Tinjauan oleh Malaysian Business1). Robert Kuok (“Raja Gula” yang memiliki rangkaian hotel lima bintang di rantau ini): RM50.04 bilion,
2). T. Ananda Krishnan (taikun telekomunikasi-Maxis): RM45.78 bilion.
3). Tan Sri Teh Hong Piow (Pengerusi Public Bank): RM12.77 bilion
4). Tan Sri Lee Shin Chen (Pengerusi Eksekutif IOI Corporation Bhd.): RM12.74 bilion.
5). Tan Sri Lim Kok Thay (Pengerusi Kumpulan Genting) : RM10.89 bilion
6). Tan Sri Quek Leng Chan (Pengerusi Kumpulan Hong Leong): RM7.09 bilion.
7).
Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary (yayasan al-Bukhary) : RM8.84 bilion.
8).Balu Tan Sri Lim Goh Tong, Puan Sri Lee Kim Hua (Genting Berhad): RM7.43 bilion.
9) Tan Sri Tiong Hiew King (Pengerusi Rimbunan Hijau): RM4.77 bilion
10). Ong Beng Seng (hartawan Singapura) : RM3.98 bilion.
11).Beng Seng merampas kedudukan Pengerusi Kumpulan Berjaya, Tan Sri Vincent apabila kekayaannya menyusut menyebabkan ia hanya sekadar berada di tempat ke-12.
Sementara itu, senarai individu-individu terkaya menerima tiga nama baru dengan kemasukan Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Mah Sing, Tan Sri Leong Hoy Kum dan Pengerusi Eksekutif Supermax Corporation Bhd. , Datuk Seri Stanley Thai serta Naib Pengerusi Eksekutif Tan Chong Holdings Bhd., Datuk Tan Heng Chew.
Menurut Malaysian Business, jumlah kekayaan 40 individu terkaya di Malaysia meningkat lebih daripada 30 peratus didorong oleh peningkatan pasaran saham dan peluasan ekonomi. Seperti tahun-tahun sebelumnya, kekayaan 40 individu itu berdasarkan nilai pegangan saham dalam syarikat-syarikat tersenarai sehingga 21 Januari lalu.
Jumlah kekayaan kesemua individu itu sekarang bernilai RM206.27 bilion sehingga 21 Januari 2011 berbanding RM156.7 bilion tempoh yang sama tahun lalu. Keseluruhan pertambahan itu adalah seiring dengan kenaikan 20 peratus FBM KLCI sejak tinjauan terakhir.Tambahnya, tahun ini menyaksikan bilangan individu terkaya lebih banyak iaitu sebanyak 27 orang, bertambah lima daripada 2010.