Pesanan Pemimpin Terdahulu


"Saya dahulu telah berkata, kita hendaklah berbaik-baik dengan bangsa lain dalam pekerjaan mencari nafkah, tetapi di sebalik itu kita mesti ingat bahawa negara ini negara Melayu yang mesti kita utamakan".- Dato' Onn
Jaafar


"Sejarah telah membuktikan bahawa orang Melayu berjiran dengan orang bukan Melayu lebih daripada 200 tahun yang lalu. Kita duduk bersama-sama dan berjiran dengan pelbagai kaum di negara ini. Bagi saya, kejayaan itu memerlukan kepada beribu-ribu kepala, beribu-ribu hati dan beratus-ratus ribu tangan yang perlu digabungkan menjadi satu dan tunggal supaya faedah-faedah dan cita-cita kita itu tercapai dengan sempurnanya". - Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj.

23 Julai 2009

UPSR-perlu atau tidak

Sama ada ia ada atau tidak ada, yang penting adalah sistem pendidikan Islam itu yang lebih utama dilihat dan diperkemaskan kembali. Seluruh peringkat pendidikan sama ada peringkat rendah, menengah dan IPT perlu meneliti Falsafah Pendidikan Negara dan Falsafah Pendidikan Islam. Bukan itu sahaja, para tenaga pengajar sama ada guru atau pensyraah perlu menginsafi adakah mereka sekadar menyumbatkan maklumat kepada pelajar atau mendidik mereka menjadi insan rabbani atau mendidik mereka untuk menjadi bodoh, adakah pendidikan yang diberi melahirkan golongan terdidik.

22 Julai 2009

Universiti Penyelidikan (RU)

Selasa- 21 Julai 2009 saya telah menghadiri Bengkel Mengisi Borang RU. UiTM kini dalam usaha untuk memohon status RU dan proses permohonan sedang berjalan dengan setiap fakulti/pusat/akademi di UiTM mengisi borang RU. Oleh kerana banyak terms yg perlu difahami oleh setiap fakulti , maka bengkel ini diadakan untuk memperincikan lagi tatacara mengisinya. Sebenarnya bukan setakat fakulti sahaja yang perlu mengisi borang ini tetapi juga setiap pensyarah juga wajib berbuat demikian. Berikut adalah maklumat berkaitan RU di Malaysia (dipetik dr portal MOHE):

Universiti penyelidikan ialah universiti awam yang telah diiktiraf oleh Jemaah Menteri pada 11 Oktober 2006 untuk menjadi hab kecemerlangan pendidikan dan penyelidikan. Universiti penyelidikan terdiri daripada empat (4) buah universiti awam iaitu :
Universiti Malaya (UM)
Universiti Sains Malaysia (USM)
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Universiti Putra Malaysia (UPM)
Ciri-ciri Universiti Penyelidikan:

Bidang pengajian berfokuskan penyelidikan
1. Kemasukan kompetitif
2. Pensyarah berkualiti
3. Nisbah siswazah dan pascasiswazah 50:50
4. Matlamat penubuhan Universiti Penyelidikan

Meningkatkan aktiviti Penyelidikan dan Pembangunan dan Pengkomersilan (R&D&C)
Meningkatkan pengambilan pelajar Pasca Siswazah dan Pasca Doktoral
Meningkatkan bilangan pensyarah yang mempunyai Ph.D
Mewujud dan memperkukuhkan lagi Pusat Kecemerlangan
Mempertingkatkan pengambilan pelajar asing dan meningkatkan kedudukan atau ranking IPT di peringkat antarabangsa

Visi Universiti Penyelidikan
Universiti penyelidikan mengambil bahagian yang aktif dalam penerokaan idea baru, menguji kaedah yang inovatif dan mengambil inisiatif secara intelek untuk terus meneroka dan mengembang ilmu yang terkehadapan.

Misi Universiti Penyelidikan Misi Universiti Penyelidikan adalah untuk menjadi enjin pertumbuhan bagi negara, membuka peluang bagi pelajar dan para sarjana bertukar fikiran juga melakukan penyelidikan dalam suasana yang kondusif yang menyemarakkan eksplorasi dan kreativiti untuk meneroka ilmu dan menjana kekayaan, dan akhirnya meningkat kualiti hidup.

Kriteria Pemilihan Universiti Penyelidikan
Pengiktirafan sesebuah Universiti Penyelidikan adalah berdasarkan kepada lapan (8) kriteria pemilihan seperti yang diputuskan oleh Jawatankuasa Penaksir Universiti Penyelidikan, di mana kriteria ini telah dibangunkan dengan berfokuskan kepada aspek R&D&C dan turut menggunapakai kriteria yang telah digunapakai oleh beberapa agensi penarafan terkemuka antarabangsa.

Kriteria pemarkahan adalah seperti berikut:-

BIL KRITERIA PEMBERAT
1. Kuantiti dan Kualiti Penyelidik 25
2.Kuantiti dan Kualiti Penyelidikan 30
3.Kuantiti Pasca Siswazah 10
4.Kualiti Pasca Siswazah 5
5.Inovasi 10
6.Khidmat Profesional dan Hadiah 7
7.Rangkaian dan Pautan 8
8.Kemudahan Sokongan 5
JUMLAH 100%
Kriteria tersebut telah dibangunkan dengan berfokuskan kepada aspek R&D&C serta turut mengambil kira kriteria yang diguna pakai oleh beberapa agensi penarafan terkemuka antarabangsa.

Diharap agar pengiktirafan yang telah diberikan kepada keempat-empat Universiti di Malaysia iaitu UM, UKM, USM dan UPM sebagai Universiti Penyelidikan dapat menjadi batu loncatan dalam usaha untuk merangka strategi bagi mempertingkatkan dan memperkukuhkan lagi kedudukan IPTA tempatan di peringkat antarabangsa.

Justeru itu, Universiti Penyelidikan perlu berusaha dengan lebih gigih ke arah meningkatkan kedudukan atau ranking di kalangan universiti terkemuka dunia seperti dalam penarafan Times Higher Education Supplement (THES). Kehendak ini juga adalah selaras dengan hasrat Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) yang mensasarkan supaya sekurang-kurangnya tiga (3) institusi pengajian tinggi (IPT) disenaraikan di antara 100 universiti terbaik dunia dan satu (1) antara 50 universiti terbaik dunia menjelang 2020.

16 Julai 2009

Sistem Pendidikan Islam dan Pendidikan Islam dalam Sistem Pendidikan Negara

11 Julai 2009- Sabtu. Gabungan Mahasiswa Semenanjung (GAMIS) telah menganjurkan Kongres kali Pertama Rejuvenasi Sistem Pendidikan Islam dalam Pendidikan Negara. Antara perkara penting dan utama yang ditimbulkan dalam kongres ini ialah:
* pendidikan Islam selalunya dilihat sebagai satu subjek yg sama tarafnya seperti subjek bahasa, matematik, sains. Ia tidak dilihat sebagai satu sistem.
* kesannya, ia meletakkan kedudukan pendidikan Islam itu sendiri di tahap yang rendah (tidak diangkat pada kedudukan sepatutnya)
* hanya memenuhi keperluan masa pengajaran, tidak kepada pembangunan manusiawi
* landskap sistem pendidikan negara hanya mengejar 'A" dari pembangunan insan rabbani, akhirnya tidak melahirkan manusia tetapi hanya cemerlang akademik shj.
*para nabi diberi kelebihan oleh Allah dengan ilmu dan hikmah begitu juga dengan para sarjana Islam terdahulu tetapi kita pada hari ini lebih banyak memberi tumpuan kepada keintelektualan yang berasaskan aqal dan tiada hikmah.
*Hikmah diperolehi bukan dari kelas tetapi kita perlu mendekatkan diri kepada Allah, serta menjauhkan maksiat maka Allah akan memberikan hikmah-Nya. Jika kita buntu dalam mencari ilmu, kita seharusnya memuhasabahkan diri semula supaya lebih bertaqwa kepada Allah.
*pendidikan kini dilihat seperti 'warung kopi'. Apabila kita pergi ke warung kopi, mereka akan tanya "anda mahu makan apa?" Begitu juga masa kini apabila para pelajar datang ke universiti mereka ditanya "nak belajar apa?" dan IPT tidak memberikan apa yang diperlukan oleh seseorang.
*tanpa disedari, sistem pendidikan yang dilaksanakan kini mungkin akan menjadi proses pembodohan pelajar (hilang sifat kemanusiaan)
* "SEMUA MANUSIA DILAHIRKAN CERDAS TETAPI DIPERBODOHKAN OLEH PENDIDIKAN - WE MORE TESTING THAN EDUCATING)
*APAbila "A" menjadi matlamat dan ukuran maka disinilah hilangnya kemanusiaan

PPSMI-MANSUH-STRATEGI

RINGKASAN KEPUTUSAN PEMANSUHAN PPSMI (dipetik drpd Utusan Online)
8 Julai – Menteri Pendidikan mengumumkan Mata pelajaran Sains dan Matematik akan kembali diajar dalam bahasa Melayu di sekolah kebangsaan manakala bahasa ibunda di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil mulai 2012.Perlaksanaan akan diadakan secara bertahap di Tahun Satu dan Tahun Empat di sekolah rendah dan Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat di sekolah menengah bermula pada tahun 2012. Perubahan ini bagaimanapun tidak melibatkan Tingkatan Enam dan Matrikulasi.

Keputusan tersebut mengubah dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang dilaksanakan pada 2003.

Strategi disusun utk memartabat bahasa Melayu dan memantapkan pengajaran BInggeris:

** Menambah bilangan guru bahasa Inggeris seramai 13,933 orang untuk memantapkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan murid. Ini termasuklah 1,000 orang guru luar negara, 600 orang guru bersara dan 12,333 guru tambahan daripada IPGM, IPTA dan IPTS. Keutamaan akan diberikan kepada sekolah luar bandar dan pedalaman untuk mendapatkan guru terbaik. Pihak Kementerian juga akan menyediakan guru penolong bahasa Inggeris gred DG 41 bagi kelas besar seperti kelas yang melebihi 35 murid di Tahun Satu dan Dua untuk meningkatkan 'contact time' antara guru dan murid.

** Peruntukan waktu bahasa Inggeris bagi SK Tahap I ditambah sebanyak 90 minit daripada 240 minit menjadi 330 minit seminggu manakala bagi tahap II ditambah sebanyak 90 minit daripada 210 minit menjadi 300 minit seminggu.

** Peruntukan waktu bahasa Inggeris bagi SJKC/T Tahap I ditambah 100 peratus iaitu daripada 60 minit menjadi 120 minit seminggu manakala bagi Tahap II ditambah sebanyak 30 minit daripada 60 minit menjadi 120 minit seminggu.

** Peruntukan waktu bahasa Inggeris bagi Tingkatan Satu hingga Enam ditambah sebanyak 80 minit daripada 200 minit menjadi 280 minit seminggu.

** Peruntukan waktu bagi MUET untuk Tingkatan Enam ditambah sebanyak 80 minit daripada 320 minit menjadi 400 minit seminggu.

** Peruntukan waktu bahasa Inggeris bagi Matrikulasi ditambah 100 peratus iaitu dari tiga jam menjadi enam jam seminggu.

** Program Sastera Kontemporari Kanak-Kanak Bahasa Inggeris diperkenalkan kepada semua murid Tahap II untuk mengukuhkan minat membaca di kalangan murid di samping memperkenalkan unsur-unsur sastera.

** Makmal bahasa Inggeris akan diwujudkan di sekolah-sekolah untuk memudahkan murid mempelajari bahasa Inggeris dengan lebih berkesan.

** Teknologi maklumat akan dimanfaatkan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris melalui penggunaan perisian komputer yang sesuai.

** Pelajaran tatabahasa Inggeris akan diberikan penekanan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris.

** Untuk mendedahkan murid dengan istilah-istilah sains dan teknologi dalam bahasa Inggeris, elemen sains dan teknologi akan diserapkan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris.

Selaras dengan hasrat untuk memartabatkan bahasa Malaysia, Kementerian Pelajaran akan melaksanakan transformasi kurikulum bahasa Malaysia di sekolah rendah dan menengah dengan memberi fokus kepada penguasaan asas kemahiran berbahasa di kalangan murid melalui pendekatan modular yang bersepadu, seimbang dan holistik.

