Pesanan Pemimpin Terdahulu


"Saya dahulu telah berkata, kita hendaklah berbaik-baik dengan bangsa lain dalam pekerjaan mencari nafkah, tetapi di sebalik itu kita mesti ingat bahawa negara ini negara Melayu yang mesti kita utamakan".- Dato' Onn
Jaafar


"Sejarah telah membuktikan bahawa orang Melayu berjiran dengan orang bukan Melayu lebih daripada 200 tahun yang lalu. Kita duduk bersama-sama dan berjiran dengan pelbagai kaum di negara ini. Bagi saya, kejayaan itu memerlukan kepada beribu-ribu kepala, beribu-ribu hati dan beratus-ratus ribu tangan yang perlu digabungkan menjadi satu dan tunggal supaya faedah-faedah dan cita-cita kita itu tercapai dengan sempurnanya". - Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj.

10 Julai 2008

Bacalah.....

Kepada para pelajar saya, mulalah berjinak-jinak dengan subjek hubungan etnik ini. Mulakanlah dengan meneliti dan membaca buku yang berkaitan dengan hubungan etnik ini. Terutamanya buku modul atau buku rujukan yang lain, atau baca bahan/sumber yang mudah diperolehi di laman web. Selain itu baca juga artikel2 terutama dari akhbar yang banyak menyentuh persoalan kaum, bangsa, etnik, politik, ekonomi dan sebagainya. Rajin2lah mengambil tahu isu-isu semasa negara.

07 Julai 2008



Minggu pertama sesi perkuliahan sesi Julai: diharap pelajar jangan leka terutama pelajar lama. Maksud saya leka untuk menghabiskan masa dengan perkara tidak berfaedah. Selesaikan segala urusan pendaftaran kursus dan kehadiran kelas. Pastikan masuk kelas pada minggu pertama ini dan tunggu kedatangan lecturer. Tunggu sehingga 1jam manalah tau pensyarah silap kelas atau jadual atau tempat ke. Janganlah pulak baru duduk 10 minit dah angkat kaki. Pelajar lama terutamanya jangan ambil kesempatan minggu pertama ini untuk tuang kelas. Bertanyalah kepada pihak berkaitan sekiranya ada masalah berkaitan kelas atau pendaftaran kursus (sama ada pelajar lama atau baru). jangan sukan dengar cakap kawan yang belum tentu kesahihannya. SELAMAT BELAJAR.

04 Julai 2008

SELAMAT DATANG/SELAMAT MENDAFTAR SESI JULAI-NOV 2008

Selamat datang kepada para pelajar baru ke UiTM. Gunakanlah kesempatan dan peluang yang diberi oleh Allah SWT dengan sebaiknya. Ingatlah harapan ibu bapa anda. Peranan anda semakin bertambah. Tanamkan niat yang betul, untuk apa anda berada di IPT ini????Apa yang anda inginkan???
Kepada pelajar lama, selamat menyambung perjuangan anda. Muhasabah diri, jangan ulangi kesilapan lepas tak kiralah sama ada dalam peperiksaan, dalam melaksanakan tugas2 sebagai pelajar, sebagai muslim ataupun sebagai anak. Jangan mudah alpa dan leka. Sebaik masuk kelas minggu pertama, jangan tangguh segala tugas dan peranan anda. Perbetulkan dulu niat anda, semoga perjalanan anda akan lebih diberkati dan dipermudahkan.

Lagi..Buku Rujukan

Kiri:Penerbit PTS Publications, 2002. Kanan: Penerbit: Utusan Publications, 1992

Penerbit: FajarOxford/Fajar Bakti

Buku di atas adalah sebahagian lagi bahan rujukan yang boleh digunakan oleh para pelajar terutama dalam membuat kertas kerja. Para pelajar seharusnya bijak untuk mengolah dan mengambil idea dari sumber rujukan, tak kiralah dari buku ataupun dari internet. Yang paling penting juga elakkan sama sekali (diharamkan)dari mengamalkan budaya 'cut and paste'. Ia tidak mengajar otak kita untuk berfikir kreatif. Pada setiap kertas kerja yang dibuat juga pelajar perlu pastikan sumber rujukan dari buku mesti ada dan jangan hanya bersumberkan website sahaja.