penubuhan Malayan Union ini juga UMNO kemudiannya ditubuhkan pada 11 Mei 1946, bukan sahaja menentang Malayan Union tetapi juga berjuang untuk menuntut kemerdekaan. Namun pihak British tetap isytiharkan Malayan Union pada 11 April 1946 namun dipulaukan oleh orang Melayu. Melihat kepada penentangan yang hebat itu Inggeris akhirnya membubarkan Malayan Union kerana yakin tanpa sokongan orang Melayu ia tidak akan berjaya. Malayan Union kemudiannya digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu.
4.2.1 Penubuhan Jawatankuasa Kerja 1946
Bulan Julai 1946 kerajaan British telah menubuhkan satu Jawatankuasa Kerja untuk menggubal perlembagaan baru bagi menggantikan Perlembagaan Malayan Union. Antara ciri jawatankuasa ini ialah:
a. terdiri daripada 4 wakil raja-raja Melayu, 2 wakil UMNO dan 6 pegawai British
b. Jawatankuasa ini bertanggung jawab merangka sebuah perlembagaan baru yang boleh diterima oleh orang Melayu
c. British menubuhkan pula Jawatankuasa Perundingan pada Disember 1947- terdiri daripada orang Eropah, Cina dan India, tujuannya untuk dapatkan orang bukan Melayu mengenai perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.
4.2.2 Ciri-ciri Perlembagaan Persekutuan
Persekutuan Tanah Melayu diisytiharkan pada 1 Februari 1948. Antara ciri-ciri Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948 ialah (Mardiana Nordin dan Hasnah Hussiin 2005: 54-55; Zaid Ahmad et.al 2006: 50-51):
1. Sembilan buah negeri Melayu serta Pulau Pinang dan Melaka terlibat di dalam Persekutuan. Namun Singapura kekalkan dibawah jajahan British.
2. Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu akan diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi British dan dibantu oleh Majlis Undangan Persekutuan dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Persekutuan.
3. Majlis Mesyuarat Persekutuan akan dianggotai oleh 17 ahli iaitu 7 ahli majlis rasmi, 7 ahli tidak rasmi dan 3 ahli ex-officio.
4. Majlis Undangan Persekutuan dipengerusikan oleh Pesuruhjaya Tinggi yang terdiri daripada:
a. 14 ahli rasmi
b. 9 orang Yang Dipertua Majlis Undangan Negeri
c. 2 wakil Majlis Mesyuarat Negeri Melaka dan Pulau Pinang
d. 50 ahli tidak rasmi yang mewakili kaum-kaum asing
5. Sultan-sultan diberi semula hak dan kuasa memerintah tetapi dengan nasihat Majlis Mesyuarat Negeri dan Majlis Undangan Negeri.
6. Syarat kewarganegaraan diketatkan iaitu seseorg pemohon mestilah lahir di Tanah Melayu dan telah bermastautin selama 8 – 12 tahun. Seorang pemohon asing mestilah bermastautin selama 15 tahun . Umur minimum bagi kedua-dua situasi tersebut adalah 18 tahun dan mempunyai pengetahuan Bahasa Melayu yang baik.
7. Orang Melayu diberi hak keistimewaan sebagai kaum bumiputera dan mempunyai perwakilan terbesar dalam Kerajaan Persekutuan dan Negeri.
8. Jawatan Menteri Besar diwujudkan untuk menggantikan jawatan residen British dan kuasa kerajaan negeri diperluaskan meliputi kewangan, kesihatan dan kerajaan tempatan.
Berdasarkan Perlembagaan Persekutuan 1948 ini, kedaulatan raja-raja Melayu dipertahankan walaupun tiada lagi kuasa mutlak. Malah syarat kewarganegaraan juga diperketatkan bagi menjaga hak keistimewaan orang Melayu. Dengan pengisytiharan Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948 ini British kemudiannya menubuhkan Majlis Mesyuarat Kerja Persekutuan dengan tujuan memberi latihan dan pengalaman kepada rakyat tempatan kepada sistem demokrasi dan berkerajaan sendiri. Dalam usaha merintis kemerdekaan, pilihan raya bandaran kemudiannya dilaksanakan bagi memberi pengalaman kepada sistem dan perjalanan pilihan raya. UMMNO, MCA dan MIC kemudiannya bergabung membentuk Perikatan.
5.0 KEMERDEKAAN NEGARA DAN PERPADUAN MASYARAKAT

Perlembagaan Persekutuan yang terbentuk pada 1948 sebenarnya telah menjadi titik tolak kepada perpaduan antara kaum di Malaysia. Syarat utama pihak Inggeris untuk memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu ialah tiga kaum utama (Melayu, Cina dan India) mesti menunjukkan kemuafakatan yang tinggi serta boleh bekerja sama dalam mentadbir negara. Syarat ini telah dipenuhi oleh Perikatan (UMNO, MCA dan MIC) apabila parti Perikatan telah berjaya memenangi 51 kerusi daripada 52 kerusi yang dipertandingkan dalam Pilihan raya Umum yang pertama pada 1955. Ia kemudiannya merintis kepada perbincangan dua belah pihak antara British dan Tanah Melayu (melalui Perikatan) yang dikenali sebagai Rundingan London.

Suruhanjaya Reid yang ditubuhkan 1956 seperti yang termaktub dalam Perjanjian London telah diberi tanggung jawab untuk menggubal semula Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948. Perlembagaan Persekutuan 1957 kemudiannya dipersetujui dan antara lain menyatakan Ketua Negara adalah Yang Di Pertuan Agung yang akan dilantik dari sembilan buah negeri, manakala Ketua Kerajaan adalah Perdana Menteri yang dilantik dari parti yang mempunyai jumlah terbesar di Dewan Rakyat.
Sepanjang 50 tahun kemerdekaan negara, para pemimpin terdahulu hingga kini sering menekankan pentingnya menjaga sensitiviti antara kaum dan sentiasa menghormati permuafakatan yang telah dibuat semasa merdeka dahulu iaitu unsur-unsur tradisi dalam perlembagaan atau kontrak sosial.
6.0 RUMUSAN
Pembentukan Malayan Union ternyata menjadi pembangkit semangat yang lebih kental serta kesungguhan yang padu terutama di kalangan orang Melayu untuk menentang penjajah dan akhirnya menuntut kemerdekaan. Malayan Union yang banyak merugikan orang Melayu serta menjejaskan kedaulatan raja-raja Melayu akhirnya berjaya dibatalkan dengan penentangan yang hebat sehingga menyebabkan British menubuhkan Persekutuan Tanah Melayu dan membentuk perlembagaan baru yang diisytiharkan pada 1948. Menjelang kemerdekaan 1957, Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dirangka semula pada 1957 melalui Suruhanjaya Reid yang ditubuhkan pada 1956. Melalui perbincangan dalam Suruhanjaya Reid ini yang mengambil kira pandangan orang Melayu dan bukan Melayu yang akhirnya permuafakatan dibentuk atau dipersetujui yang dikenali sebagai Kontrak Sosial. Melalui permuafakatan Kontrak Sosial ini, hak orang Melayu dijamin dalam Perlembagaan. Ia berkaitan hak keistimewaan Melayu dan bumiputera (dalam ekonomi dan pendidikan), bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, Islam sebagai bahasa rasmi dan kedaulatan raja-raja Melayu dilindungi melalui perlembagaan.
Permuafakatan inilah yang kemudiannya menjadi tulang belakang kepada hubungan antara kaum di Malaysia dalam mewujudkan perpaduan dan keharmonian antara kaum.
Malayan Union dan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu adalah dua entiti yang sangat ketara berbeza, berdasarkan ciri-ciri yang telah dijelaskan. Malayan Union jelas menunjukkan usaha British untuk mengawal kuasa orang Melayu dan cuba untuk mengenepikan kedaulatan orang Melayu yang diketahui memang suatu institusi yang sangat dihormati dan penting bagi orang Melayu. Perpaduan yang di tunjukkan oleh orang Melayu ketika itu di bawah pimpinan Datuk Onn Ja’afar berjaya memelihara hak Melayu. Kekuatan orang Melayu pada ketika itu berjaya menggugat Inggeris sehingga mereka terpaksa memansuhkan Malayan Union dan bersetuju menubuhkan Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan terbentuklah perlembagaannya.
02 Februari 2009
24 Jan- 1 Februari -Semester break/Tahun Baru Cina

Masa untuk menarik nafas dari kesesakkan waktu dan tugas sejak sesi persekolahan dan perkuliahan dibuka. Tapi banyak juga tugasan tak selesai. Menjelang tahun baru Cina dan semasa perayaan, kawasan rumah kami amat sunyi. Mana yg anak2 mereka bercuti sehingga seminggu, mereka balik kampung. Tapi sekolah integrasi dan sri pintar cuti 2 hari je. Yang seronoknya jalan waktu pagi sangat lengang , keluar 7.45. pukul 8 dah sampai seksyen 7 worldwide.
Pasal tahun baru cina, kawasan rumah kami memang ramai org Cina. Yang menarik perhatian saya ialah jiran depan rumah kami. Kalau org Melayu sambut raya dah tentu main mercun dan bunga api berbungkus2 menjelang perayaan, semasa dan selepas, tapi saya perhatikan mereka ni sungguh berdisiplin dalam bermain mercun. Walaupun mercun dan bunga api itu adalah antara kemestian dalam perayaan mereka tetapi anak mereka hanya main mercun pada sebelah malam shj itupun hanya beberapa batang shj dan tak nampak pulak dia main bunga api yg kecik2 tu mcm anak org Melayu selalu main. Tapi dorang (jiran satu lagi) ada bakar bunga api yg besar tu (macam bunga api masa sambutan tahun baru). Sebab tu anak org Cina tak de yang putus jari/tgn/kaki mcm org Melayu.
banyaknya tunggakan...
08 Januari 2009
Kesibukan Kelas
Minggu ni masuk minggu kedua kuliah semester Dis 2008-April 2009. Tapi yang kurang menariknya semester ni bila dapat kelas di cempaka sebab masih dalam proses baik pulih. Sedikit tension sebab masuk kelas tak de elektrik, panas dan nak mengajar pun tak boleh pakai LCD. Harap2 tak lama.
Semalam dan hari ni (7 & 8 Januari) saya ada Bengkel pemantapan ctu 551. Bentang kertas kerja tajuk Pencapaian Tamadun India dalam pelbagai bidang. Dah lama tak mengajar TITAS. Pastu bentang dgn kak Nik Kamaliah utk skemanya pulak. Tapi tengahari terkejut bila dapat panggilan tel dari sekolah sri pintar, irdina sakit pinggang. tak tahulah serius atau dia ada agenda lain tapi masa saya datang tenguk nak bawak balik dia kata dah ok lak...hai!macam2 hal.
31 Disember 2008
Semester Disember 2008-April 2009, Tahun Baru Hijrah 1430 dan Tahun Baru Masihi 2009

Salam,
Masa berjalan begitu pantas tanpa menunggu sesaat pun. Tahun 1429H telah tamat dan tahun masihi juga sampai ke penghujungnya. banyak peristiwa berlaku dalam sepanjang tahun ini. Dan banyak juga perancangan yang berjaya dilaksanakan tapi tak kurang juga yang carry foward. Kepada semua pelajar-pelajar uitm, semoga tahun baru dan semester baru diiringi dengan semangat yang lebih waja. Kepada sahabat-sahabat pensyarah selamat juga menjalankan tugas hakiki selain menyempurnakan tugasan2 sampingan.
28 November 2008
Induksi 21 Nov - 6 Disember 2008
Selepas tamat seminar dan pembentangan di Seminar kepimpinan Melayu (Sime Darby KL) saya pergi pulak kursus induksi khusus dan umum. 3 minggu yang amat memenatkan tetapi terpaksa dilalui juga. induksi khusus berakhir pada 23 Nov lalu dan terus sambung induksi umum. Selain tugasan dan ceramah, yang amat mendebarkan semua orang ialah tarikh keramat 6 Disember iaitu tarikh peperiksaan untuk induksi umum ini kerana topik dan soalan lebih banyak dari induksi khusus. Perintah Am Bab A - G, PKPA, Nilai dan Etika, Kepimpinan, Integriti dll lagi perlu difahami dan diingati. Harap2 saya dapat melalui semuanya dengan lancar.
20 November 2008
Seminar kepimpinan Melayu 18-19 Nov 2008
13 November 2008
Bukan Melayu juga boleh jadi PM

Salam..