Modul yang disediakan meliputi aspek kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis serta penguasaan tatabahasa dan seni bahasa. Pendekatan didik hibur dan apresiasi bahasa diberi penekanan dalam kurikulum BM sekolah rendah.

Di peringkat sekolah menengah, transformasi kurikulum bahasa Malaysia akan memberikan penekanan kepada penghayatan dan apresiasi aspek kesusasteraan Melayu di samping memantapkan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis serta penguasaan tatabahasa dan seni bahasa.

Penekanan terhadap aspek Kesusasteraan Melayu bertujuan memperkayakan aspek kebahasaan di samping menonjolkan aspek pemikiran, nilai, budaya masyarakat Malaysia.

Dengan keputusan ini, kerajaan menawarkan pendekatan baru dalam pengajaran Sains, Matematik dan Bahasa Malaysia.


*PPSMI, pengajaran dan peperiksaan untuk kedua-dua mata pelajaran ini akan dibuat dalam dwi bahasa sehingga kohort terakhir PPSMI tamat pada tahun 2014.

Kerajaan mengambil keputusan ini setelah meneliti secara terperinci hasil kajian dan pemantauan mengenai PPSMI yang menunjukkan bahawa PPSMI tidak dapat dilaksanakan sebagaimana yang dihasratkan.

Apa yang dilaksanakan ialah PPSMI/BM, iaitu guru-guru mengajar pelajaran Sains dan Matematik dalam dwi bahasa, iaitu bahasa Inggeris dan bahasa Malaysia. Pemantauan Kementerian Pelajaran pada tahun 2008 mendapati:

- Hanya sebahagian kecil guru menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik.

- Secara purata peratusan penggunaan bahasa Inggeris adalah antara 53-58 peratus daripada keseluruhan masa yang diperuntukkan bagi mata pelajaran Sains dan Matematik.

- Hanya sebahagian guru Matematik dan Sains di sekolah menengah dan rendah yang mengambil ujian Penilaian Tahap Profisiensi bahasa Inggeris pada tahun 2008 mencapai tahap profisiensi.

Peratusan murid yang mendapat gred A, B dan C bagi mata pelajaran Sains dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2008 telah merosot daripada 85.1 peratus kepada 82.5 peratus bagi sekolah bandar dan daripada 83.2 peratus kepada 79.7 peratus bagi sekolah luar bandar. Bagi mata pelajaran Matematik, pencapaian murid bandar telah merosot daripada 84.8 peratus kepada 80.9 peratus manakala pencapaian murid luar bandar merosot daripada 80.9 peratus kepada 77 peratus.

- Jurang pencapaian antara sekolah bandar dan luar bandar dalam mata pelajaran Sains dan Matematik semakin melebar semasa PPSMI dilaksanakan.

Selain daripada pemantauan yang dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran, Laporan Trends in Mathematics and Science Study 2007 menyatakan kedudukan murid Malaysia dalam mata pelajaran Sains telah merosot dari tangga ke-20 pada tahun 2003 ke tangga ke-21 pada tahun 2007. Bagi mata pelajaran Matematik pula, kedudukan murid kita telah merosot dari tangga ke-10 pada tahun 2003 ke tangga ke-20 pada tahun 2007.

Kajian universiti-universiti tempatan pula mendapati tahap peningkatan penguasaan bahasa Inggeris murid adalah nominal, iaitu tidak lebih tiga peratus sepanjang pelaksanaan PPSMI. Tahap penguasaan bahasa Inggeris di kalangan murid terutamanya di luar bandar masih rendah menyebabkan mereka sukar untuk memahami pengajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris.

Berdasarkan pengamatan ini, kerajaan yakin bahawa Sains dan Matematik perlu diajar dalam bahasa yang mudah difahami oleh murid, iaitu bahasa Malaysia di sekolah kebangsaan, bahasa Cina di SJK(C) dan bahasa Tamil di SJK (T).

Kerajaan juga telah memutuskan agar pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran bahasa Inggeris di semua peringkat persekolahan dimantapkan.

07 Julai 2009

Semester Julai-November bermula

Hari ini / minggu ini bermulalah sesi perkuliahan untuk sesi kedua bagi thaun 2009. Hari ini saya masuk kelas pertama (semalam meeting) iaitu kelas HM2204c.

