
(dipetik dari Utusan Online)
SHAH ALAM 16 Ogos - Kira-kira 200 penduduk Islam di Seksyen 23 di sini berkumpul secara aman di hadapan tapak kuil seluas 0.2 hektar di kawasan perumahan mereka bagi membantah keputusan pembinaan rumah ibadat tersebut.
Kesemua mereka berkumpul kira-kira pukul 10 pagi sambil membawa sepanduk dan kain rentang mengandungi tulisan yang mencemuh pemimpin pakatan pembangkang kerana berlaku tidak adil kepada mereka serta tidak menghiraukan perasaan majoriti masyarakat beragama Islam
JAIS persoal Exco lulus bina kuil(petikan utusan online)Oleh ABDUL YAZID ALIAS
SHAH ALAM 17 Ogos – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menjelaskan keputusan pembinaan rumah ibadat bukan Islam di negeri itu termasuk di Seksyen 23 di sini yang mendapat bantahan penduduk Islam ditentukan oleh jawatankuasa khas yang dipengerusikan oleh Exco berkaitan portfolio berkenaan.
Pengarahnya, Datuk Muhammed Khusrin Munawi berkata, amalan itu adalah berbeza dengan dahulu iaitu sebarang pembinaan rumah ibadat bukan Islam sama ada kuil, tokong dan sebagainya diputuskan oleh jawatankuasa negeri yang dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) sendiri.
Ekoran itu jelasnya, selepas Selangor diperintah kerajaan campuran urusan berkaitan pembinaan rumah ibadat bukan Islam diputuskan oleh Jawatankuasa Rumah Ibadat Bukan Islam yang dipengerusikan oleh Dr. Xavier Jayakumar.
Xavier adalah juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin Selangor.
‘‘Maka itu dalam soal cadangan pembinaan kuil di kawasan majoriti Islam di Seksyen 23, kita mahu supaya kerajaan negeri menimbang semula pembinaan kuil di kawasan berkenaan.
‘‘Pertimbangan sedemikian perlu dibuat kerana isu pembinaan rumah ibadat itu dikhuatiri akan menimbulkan ketegangan di kalangan rakyat di Selangor terutamanya melibatkan soal agama,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.