Sebelum ini , semasa Tun menjadi PM beliau juga telah mewar2kan bahawa bukan Melayu boleh jadi PM. Dalam perlembagaan sendiri memang tidak disebut PM itu mesti dari kalangan orang Melayu. Apa yang dijalaksanakan selama ini adalah orang Melayu diberi kepercayaan untuk mengepalai atau menerajui negara. Tapi perkara ini pada saya amat mengerikan pada orang Melayu (jika orang bukan Melayu jadi PM). Jadi, bila ia ditimbulkan adakah ia nanti tidak akan menimbulkan isu perkauman?? Lihat sahaja di Singapura, secara jelasa dan terang mereka mengatakan bukan Cina tak boleh jadi PM..apa nasib Melayu Singapore (bukan lagi Singapura)..
30 Oktober 2008
SELAMAT MENJAWAB..CTU 553
24 Oktober 2008
BERMULANYA PERJUANGAN.....
SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN. Dan jangan lupa tolong isi borang maklum balas...di sebelah ni...
14 Oktober 2008
Selesaikan tugas atau tolak markah
10 Oktober 2008
Hubungan Etnik dan rumah terbuka

Sekarang ni sibuk orang buat rumah terbuka...dalam kelas bila bincang bab perpaduan dan integrasi, rumah terbuka merupakan elemen penting..Saya tanya dengan student apa pendapat mereka tentang rumah terbuka peringkat nasional yang selalu dibuat..adakah ia banyak membantu untuk memupuk silaturrahim atau eratkan hubungan antara kaum???sebab kalau diperhatikan orang yang datang tu nak makan jerr..lepas ambik makanan mereka duduk dan berbual sesama sendiri lak...kalu cam ni memang tak tercapailah..tapi kalau digunakan sebaiknya kesempatan yang ada untuk saling berinteraksi tentu boleh..
SALAM EIDUL FITRI MAAF ZAHIR BATIN

ASSALAMUALAIKUM;
Semester kali ini, selain cuti semester break, cuti khas raya diberikan iaitu selama seminggu. Macam biasa, minggu terakhir sebvelum raya, pelajar dah sibuk balik kampung...yang balik awal katanya sebab tiket dah habis. Then, hari Isnin 6 oktober sebaik kuliah disambung semula, pelajar ada lagi yang tak balik semula ke shah alam...juga sebab tiket bas, letih baru sampai, dan ada juga yang masih dengan aura raya..malas nak ke kelas. rAYA TETAP RAYA TAPI PERJUANGan dan tanggung jawab perlu diteruskan...Ada 3 minggu sahaja atau 3 kali pertemuan selepas cuti raya ni, seharusnya pelajar jangan memonteng kelas lagi.
03 September 2008
Semangat Ramadhan
15 Ogos 2008
Semester Break
06 Ogos 2008
Kenapa tak serius...
Assalamualaikum....
Kelas dah berjalan lebih sebulan, Tajuk 1 pun dah selesai dan siri pembentangan juga sudah bermula. Kumpulan 1 biasanya tak dapat lari dari kekurangan dan kesilapan tetapi ia tidak harus dijadikan alasan kerana masa yang diberikan lebih dari cukup. Ada kumpulan yang memperlihatkan kesungguhan dan keseriusan dalam penyediaan untuk pembentangan. Tetapi ada yang memperlihatkan kecetekan pengetahuan dan kurang membuat homework, yang tak sanggup saya nak terima apabila ada pelajar yang beri alasan tak sempat pun nak baca buku teks HE apatah lagi nak cari lebih banyak maklumat yg berkaitan dengan tajuk yang diberi...adussss...lemah lutut dibuatnya. Satu perkara yang sering berlegar di kepala saya....Mak Bapak mereka di kampung tu ada tak beri nasihat/peringatan kepada anak2 mereka supaya belajar dengan cara yg betul, bersungguh2 bila diberi tugasan oleh pensyarah, serius dlm kelas dll.
Macam ni la sikap pelajar IPT sekarang ni. Pelik sungguh, sikit sangat usahanya sedangkan bahan-bahan sangat mudah diperolehi. Tambah menggeramkan lagi bila tajuk yg dibentangkan tu bahannya ada saya kumpulkan dlm blog saya. Harap2 kumpulan2 berikutnya tidak mengecewakan.
