
Peserta China juara pidato PABM(utusan online)
Oleh HELMI MOHD. FOAD dan ZULKIFLI JALIL
pengarang@utusan.com.my
PUTRAJAYA 5 Mac - Peserta dari China, Zhang Song muncul sebagai juara Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) Piala Perdana Menteri 2010 bagi kategori antarabangsa yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini.
Sementara peserta dari Malaysia, Mohd. Syazwan Shuhaimi pula dinobatkan sebagai juara bagi kategori Nusantara dalam pertandingan peringkat akhir yang disertai lapan peserta, malam ini.
Kedua-dua johan pertandingan peringkat akhir itu membawa pulang hadiah wang tunai sejumlah RM17,500, piala pusingan dan piala iringan.
Naib johan kategori antarabangsa dimenangi oleh Natalya Budanova dari Rusia dan tempat ketiga menjadi milik peserta dari Jerman, Josee Hunnekes.
Bagi kategori Nusantara, Naib Johan dimenangi oleh peserta dari Kemboja, Chai Lany Sles, manakala tempat ketiga dimenangi Leonora Lydia Gebby Wentuk dari Indonesia.
Pelajar asing wajib ambil subjek bahasa MelayuPUTRAJAYA 5 Mac - Kementerian Pengajian Tinggi akan mewajibkan kesemua 65,000 pelajar asing di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Swasta (IPTS) mengambil subjek bahasa Melayu bagi membolehkan mereka memahami budaya setempat sekali gus mengembangkan bahasa tersebut.
Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kehadiran para pelajar asing di negara ini merupakan satu peluang untuk menambah bilangan penutur bahasa Melayu di dunia.
"Dalam konteks ini, Jabatan Bahasa Melayu dan Akademi Pengajian Melayu dalam universiti awam dilihat boleh membantu usaha mengantarabangsakan bahasa Melayu.
"Jabatan-jabatan tersebut perlu mempunyai sasaran agar menjadi pusat perkembangan bahasa Melayu di peringkat antarabangsa, sama ada melalui penyediaan guru bahasa untuk memenuhi keperluan pelajar asing mahupun menjayakan program mobiliti pensyarah bahasa Melayu untuk mengajar," katanya.
1 ulasan:
sokong 100%..mostly kt UiTM..
Catat Ulasan