Baru-baru ini Raja Nazrin Shah mengingatkan kembali kepada rakyat malaysia tentang apa yang telah dipersetujui oleh pemimpin Melayu dan bukan Melayu dalam membentuk persekutuan tanah melayu. Ia kemudian disebut sebagai kontrak sosial iaitu persepakatan antara dua pihak ini. Ia juga disebut unsur2 tradisi dalam perlembagaan (yang dimasukkan dlm perlembagaan persekutuan sebelum merdeka) dan rakyat perlu menghormatinya sebagai formula keamanan dan perpaduan kaum. Berikut adalah petikan yg diambil dr Utusan Online http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0806&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_18.htm:
Wasiat yang disampaikan semasa Raja-Raja Melayu menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957 ialah :
Kami namakan dan kami panggil dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama Malaysia);
Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain;
Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hak milik kamu, kami tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara;
Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini;
Kami isytiharkan ISLAM adalah Agama Persekutuan;
Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU;
Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN.
(Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Saraak).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan