Pesanan Pemimpin Terdahulu


"Saya dahulu telah berkata, kita hendaklah berbaik-baik dengan bangsa lain dalam pekerjaan mencari nafkah, tetapi di sebalik itu kita mesti ingat bahawa negara ini negara Melayu yang mesti kita utamakan".- Dato' Onn
Jaafar


"Sejarah telah membuktikan bahawa orang Melayu berjiran dengan orang bukan Melayu lebih daripada 200 tahun yang lalu. Kita duduk bersama-sama dan berjiran dengan pelbagai kaum di negara ini. Bagi saya, kejayaan itu memerlukan kepada beribu-ribu kepala, beribu-ribu hati dan beratus-ratus ribu tangan yang perlu digabungkan menjadi satu dan tunggal supaya faedah-faedah dan cita-cita kita itu tercapai dengan sempurnanya". - Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj.

30 September 2009

Perubahan yang baik


Hari ini selepas kelas saya pergi ke bank Islam di kolej mawar dan singgah sekali untuk membeli makanan. Saya tidak berhajat untuk makan di situ sebaliknya ingin tapau sahaja. Saya lihat di semua gerai sudah tidak ada lagi bekas makanan polistrin sebaliknya digantikan dengan kertas bungkusan makanan berwarna coklat (yg selalunya digunakan bila beli nasi lemak). Ini perubahan yg bagu s ke arah sifar polistrin sebab ia memang merbahaya. Sebenarnya di universiti lain telah lama menyahut kempen ini terutama di usm tapi di uitm baru jerr. Tapi masalahnya pulak tadi (masalah kecik jer) ada penjual tidak melipatkan kertas bungkusan itu, jadi pelajar terkial2 lah macamana nk melipatnya utk isi nasi. Saya fikir ada baiknya juga pemilik gerai menyediakan bekas makanan multipurpose (yg warna jernih tu yg selalu digunakan oleh org yg jual kuih raya/bubur dll), kenakanlah sedikit caj untuk tampung kosnya jika kosnya tinggi atau para pelanggan/pelajar juga digalakkan membawa bekas sendiri utk membeli makanan. tetapi pekedai mesti menaikkan notis supaya memudahkan pelanggan.
(saya cuba dapatkan gambarnya kemudian)

28 September 2009

Kelas bermula


Hari ini 28 September bermulanya sesi kuliah selepas cuti khas raya selama seminggu. Kelas saya hari ini adalah di seksyen 17, student muzik. Seperti biasa mereka masih lagi dalam mood raya. Hari ini saya buat test untuk mereka, sepatutnya test ni dibuat sebelum raya tapi kelas hari isnin ada 2 kali cuti umum jadi saya tangguh hingga hari ini. itupun dia orang mintak tangguh lagi minggu depan, kata tak sedialah, tak bacalah.....macam2. Sebelum raya dulu berjanji elok....je...itulah student hari ini. Tapi saya teruskan juga.

18 September 2009

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN

KEPADA SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT, SAHABAT HANDAI, PARA PELAJAR DAN YANG MENGENALI SAYA, SEMOGA AIDILFITRI DIHAYATI DENGAN SEBAIKNYA. ERATKAN SILATURRAHIM DAN SALING BERMAAF-MAAFAN.
SALAM IEDUL FITRI DAN MAAF ZAHIR BATIN. BERSEDERHANALAH DALAM SAMBUTAN.

15 September 2009

Suasana Hari Raya


Minggu terakhir dan malam2 terakhir Ramadhan ini seharusnya bertambah amal ibadat kita. Di kelas2 esok Rabu dan khamis pelajar mulai surut kerana sebahagiannya mengambil teket awal balik kampung. Saya selalu kata kat student kepada nak kelam kabut balik awal , kenapa tak balik malam raya je, mesti tiket banyak masa tu. Balik awal pun bukannya nak buat ketupat ke rendang ke, tapi nak tolong tenguk jerrr...tak siapa yang sanggup balik malam raya...sesekali berubah keadaan apa salahnya, cuba rasa suasana lewat balik kampung...tentu mencabar.

10 September 2009

Minggu Ujian Pertengahan Sem


Minggu ni saya buat test di semua kelas saya kecuali kelas muzik kerana kelas tu pada hari Isnin-cuti umum. Minggu depan adalah minggu terakhir sebelum cuti khas hari raya selama seminggu. Tapi saya akan tetap buat kelas hingga hari khamis iaitu 17/9 memandangkan para pelajar yang buat presentation masih ada tapi mungkkin kehadiran yg lain kurang memberangsangkan terutama kelas pada hari khamis tu.

09 September 2009

EKUINAS-jaminan ekonomi org Melayu

1. Idea oleh PM Dato' Seri Najib Tun Razak dan diumumkan pd 30 Jun 2009
2. Ekuinas: Ekuiti Nasional Berhad. Diperbadankan pd 1 September 2009 adalah tabung persendirian (private equity funds) yg bertujuan untuk menjamin penyertaan bumiputera secara sama rata, berkesan dan berterusan serta berkesan melalui proses perniagaan yg telus dan mesra.3 Ogos - Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pelantikan Tan Sri Raja Arshad Raja Tun Uda sebagai Pengerusi Ekuiti Nasional Berhad (Ekuinas) dan Abdul Rahman Ahmad bagi jawatan Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Ekuinas berkuat kuasa 1 September ini.
3. penubuhan Ekuinas sebagai salah satu langkah untuk meningkatkan persaingan ekonomi negara dan pada masa sama mengekalkan komitmen kerajaan dalam memastikan pembabitan bumiputera secara berterusan, bermakna serta berkesan menerusi perkongsian tulen dan meritokrasi.

Turut dilantik ialah Datuk Azman Yahya, Tan Sri Mohamed Jawhar Hassan dan Datuk Noriyah Ahmad sebagai ahli Lembaga Pengarah Ekuinas

Berikut adalah persoalan2 tentang Ekuinas (dipetik dr www.epu.gov.my)
Berapakah jumlah dana permulaan yang diperuntukkan kepada EKUINAS?Kerajaan akan menyediakan peruntukan sebanyak RM500 juta dalam tempoh terdekat sebagai dana permulaan bagi EKUINAS. Jumlah iniakan dipertingkatkan dari semasa ke semasa sehingga RM10 bilion.Dari mana peruntukan diperolehi?
Sumbangan Kerajaan untuk EKUINAS akan disalurkan daripada danayang disatukan, iaitu Peruntukan Kerajaan Persekutuan. Walaubagaimanapun, dana yang akan dilaburkan di dalam syarikat sasaranakan diperolehi secara bersama daripada EKUINAS dan dana sektorswasta

Adakah EKUINAS dan garis panduan pelaburan baru ini dianggap sebagaimodel ekonomi baru yang dapat mencapai pertumbuhan denganpengagihan?
Kerajaan dalam proses menyediakan satu model ekonomi baru secara menyeluruh bagi menghadapi perkembangan global dan cabaran masa depan. Kelonggaran garis panduan pelaburan dan penubuhan EKUINAS merupakan sebahagian daripada model ekonomi baru tersebut. Ianya dirangka bagi menangani isu pengagihan dan memastikan pencapaian matlamat pertumbuhan yang tinggi serta penyertaan Bumiputera secara berkesan, dalam konteks persekitaran yang mesra pasaran serta meritokrasi.

Apakah perbezaan EKUINAS dengan institusi lain seperti PNB?PNB akan membuat pelaburan dalam syarikat‐syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia manakala EKUINAS akan memberitumpuan kepada syarikat yang mempunyai potensi pertumbuhanyang tinggi tetapi belum disenaraikan di Bursa Malaysia.
Adakah EKUINAS akan fokus atau menumpukan hanya kepada sektor‐sektor tertentu sahaja?
EKUINAS akan memberi tumpuan kepada pelaburan dalam sektor‐sektor strategik yang mempunyai potensi pertumbuhan yang tinggi,sektor‐sektor baru yang strategik dan mempunyai nilai tambah yangtinggi seperti pelancongan kesihatan, pendidikan, ICT serta minyakdan gas.

Bila sektor‐sektor lain akan diliberalisasikan?Sebelum Kerajaan mengambil keputusan sama ada untuk meliberalisasikan sector‐sektor lain, adalah wajar bagi Kerajaan untuk mengkaji terlebih dahulu keberkesanan pelaksanaan langkah‐langkah liberalisasi yang telah diambil bukan sahaja melalui kelonggaran garis panduan FIC bahkan juga langkah‐langkah

Bilakah garis panduan baru ini akan berkuatkuasa?30 Jun 2009
Penggunaan garis panduan baru ini hanya berkuatkuasa di Semenanjung sahaja atau termasuk di Sabah dan Sarawak?
Ianya berkuatkuasa di seluruh negara.

Adakah syarat 30% ekuiti Bumiputera masih wujud?
Secara prinsipnya sasaran 30% pemilikan dikekalkan tetapi diperingkat makro. Pemansuhan 30% yang dicadangkan hanya melibatkan pemilikan ekuiti di peringkat firma, kecuali bagi transaksiyang melibatkan pengurangan pemilikan hartanah Bumiputeradan/atau agensi Kerajaan. Pada masa hadapan, 30% pemilikan akandilihat dalam konteks makro terutama dalam sektor‐sektor strategik. Apa yang lebih penting adalah memastikan penyertaan Bumiputeradalam ekonomi dan pada masa yang sama instrumen yang digunakanadalah bersifat mesra pelabur dan tidak menghalang pertumbuhan.Langkah tersebut adalah merupakan pendekatan win‐win yang mana pemansuhan syarat ekuiti menghapuskan halangan kepadapertumbuhan dan penglibatan bukan Bumiputera manakalapewujudan EKUINAS memastikan penyertaan yang lebih berkesan dikalangan Bumiputera dalam ekonomi.
Tidak. Garis panduan FIC adalah berbeza dengan syarat penyenaraiansemasa yang dikenakan oleh Bursa Malaysia. Syarat 30% ekuitiBumiputera adalah syarat yang dikenakan dalam Garis Panduan FICdan pemansuhan Garis Panduan Perolehan KepentinganPenggabungan Dan Pengambil Alihan Oleh Kepentingan Tempatan Dan Asing menyebabkan syarat ekuiti tersebut tidak lagi terpakai.
Suruhanjaya Sekuriti pula mengenakan dua (2) syarat untuk tujuanpenyenaraian syarikat. Syarat pertama peruntukan 30% ekuitiBumiputera secara mandatori. Syarat kedua menyediakan 25% ekuiti secara tebaran awam yang mana 30% daripada peruntukan tersebutperlu ditawarkan kepada Bumiputera yang diiktiraf oleh KementerianPerdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). Cadangan liberalisasimenyebabkan syarat pertama tidak lagi terpakai manakala syarat kedua terus dikenakan tetapi kadar agihan yang ditetapkan telahditingkatkan daripada 30% kepada 50%.

Adakah pemansuhan syarat 30% ekuiti Bumiputera dalam garis panduanFIC akan melibatkan syarat‐syarat yang dikenakan oleh pengawal selia sektor?
Tidak. Syarat‐syarat yang dikenakan oleh pengawal selia sektor akandikekalkan. Ini bermakna, syarikat‐syarikat masih perlu mematuhi syarat ekuiti yang tetapkan oleh pengawal selia sektor yangmerupakan sebahagian daripada syarat‐syarat pengeluaran lesen dan permit.
Pada masa ini, selain daripada syarat 30% ekuiti Bumiputera dalamGaris Panduan FIC, terdapat beberapa pengawal selia sektor yangmengenakan syarat ekuiti ke atas permohonan yang diterimadaripada syarikat‐syarikat tempatan. Syarat‐syarat tersebut akan terus berkuatkuasa tertakluk kepada pertimbangan pengawal seliasektor.
Apakah nama dan peranan unit baru yang akan menggantikan FIC?
Satu unit khusus akan diwujudkan di UPE, JPM bagi menjalankantugas seperti berikut:
􀀑
Merangka dasar,strategi dan instrument baru untuk memastikan penyertaan berkesan Bumiputera dalam ekonomi
di peringkat makro terutamanya dalam sektor strategik;
􀀑
Menyelaras dan memantau pelaksanaan program dan garis panduan di peringkat sektor dengan kerjasama pengawal selia sektor dan agensi berkaitan untuk meningkatkan penyertaan Bumiputera;pengawalselia sektor dan agensi berkaitan
􀀑
Memastikan merangka dasar penyertaan Bumiputera dan menetapkan
sasaran dan dijadikan sebagai petunjuk prestasi utama;
􀀑
Menyelaras dan memantau pelaksanaan program pembangunan modal insan bagi melahirkan profesional dan usahawan Bumiputera yang berdaya maju dan berdaya saing dalam pasaran global;
􀀑
Memproses perolehan hartanah yang melibatkan pengurangan hartanah milik kepentingan Bumiputera dan / atau agensi Kerajaan; dan profil
􀀑
Membangun data penyertaan Bumiputera melalui usahawan dan aktiviti mereka.

Syarat‐syarat yang telah dikenakan oleh FIC sebelum ini akan terbataldengan serta merta selepas pengumuman oleh YAB Perdana Menteridan Unit Perancang Ekonomi (UPE) Jabatan Perdana Menteri akanmemaklumkan kepada syarikat‐syarikat yang berkenaan mengenai pembatalan syarat tersebut.

04 September 2009

Sebat bagi kesalahan jenayah syariah

(dipetik dari Utusan Malaysia-Online)tulisan Abu Suffian Abu Yaziz

Seksyen 125 - Hukuman sebat
1. Peruntukan seksyen ini dan seksyen 126 hendaklah terpakai apabila tertuduh dihukum sebat.
2. Alat sebatan, tidak termasuk pemegangnya hendaklah daripada jenis yang sama dan dibuat sama ada daripada rotan atau ranting kecil pokok yang tiada ruas atau buku dan panjangnya tidak melebihi 1.22 meter dan tebalnya tidak melebihi 1.25 sentimeter.
3. Peruntukan yang berikut hendaklah diikuti apabila melaksanakan hukuman sebat iaitu:
a) Sebelum dilaksanakan, pesalah mesti diperiksa oleh seorang pegawai perubatan kerajaan untuk diperakui bahawa kesihatannya dalam keadaan baik untuk menjalani hukuman itu.
b) Jika pesalah sedang hamil, hukuman hendaklah ditangguhkan sehingga tamat tempoh dua bulan selepas melahirkan atau keguguran, mengikut mana-mana yang berkenaan.
c) Hukuman hendaklah dilaksanakan di depan seorang pegawai perubatan kerajaan di mana-mana tempat sebagaimana yang diarahkan oleh mahkamah atau di suatu tempat yang ditetapkan oleh kerajaan.
d) Orang yang dilantik untuk melaksanakan hukuman hendaklah "adil dan matang".
e) Orang itu hendaklah menggunakan alat sebatan dengan kekuatan sederhana tanpa mengangkat tangan melebihi kepala supaya tidak melukakan kulit pesalah.
f) Selepas satu sebatan, dia hendaklah mengangkat alat sebatan ke atas dan tidak menariknya.
g) Sebatan boleh dibuat ke seluruh bahagian tubuh kecuali muka, kepala, perut, dada atau bahagian-bahagian sulit.
h) Pesalah hendaklah memakai pakaian mengikut hukum syarak.
i) Jika pesalah itu lelaki, sebatan hendaklah dibuat dalam keadaan dia berdiri dan bagi perempuan, dalam keadaan duduk.
j) Jika semasa pelaksanaan hukuman sebat itu pegawai perubatan kerajaan memperakui bahawa pesalah itu tidak lagi dapat menerima sebatan, ia hendaklah ditangguhkan sehingga diperakui semula tubuhnya sihat.
4. Dalam hal pesalah dihukum sebat sahaja, maka dia hendaklah diperlakukan seolah-olah dia dihukum dengan hukuman pemenjaraan sehingga hukuman itu dilaksanakan.
5. Jika pegawai perubatan memperakui bahawa pesalah itu - oleh sebab umur tua (lebih 50 tahun), keuzuran atau apa-apa sebab lain - tidak dapat menjalani hukuman pada keseluruhannya atau sebahagiannya, maka kes itu hendaklah dirujuk kepada mahkamah yang boleh memerintahkan hukuman itu dilaksana mengikut cara yang difikirkan munasabah.