10 Julai 2008
Bacalah.....
07 Julai 2008

Minggu pertama sesi perkuliahan sesi Julai: diharap pelajar jangan leka terutama pelajar lama. Maksud saya leka untuk menghabiskan masa dengan perkara tidak berfaedah. Selesaikan segala urusan pendaftaran kursus dan kehadiran kelas. Pastikan masuk kelas pada minggu pertama ini dan tunggu kedatangan lecturer. Tunggu sehingga 1jam manalah tau pensyarah silap kelas atau jadual atau tempat ke. Janganlah pulak baru duduk 10 minit dah angkat kaki. Pelajar lama terutamanya jangan ambil kesempatan minggu pertama ini untuk tuang kelas. Bertanyalah kepada pihak berkaitan sekiranya ada masalah berkaitan kelas atau pendaftaran kursus (sama ada pelajar lama atau baru). jangan sukan dengar cakap kawan yang belum tentu kesahihannya. SELAMAT BELAJAR.
04 Julai 2008
SELAMAT DATANG/SELAMAT MENDAFTAR SESI JULAI-NOV 2008
Lagi..Buku Rujukan

Penerbit: FajarOxford/Fajar BaktiBuku di atas adalah sebahagian lagi bahan rujukan yang boleh digunakan oleh para pelajar terutama dalam membuat kertas kerja. Para pelajar seharusnya bijak untuk mengolah dan mengambil idea dari sumber rujukan, tak kiralah dari buku ataupun dari internet. Yang paling penting juga elakkan sama sekali (diharamkan)dari mengamalkan budaya 'cut and paste'. Ia tidak mengajar otak kita untuk berfikir kreatif. Pada setiap kertas kerja yang dibuat juga pelajar perlu pastikan sumber rujukan dari buku mesti ada dan jangan hanya bersumberkan website sahaja.
27 Jun 2008
Politik...politik...politik

Tajuk politik atau lebih tepat lagi "Pembangunan Politik dalam konteks Hubungan Etnik di Malaysia" adalah antara sebahagian daripada kandungan kursus Hubungan Etnik di IPT. Dalam suasana politik negara kita sekarang, para pelajar nampaknya sekarang bersemangat untuk berbincang berkaitan tajuk ini terutama segala isu yang berkaitan dengan PRU 12. Tidak ada lagi rasa ragu dan bimbang dalam membincangkan isu berkaitan politik. Boleh dikatakan kebanyakannya mempunyai kepekaan terhadap isu-isu yang berlaku dalam negara ini. Berdasarkan penelitian, PRU 12 banyak persamaan dengan PRU 1969, jadi secara tidak langsung membuka minda dan kesedaran pelajar tentang isu seperti kontrak sosial, ketidakseimbangan ekonomi, toleransi antara kaum, tuntutan etnik2 tertentu dan sebagainya. Saya tak tahulah bagaimana suasana pembelajaran di IPT yang terdiri dari pelbagai kaum membincangkan tajuk ini, tapi saya rasa lagi hebat. Semoga pelajar IPT lebih terbuka mindanya dan tidak hanya memikirkan diri mereka sahaja dan tidak memperdulikan apa yang berlaku di sekeliling.
18 Jun 2008
Nota Kaki
15 Jun 2008
Fikirkan Bersama
Hubungan etnik sampai bila akan bercantum
Oleh ANUAR AHMAD (Utusan Online- 8/5/2008)
MENELITI perkembangan perpaduan kaum di Malaysia, kita sekarang sedang memasuki gelombang ketiga. Walaupun kewujudannya masih baru tetapi kehadiran gelombang ketiga ini semakin dirasai oleh ahli masyarakat khususnya di kalangan kumpulan muda.
Kadangkala apabila anak-anak muda tidak begitu mementingkan rasa etnosentrik etniknya, hal ini dirujuk oleh golongan tua sebagai orang muda sudah lupa dan lalai, tidak sayangkan bangsanya serta berbagai lagi.
Mungkin ada benarnya tetapi kita juga harus memahami cita rasa orang muda bukan sahaja berubah dalam pemilihan makanan, cara berpakaian tetapi juga di dalam hal yang berkaitan dengan politik, pekerjaan serta perpaduan kaum.