06 Julai 2009

Tips penting Bengkel Penulisan Ilmiah 2009

Ada banyak perkara yang dapat saya tangkap walaupun saya sibuk menguruskan perjalanan bengkel ini.

Alamat baru..CITU


Laman web citu kini beralamat di http://citu.uitm.edu.my

03 Julai 2009

Bengkel Penulisan Ilmiah1 Julai 09



jualan buku turut diadakan, iaitu buku-buku keluaran PTS dan buku-buku Faisal Tehrani dari syarikat AlAmeen Holding



Shah Alam- CITU dengan kerjasama UPENA telah menganjurkan Bengkel Penulisan Ilmiah untuk kali pertama bagi tahun 2009 bertempat di Dewan Bestari Intekma Resort, Shah Alam. Bengkel sehari ini adalah bertujuan untuk membimbing warga CITU supaya lebih pro aktif dalam penulisan. Juga bagi memastikan setiap pensyarah menghasilkan penulisan setiap tahun. Antara penceramah yang dijemput mengisi slot bengkel adalah PM HJ Mohd Aris Abu Yamin selaku Timbalan Pengarah UPENA, M Radzi Mohd Zin Pengarang Meja Agama Utusan Malaysia (kawan lama saya sewaktu di Utusan dulu), dan Puan Ainon Mohd (Chairman PTS Publication&Distributors) serta pegawai2nya iaitu En Roslan Isa, En Nazrul dan En Faris. Saya sangat bersyukur dan bertuah kerana puan Ainon dapat mengisi slot walaupun menjemputnya dalam masa yang singkat. Mengikut jadual asal sepatutnya saudara Faisal Tehrani yang mengendalikan bengkel tetapi di saat2 akhir beliau terpaksa enarik diri kerana mendapat tawaran sebagai pensyarah di ASWARA dan dikehendaki melapor diri dan meaksanakan tugas baru di sana. Walaupun kecewa bukan saya sahaja tetapi juga peserta tetapi mungkin saya akan memanggilnya pada waktu yg lain. Apapun kehadiran pihak PTS juga banyak memberi motivasi dan kesedaran baru dalam penulisan. Apa yang saya harapkan juga sebenarnya (walaupun objektif khusus untuk mendapatkan teknik penulisan x tercapai namun banyak juga tips2 yg diperolehi dari kedua2 panel (Utusan dan PTS). Saya akan menulis lebih lanjut tentang tips2 penting dalam bengkel ini

Bengkel Penyelidikan CITU 29-30 Jun 2009



Shah Alam- Bertempat di Dewan Sri Bestari Intekma Resort, koordinator RESEARCH MANAGEMENT UNIT (RMU)telah menganjurkan Bengkel Penyelidikan CITU Kali ke 2 untuk tahun 2009. Objektif bengkel adalah untuk mendedahkan kepada para pensyarah halatuju penyelidikan UiTM dan CITU serta mempastikan setiap pensyarah CITU membuat penyeidikan menjelang 2010.
Sebanyak 56 peserta telah menghadiri bengkel ini yang telah dirasmikan oleh PNC - RMI Dr. Norzaidi. Terdapat 25 kumpulan penyelidik dan tajuk penyelidikan berjaya dikumpul. Kesemua kumpulan ini telah dinilai oleh para penilai daripada RMI sendiri selain daripada senior-senior di CITU yang bertindak sebagai mentor.

02 Julai 2009

Sekitar Konferensi Pendidikan Islam CITU 19-21 Jun 09






Shah Alam- Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam (CITU) telah mengadakan Konferensi Pendidikan Islam Kali ke 2 di Hotel Selesa Pasir Gudang Johor. Konferensi dwi tahunan itu diadakan bertujuan untuk membincangkan hala tuju CITU bersesuaian dengan aspirasi UiTM ke arah Research University. Konferensi tiga hari itu telah dihadiri oleh seramai 260 peserta yang terdiri daripada para pensyarah dan pegawai penasihat agama termasuk imam dan bilal dari seluruh cawangan UiTM. Ia telah dirasmikan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Khaled Nordin sementara Naib Canselor UiTM Tan Sri Prod.Dr. Ibrahim Abu Shah telah menyampaikan ucaptamanya.