Seksyen 126 - Masa melaksana hukuman
Apabila tertuduh dihukum sebat sebagai tambahan kepada penjara, hukuman sebat itu tidak boleh dikenakan jika suatu rayuan dibuat dan sehingga hukuman itu disahkan oleh Mahkamah Rayuan.
Sebatan itu hendaklah dikenakan dengan seberapa segera yang praktik dan dalam hal suatu rayuan, dengan seberapa segera yang praktik selepas penerimaan perintah Mahkamah Rayuan.

Kaedah pelaksanaan yang diperuntukkan sebenarnya tidak bertentangan dengan hukum syarak yang turut memberi panduan cara pelaksanaannya.

Jika menggunakan rotan atau ranting kayu, ia hendaklah dalam bentuk sederhana ukurannya. Tidak terlalu muda dan tidak terlalu tua, tidak berbuku-buku atau pecah-pecah atau seumpamanya.

Ia amat penting supaya ia tidak boleh mencedera atau menyebabkan luka parah ke atas pesalah.

Ini kerana hukuman tersebut bukan bertujuan mencederakan pesalah tetapi mencegah dan melarang serta memberi pengajaran kepadanya. Ia selaras dengan hadis riwayat Malik dari Zaid bin Aslam. "Seorang lelaki mengaku berzina di zaman Rasulullah SAW. Baginda meminta sebatang tongkat untuk menyebat lelaki itu. Apabila tongkat diberi kepadanya, Baginda mendapati ia telah pecah-pecah, lalu Baginda meminta tongkat lain.

Apabila yang kedua dibawa kepadanya, tongkat itu dibuat daripada dahan kayu yang baru dipotong. Rasulullah menolaknya lagi dan meminta tongkat lain. Akhirnya diberi kepada Baginda tongkat sederhana yang tidak keras, Rasulullah menerimanya dan memerintahkan supaya disebat tongkat itu.

Ketika melaksanakan hukuman sebat, cara sebatan hendaklah secara sederhana. Si pelaksana tidak boleh mengangkat tangan hingga ke paras kepalanya atau dengan lain perkataan, tidak boleh mengangkat tinggi tangannya sehingga sampai kepada matlamat dan tujuannya.

Saidina Umar al-Khattab r.a pernah menghukum sebat seorang pesalah di zamannya. Beliau berkata kepada tukang sebat: "Sebatlah dia dan jangan diangkat tanganmu sehingga ternampak ketiak."

Ketika Umar melihat pukulan agak kuat daripada sepatutnya, beliau berkata: "Kamu tidak menghukum tetapi membunuhnya.''

Mengenai bahagian yang disebat, Imam Syafie berpendapat, pukulan hendaklah ditujukan kepada pelbagai anggota tetapi hendaklah menjauhi faraj, rusuk dan semua anggota yang ditakuti membahayakan orang yang disebat.

Ia berdasarkan riwayat Umar al-Khattab bahawa beliau menemui seorang jariah yang sedang dilakukan hadd ke atasnya, lalu beliau berkata maksudnya: "Kamu pergilah kepadanya, pukullah dan janganlah sampai mengoyakkan kulitnya."

Ini kerana maksud daripada hukuman sebat itu adalah mencegah tanpa bertujuan membunuh pesalah.

Ketika disebab, pesalah mesti memakai pakaian menutup aurat. Jika memakai pakaian tebal, hendaklah diganti dengan yang sederhana kerana dibimbangi pukulan tidak dirasai oleh pesalah. Ini berdasarkan riwayat 'Abdullah bin Mas'ud r.a bahawa Rasulullah bersabda: "Tidak ada pada umat ini, perebahan, pembogelan, pembelengguan dan pengikatan."

Bagi pesalah hamil, hukuman mesti dilakukan dua bulan selepas melahirkan. Jika dia masih sakit, pelaksanaan mesti ditangguhkan sehingga betul-betul sihat.