Masyarakat Tanah Melayu pada satu ketika dulu di era prakolonialisme memahami dan mengamalkan perpaduan etnik dalam bentuk homogeni. Kerajaan Melayu misalnya, telah berjaya melaksanakan dasar bahasa sehingga bahasa Melayu menjadi bahasa untuk semua.
Oleh itu, para pedagang China dan India serta Arab berusaha menguasai bahasa Melayu apabila berada di Tanah Melayu khususnya Melaka, malah bahasa Melayu pernah dikenali sebagai bahasa lingua franca pada satu masa dahulu. Inilah gelombang pertama apabila kita bercakap soal perpaduan kaum dan hubungan etnik di Malaysia.
Semasa penjajah meninggalkan Tanah Melayu, mereka telah pun menanamkan dengan begitu kuat bentuk perpaduan kaum yang direka bentuk sebelumnya untuk tujuan dan kepentingan mereka. Berbagai dasar diperkenalkan hingga setiap etnik tidak perlu berinte- raksi antara satu sama lain, tetapi terus merujuk kepada pengawai kolonial bila memerlukan sesuatu.
Maka dasar-dasar keselamatan, ekonomi, pentadbiran, migrasi serta tanah dibentuk mengikut keperluan setiap etnik. Pengamalan ini pernah disebut oleh Prof. Datuk Dr. Shamsul Amri Baharudin, sebagai pembentukan Ilmu Kolonial yang menyerap dan memenuhi ruang epistemologi masyarakat Tanah Melayu dan Malaysia kemudiannya.
Ilmu kolonial kemudiannya telah diwariskan kepada para pemimpin Tanah Melayu. Oleh kerana Malaysia mendapat kemerdekaan secara rundingan dan proses ke arah kemerdekaan berjalan dalam suasana yang baik tanpa pertumpahan darah maka tiada rasa dendam dan benci yang membara. Hampir seluruhnya ilmu kolonial ini diterima pakai dalam menguruskan sebuah negara merdeka misalnya sistem berkerajaan, pilihan raya, pendidikan ekonomi, dan sebagainya menggunakan sepenuhnya pemikiran dan model penjajah.
Sistem
Penerimaan ilmu kolonial ini juga terbawa-bawa semasa kita menguruskan hubungan etnik di negara ini. Kita mengekalkan sistem pendidikan vernakular sebagai identiti utama sistem pendidikan kebangsaan, kita juga menerima pakai konsep pengagihan ekonomi yang berasaskan perkauman. Sejak itu juga rakyat diajar bahawa perpaduan bermaksud setiap kumpulan etnik hidup di dalam ruang dan menjalankan kehidupan mereka sendiri dan tidak perlu berinteraksi dengan etnik lain.
Sekarang, petunjuk bahawa kita sedang memasuki gelombang ketiga hubungan etnik di Malaysia semakin dirasai. Pilihan Raya Ke-12 baru-baru ini jelas menunjukkan faktor etnik bukan lagi asas untuk pengundi membuat keputusan. Parti berasaskan etnik tidak lagi sepopular dulu tetapi rakyat mula memilih parti multietnik.
Pihak kerajaan melalui Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi serta Jabatan Perpaduan Negara seharusnya melipatkan usaha untuk memimpin ruang gelombang ketiga ini demi menguruskan secara berkesan hubungan etnik.
PersembahanMasyarakat muda khususnya dahagakan maklumat bukan sahaja berkaitan kaumnya tetapi juga maklumat berkaitan kaum-kaum utama di negara ini. Persembahan maklumat jangan pula dibentangkan dalam bentuk yang asas sahaja tetapi memerlukan analisis serta persembahan fakta agar bentuk yang kritis. Ciri kedua, maklumat ini seharusnya telus, beretika serta boleh dipertanggungjawabkan.
Ciri ketiga ialah meningkatkan tahap pengetahuan tentang sejarah kontrak sosial dan mengapa kontrak ini diamalkan di dalam sebuah negara merdeka seperti Malaysia. Kontrak sosial ini perlu diterangkan secara jujur kepada semua kaum supaya kumpulan yang mendapat nikmat ini tidak menyalahgunakan.