Jika penyakitnya tiada harapan sembuh, hukuman hendaklah dijalankan serta-merta dengan syarat, rotan tidak akan mencederakannya.

Diriwayatkan Rasulullah pernah menyuruh supaya dijalankan hukuman sebat ke atas seorang lelaki yang sedang tenat dengan hanya satu pukulan menggunakan seratus mayang tamar yang diikat. Lelaki itu telah berzina dan sepatutnya disebat 100 kali.

Hukuman sebat juga hendaklah dilaksanakan pada masa dan keadaan yang sesuai iaitu tidak dalam cuaca yang sangat panas atau sejuk kerana boleh membawa kemudaratan.

Pelaksanaannya pula hendaklah di depan sekumpulan orang mukmin. Seperti firman Allah SWT dalam Surah al-Nur ayat 2: "Dan hendaklah pelaksanaan hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan orang-orang yang beriman."

Sementara itu, kertas kerja bertajuk "Peranan institusi penjara dalam pelaksanaan hukuman sebat bagi kes jenayah syariah: satu pandangan" oleh Masran Muhamad pula membezakan hukuman sebat antara pesalah jenayah dan syariah.

1. Saiz Rotan
Bagi pesalah jenayah panjang rotan tidak dinyatakan tetapi bergaris pusat 1.25 sentimeter. Sementara pesalah jenayah syariah pula ialah panjang 1.22 meter dan bergaris pusat 1.25 sentimeter.
2. Pemeriksaan Kesihatan
Bagi pesalah jenayah, pemeriksaan kesihatan dilakukan oleh mana-mana pegawai perubatan, manakala jenayah syariah oleh pegawai perubatan beragama Islam.
3. Pelaksanaan Hukuman
Bagi pesalah jenayah, sebat dilaksanakan oleh mana-mana pegawai sebat rotan yang dilantik oleh Komisioner Jeneral Penjara, manakala jenayah syariah hanya dilakukan oleh Pegawai Sebat Rotan beragama Islam.
4. Bahagian Anggota yang Disebat
Bagi pesalah jenayah, pukulan sebat hendaklah di bahagian punggung dan ia berbeza dengan jenayah syariah yang meletakkan beberapa pengecualian.
5. Cara Sebatan
Bagi jenayah syariah, tukang sebat tidak boleh mengangkat rotan sehingga ke paras kepala dan pukulan secara sederhana agar tidak melukakan kulit.
6. Kedudukan dan pakaian semasa disebat
Bagi pesalah jenayah, mereka tidak memakai pakaian dan hanya ditutup di bahagian sulit sahaja dan diikat di tripod manakala pesalah syariah lelaki disebat dalam keadaan berdiri dan perempuan duduk dan memakai pakaian menutup aurat.
7. Baki hukuman sebat yang dihentikan
Bagi pesalah jenayah, jika sebahagian atau keseluruhan hukuman sebat tidak dapat dilaksanakan atas sebab-sebab kesihatan, maka ia akan dirujuk kepada mahkamah manakala jenayah syariah ia boleh ditangguhkan sehingga pegawai perubatan memperakui bahawa pesalah itu sihat tubuhnya untuk menjalani baki hukuman itu.
8. Orang yang boleh disebat
Bagi pesalah jenayah, perempuan tidak boleh disebat tetapi pesalah jenayah syariah, perempuan tidak dikecualikan.
9. Saksi-saksi
Bagi pesalah jenayah, tiada saksi diperlukan semasa hukuman dilaksanakan tetapi pesalah syariah mesti bersaksikan sekurang-kurangnya empat lelaki Islam.

Maka, hukuman sebat adalah sebagai satu bentuk hukuman dalam Islam yang bertujuan menjaga kebaikan dan kepentingan umum. Islam sentiasa memandang dan mementingkan kebaikan orang ramai lebih utama daripada individu kerana ia boleh menghindari kerosakan, keruntuhan moral dan memberi rasa keinsafan kepada pesalah.
Pelaksanaannya bukanlah bertujuan menzalimi pesalah sebaliknya memberi rasa keinsafan dan pengajaran.