Meninjau senarai kurikulum matapelajaran di dalam sistem pendidikan di Malaysia, para pelajar hanya mula belajar berkaitan hubungan etnik apabila berapa di tahun pertama di universiti. Sepatutnya tiga komponen utama pendidikan etnik iaitu sejarah setiap etnik, kontrak sosial dan sensitiviti setiap etnik telah dilaksanakan di peringkat sekolah lagi.
Keadaan ini bagaimanapun tidak berlaku. Pada peringkat sekolah rendah mereka bukan sahaja tidak diajarkan tentang hubungan etnik dan bagaimana hidup bersama, tetapi atas rasa etnosentrik yang tebal, anak-anak kecil ini telah diasingkan berdasarkan jenis sekolah.
Selama enam tahun yang pertama di sekolah rendah mereka tidak mempunyai sebarang pengalaman yang kuat untuk berinteraksi dengan kumpulan etnik yang lain.
Di peringkat sekolah menengah, sehingga kini tiada kurikulum yang jelas untuk mengajar hubungan etnik. Malah mata pelajaran Sejarah yang diajarkan bersifat Melayu-sentrik, tidak juga diterapkan nilai-nilai perpaduan kerana kesuntukan waktu dan guru tiada kemahiran secara konsisten untuk melaksanakannya. Mata pelajaran sejarah juga tidak memberikan ilmu berkaitan budaya setiap kumpulan etnik yang bersifat semasa, tetapi membincangkan sejarah masyarakat era abad 18 dan awal abad 19 di mana hubungannya dengan kehidupan pelajar adalah sangat jauh.
Apabila sampai ke universiti, baru para pelajar diajarkan ilmu hubungan etnik. Mereka perlu mengambil kursus Modul Hubungan Etnik yang ditawarkan secara wajib di semua universiti. Mungkin sudah agak lewat untuk perlaksanaannya kerana secara psikologi pelajar telah mempunyai identiti, tabiat serta kelakuan yang agak kekal. Oleh itu, pihak kerajaan khususnya Kementerian Pelajaran perlu melihat semula isi kandungan pendidikan hubungan etnik ini. Demi kemajuan dan kestabilan negara, anak-anak seharusnya diberikan ilmu hubungan etnik seawal mungkin. Mungkin membina dasar baru untuk satu aliran sekolah kebangsaan akan mengambil masa yang lama atau mustahil tetapi sekurang-kurangnya usaha untuk menghidupkan pendidikan hubungan etnik di peringkat sekolah perlu dilaksanakan secepat mungkin.
Ringkasan penting

Turunkan caj perkhidmatan. KUALA LUMPUR 9 Jun - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan menurunkan caj perkhidmatan tiga peratus yang dikenakan ke atas peminjam dalam masa terdekat bagi mengurangkan bebanan mereka.Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Idris Haron berkata, kementeriannya 10/06/2008
PUTRAJAYA 13 Jun - Kerajaan membayangkan penurunan sebanyak 50 peratus kadar caj perkhidmatan yang dikenakan oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) ke atas setiap peminjamnya.
Caj perkhidmatan yang dikenakan sehingga kini ialah tiga peratus dan ia bertujuan menampung kos pengurusan, pentadbiran tabung serta sebagai sumber pendapatan PTPTN untuk memberi pinjaman kepada pelajar lain pada masa depan.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang ditemui selepas majlis pelancaran Transformasi Pengajian Tinggi di sini mengesahkan bahawa kadar penurunan itu 'amat menyenangkan'.
"Kajian semula terhadap caj perkhidmatan yang dikenakan oleh PTPTN itu kini dalam peringkat akhir.
"Saya akan cuba membentangkannya pada mesyuarat Kabinet minggu depan sebelum mengumumkan secara rasmi," katanya.
Kajian semula terhadap caj perkhidmatan PTPTN itu telah dimulakan sejak April lalu bagi memberikan keselesaan kepada peminjamnya.
21 Mei 2008
AKIBAT LEBIHAN BEBANAN MAKLUMAT
Kesihatan akan terjejas akibat lebih bebanan maklumat antaranya:- rabun penglihatan
- tekanan jantung
- hubungan peribadi rosak akibat mudah berang dan menyinggung orang lain
- ketidakcekapan akibat tidak mahir teknologi
- ketagih internet
- membuat keputusan yg salah akibat terlampau yakin dengan sumber maklumat atau sebaliknya
- lemah dlm menjelaskan sesuatu akibat tidak mampu untuk membezakan antara kebenaran dan fakta
1/3 warga Amerika menghabiskan masa hidup mereka untuk:
- berbual di telefon
- mendengar radio
- menonton tv
Petikan Kertas kerja "Ilmu-ilmu yg memandu akal merentasi zaman ledakan maklumat" di Seminar pelbagai martababt dan sifat akal fikiran dlm tradisi ilmiah Tamadun Islam.
16 Mei 2008
BEBALISME

- sikap berfikir yg lesu / malas berfikir
- tidak terpengaruh oleh logik
- acuh tak acuh
- lekas percaya
- tidak ilmiah
- tiada arah
- pasif dan tiada daya cipta
Gejala ini menunjukkan tanda-tanda seseorang yg tidak menghormati ilmu dan pandangan ilmiah. Kemalasan intelektual. Ia paling menonjol berlaku di negara-negara membangun. Malah ia wujud setiap waktu. Ia ibarat parasit dalam fikiran.
Sebab itu banyak masalah yang tidak dapat diselesaikan kerana jalan penyelesaiannya sendiri sudah salah.
09 Mei 2008
Pertanyaan...
Kenapa kita masih lagi rasa kurang selesa bila berada bersama kelompok majoriti yg bukan sebangsa dgn kita.- Kenapa kita lebih suka pilih group study dr kalangan etnik yg sama
- Kenapa masih ada prejudis terhadap org lain walaupun kita sudah biasa bercampur gaul dgn etnik pelbagai
- Kenapa kita selalu katam "mereka yg menolak kita bukan kita yg tak terima mereka"....
- Kenapa kita selalu tidak mahu memperjelaskan kandungan Islam kpd mereka sebaliknya suka 'simpan' / sorok Islam tu dlm baju
bersambung.....
06 Mei 2008
Antara perkara yg dibimbangi oleh pelajar ketika menjawab soalan bahagian objektif (BaagianA) adalah pilihan jawapan yg selalunya mengelirukan. Tambah pula, kalau dah salah menjawab, pemeriksa pun tak boleh nak tolong. Tak macam bahagian esei (Bahagian B). Saya ada terbaca dlm satu blog pelajar, dia kata kalau nak jawab kertas Hubungan Etnik ni senang je, pilih ayat yg panjang dan ada kaitan dgn perpaduan bangsa (lebih kurang la..). Pada saya silap besar lah dia tu kalau dia study di uitm ni. Silap hari bulan dia kena repeat paper. Sebab soalan di Uitm ni tak de kaedah camtu, ayat panjang je mesti jawapan...tapi ayat pendek jangan pulak di sangka jawapan pulak.. Semua bergantung kepada ilmu yg kita belajar.
Bahagian esei, saya selalu pesan pada pelajar "jawab apa yg di tanya bukan jawab apa yg kamu tahu". Tapi kata pelajar, kalau dah tak tahu camne....hentam sajalah dari tak jawab langsung. Sekali lagi persediaan sebelum peperiksaaan sangat penting.
Saya selalu ingatkan student supaya baca dan ulangkaji sejak awal semester supaya lumat dlm kepala bukan lagi 2 minggu baru nak baca buku dan study...tapi dia org biasalah....
30 April 2008
Subjek Hubungan Etnik
Subjek Hubungan Etnik adalah kursus wajib bagi semua IPT. Sekarang adalah musim peperiksaan di kebanyakkan universiti. Di sini saya ingin melihat bagaimana pandangan para pelajar yg telah mengambil subjek ini:
Berdasarkan pemerhatian saya, segelintir pelajar anggap ia subjek yg boring terutama bg pelajar yg pernah ambik STPM. Tak kurang juga yg tak suka sebab ia byk kaitan dgn sejarah.
Kalu macam nilah ye...macamana matlamatnya nak tercapai...untuk pupuk perpaduan, saling memahami....Harap2 pelajar2 non Malay berilah pandangan.
Bertemu lagi.
